Kemahiran Jurufoto Versatile

Sekarang ni, kalau nak jadi jurufoto bukanlah mudah. Bukan takat tahu main kamera je. Nak kene tahu guna komputer dan juga internet. Itu pandangan aku lah. Jadi, tidaklah mudah yang disangka. Bila kita masih membiarkan diri kita ditakuk lama, mengharap orang melihat dan membeli hasil print foto kita dijalanan, adalah sukar.

Selama 3 tahun, aku terjebak dalam fotografi. Usia masih muda. Masih mentah. Tapi dalam tempoh singkat ni aku pasti yang apa yang aku nyatakan ini mungkin ada kebenarannya. Jika ada yang menafikan, sila unjurkan hujah anda.

Aku listkan disini kemahiran jurufoto masakini yang sangat diperlukan.

  1. Kemahiran Fotografi
    1. Penguasaan kamera
    2. Framing Composition
    3. Lighting
  2. Kemahiran Komputer
    1. Photo Editing
    2. Layout Design
  3. Kemahiran Internet
    1. Website / Blog
    2. Email
    3. Forum
  4. Pemasaran

Jika, kesemua point diatas dapat dikuasai oleh jurufoto, maka insyaAllah anda adalah jurufoto versatile yang akan melangkah lebih jauh. Ini berdasarkan pemerhatian aku kepada beberapa nama2 tokoh besar seperti CandidSyndrome, KukuBesi dan lain2 yang korang tahu. Jika diperhatikan mereka semua MASTER dalam semua kemahiran diatas. Hampir 90% jurufoto yang berjaya, kebanyakannya menguasai keseluruhan kemahiran diatas.

Jadi untuk kita bersaing dalam indusri fotografi hari ini, dengan market peralatan kamera yang semakin mampu milik, sehingga budak sekolah menengah pun sudah ada DSLR, apatah lagi yang sudah bekerjaya, maka ruang untuk diri kita menonjol semakin sukar. Jelas, dslr sudah menjadi suatu trend dalam masyarakat kita sekarang. Seperti handphone yang menjadi suatu keperluan, begitulah yang sedang berlaku kepada fotografi. Ia berkaitan, bagaimana kita mahu membezakan diri kita dengan yang lain. Yang mana jurufoto tulen, yang mana sekadar hobi,  yang mana pula jurufoto yang sekadar menumpang mengaut keuntungan dan merosakkan pasaran industri fotografi?

Jadi kepada yang baru mula berjinak2 dengan industri ini, kuasailah kemahiran-kemahiran diatas. Belajar dan terus belajar. Sama-sama kita terus berusaha.

Apa pandangan korang?

This entry was posted in Photography. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

9 Comments

  1. Posted July 11, 2010 at 11:25 pm | Permalink

    skrg ni impian aku utk dpt dslr still blm tercapai lg hukhuk

  2. Posted July 27, 2010 at 9:08 am | Permalink

    aku sokong 100%..maknenye ko pun blh jd mcm nama2 beso yg ko cakap kt atas tu… :)

  3. Posted July 30, 2010 at 11:40 am | Permalink

    aku ni setaun jagung zeg..

  4. Posted July 30, 2010 at 11:53 am | Permalink

    ececece setahun jagung apenyerrrrrrrrrrrrrrr….. glamer dah tu…. kuar paper lagik!

  5. Posted September 30, 2010 at 9:25 am | Permalink

    aku stuju tu sifu… tp, bab pemasaran tu yg masalah kot bg aku…. sbb mmg susah nk dpt job….
    tp aku lg baru, sehari jagung je…. hehhehehe

  6. Posted January 14, 2011 at 6:44 pm | Permalink

    aku baru nak join dunia kamera ni……..so beri tunjuk ajar please…….agar bermanfaat D90 aku ni…

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>