• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Kesihatan / Personal Tips Berhenti Merokok

Personal Tips Berhenti Merokok

April 24, 2012 by ghazalitajuddin 199 Comments

Hari ini, aku nak share sesuatu yang penting. Penting pada aku, penting pada ko. Aku dan ko hampir sama. Sebab aku pernah merokok dan kau mungkin sedang mencuba untuk berhenti. Atau ko mungkin tak merokok, baguslah, ko memang bijak dan beruntung, tetapi mungkin orang yang kau sayang merokok. Boleh juga ko baca untuk dikongsi bersama mereka dan memahami mereka. Sebab berhenti merokok bukan mudah. Memang dipandang enteng pada mereka yang tidak merokok, tetapi bukan perkara kecil bagi mereka perokok tegar. Perokok merupakan penyumbang ekonomi negara terbesar juga. Mereka orang kaya bayar tax antara termahal di Malaysia. Mereka tidak boikot, mereka orang yang redha dan pasrah ketentuan Ilahi terhadap poket mereka. Hahahah. Tapi jika ko merokok, tahniah, ko sampai juga ke sini. Aku memang menunggu ko membacanya supaya ko boleh cuba pula sebab aku pasti ko masih berusaha mencari satu solusi kepada berhenti merokok. Ini bukan kaedah yang pasti boleh, ini cuma pengalaman aku, mungkin boleh disuaikan dengan diri ko untuk berhenti merokok. Berhenti merokok sudah pasti suatu perkara terhebat jika berjaya dilakukan. Ko pasti akan jumpa juga bagaimana mahu berhenti mengikut gaya dan cara diri ko sendiri.

 



Cerita Aku

Sebelum aku bercerita bagaimana aku berhenti, terlebih dahulu aku berkongsi cerita tentang diri aku sebagai perokok. Aku dah merokok 16 tahun. Separuh umor aku sekarang. Kategori aku sekotak rokok sehari, masih lightweight tetapi kadangkala pergi juga 2 kotak sehari bergantung kepada apa aktiviti harian aku. Aku pernah hisap Dunhill, Winston, Semporna, Surya dan lain2 brand tanpa masalah. Bangun pagi nak masuk toilet rokok, nak meneran atas jamban rokok, start kereta panas enjin rokok, dalam kereta sebelum sampai ofis rokok, lepas bekpes rokok, cari idea rokok, sebelum sepak bola rokok, habis main rokok, tension sket rokok, boring takde kerja pn rokok dulu seround. Biasanya camtulah life as smokers. Ini punya jenis, dipanggil Heavy Smokers. Sampai satu peringkat, hisap rokok dah tak rasa apa. Nak muntah pon ada. Ye tak? Itu bermakna sudah tepu. Kalau orang gila, mungkin dia boleh pergi main dadah. Nauzubillah. Aku sendiri pernah lalui satu peringkat aku rasa dah tak feel sangat hisap rokok ni. Tetapi kenapa tak berhenti? Kenapa? Why x 3? Kerana ketagihan. Kita masih lekat dengan merokok sebab ketagihan. Ketagihan apa? Yerp. Ketagihan nikotin. Aku dah hidup 16 tahun dengan nikotin beb. 16 tahun  ko dah merokok, bukan perkara mainan untuk berhenti. Aku berkepit dengan rokok lagi lama dari aku berkepit dengan awek aku mahupun mak aku. Betul? Ko fikirlah sendiri . Tetapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus merokok. Itu pun tanya pada diri sendiri. Semuanya bermula dari diri sendiri. Aku dah mencuba berhenti merokok ini secara sirius sejak tahun 2006, sehingga lah sekarang. Sebenarnya nak berhenti merokok ni memang memerlukan persediaan mental yang kuat. Ko bayang la berapa ramai orang hisap rokok ni? Ayah aku, adik aku, kawan2 aku selalu jumpa 80% smoker lah. Kalau ko berhenti macammana ko nak berdepan dengan rakan-rakan perokok lain? Goyang beb. Sebab tu kena asuh secara psikologi jugak. Bukan takat pakai berhenti je. Memang mencabar la nak bertahan lama. Alhamdulillah berkat usaha sekian tahun, berkat doa ibu tersayang, berkat doa isteri tersayang, berkat lahir anak2 yang sihat, dengan macam-macam cara aku dah cuba. Akhirnya berjaya juga, dan aku harap terus berpanjangan sampai bila-bila.

Cara Aku

  1. Persediaan berhenti merokok
    • Niat & Lafaz
      • Berhenti merokok ni sebenarnya pokok pangkalnya bermula dari niat kita sendiri. Sentiasa ada niat nak berhenti. Biar  pun kita tak buat apa pun lagi, tetapi niat tetap ada. Rokok kat jari ni, tetapi tetap niat nak berhenti. Rokok menjuih kat bibir ni ada niat nak berhenti. Memang selalu sebut nak berhenti. Setiap kali hisap rokok fikir nak berhenti. Sirius punya niat nak berhenti kena tanam dalam hati walaupun masih merokok. Pandang rokok tu dan fikirkan tentang berhenti merokok. Keep on niat dan lafaz.
    • Benci
      • Bila kita dah niat. Nawaitu dah kuat. Tanamkan perasaan benci pada rokok pulak.
      • Bagus dekat kotak rokok sekarang ada gambar-gambar. Ko jeling2lah pada gambar tu. Jangan buat2 tak nampak pulak. Rokok itu buruk! Rokok itu jijik! Lawak tapi berulang kali hati kita akan menerima sebagai kebenaran dan hakikat. Sebab tu ada orang tua kata, bila buat satu perkara cukup 40 hari, ia akan jadi tabiat. See?
      • Ko surf internet tentang keburukan merokok. Dapatkankan semua maklumat tentang keburukan merokok dan sentiasa fikirkan tentang maklumat tadi setiap kali ko nak merokok. Ini melatih jiwa kita kearah berhenti merokok.
      • Ada poster lung / peparu rosak ke, or apa2 poster kerosakan disebabkan rokok ko tampak kat tempat selalu ko pergi. Dekat meja ofis, depan pintu bilik, belakang pintu jamban pun terbaekkkk….
      • Selagi kita tak mengajar diri kita membenci rokok, selagi itu kita takde jiwa yang bersih, jitu dan azam tinggi untuk berhenti.
    • Sayang
      • Fikirkan apa yang merugikan diri sendiri bila merokok? Kesihatan yang semakin teruk, paru-paru rosak, duit poket. Semua perkara yang kita sayang, yang hilang bila merokok.
      • Fikirkan tentang orang lain, orang terdekat yang paling disayangi, anak ke, isteri ke, awek ke, mak ke, ayah ke dan mereka-mereka yang terpenting dalam hidup ko. Somebody yang ko perlu survive untuk menjaga mereka.
  2. Strategi mengurangkan rokok
    • Tukar rokok
      • Semporna/Surya(keretek) ke Dunhil/Marlboro (dan seangkatan lain). Uiks? Biar betoi? Iyer… Siapa pernah hisap semporna dia tau kenapa. Especially semporna hijau, ko memang akan hisap lebih dari perokok lain sebab “tak puas”. Rasa dan bau dia plak yang soft tak seberat Gudang Garam menyebabkan ko merokok lebih banyak sebab layan. Bertukarlah segera ke Dunhill Light ke atau rokok lain. Keretek mengandungi lagi macam2 bahan yang tidak elok untuk kesihatan. Ko bukan tak tahu, saja buat2 tak tahu. Malas aku nak cerita.
      • Akhiri dengan rokok gulung. Yerps, rokok terakhir aku hisap adalah rokok gulung. Alah yang jenis pakai mesin tu, bukan rokok daun tu. Yang tembakau dia sebundle beli kat 7eleven. Kenapa rokok gulung? Rokok gulung ni melambatkan proses nak hisap rokok. Dahle nak bawak tu leceh. Nak hisap pun bersepah2 tembakau sebab nak gulung hahahaha. Ni pengalaman aku lah. Kalau ko betul nak berhenti boleh la cuba. Tak cuba tak tahu. Betol tak? Dalam kereta pun ko susah nak hisap sebab nak kena gulung dulu. Tp jangan la ko tunjuk cerdik sangat, pergi gulung siap2, memang failed la kalau ko fikir camtu. Sampai sudah la tak boleh nak berhenti.
    • Nicotine Replacement
      • Terdapat beberapa cara dalam menggunakan nicotine replacement. Aku pernah try 2 cara.
        • Rokok Electronic / eCigar – Kaedah guna rokok letrik ni pun bagus, memang boleh replace terus sebenarnya. Cuma ada feel “merokok” tu lagi. Jadi mungkin bila ko nak tunggalkan ecigar ni pulak susah nanti. Aku dah cuba tapi tak berjaya. Sebabnya barang ni pakai bateri, kena charge, filter yang digunakan yang mengandungi nikotin tu susah nak dapat, penyebab utama spoil pada aku waktu guna ecigar ni bateri rosak, nak replace susah dan harganya agak mahal maka terbantutla usaha ketika itu. Ketika itu tahun 2009 camtu la. Sekarang ni aku dengar ada product baru yang aku sendiri tak pernah test sebab dah stop. Kalau ko nak try http://www.bigvapors.com/
        • Niquitine Tablet – Yerps. Lately kalau korang perasan banyak keluar dekat tv pasal niquitine ni. Memang product ni agak mahal, mungkin lebih mahal daripada eCigar lagi. Tetapi sekiranya mampu. Pejam mata aje. Memang product ni menyebabkan ko tak rasa nak merokok. Jadi peringkat awal, aku makan niquitine ni untuk mengurangkan rasa nak merokok tu. Tapi kalau dah nak merokok jugak, belasah ajer. Cuma memang produk ni berkesan. Aku memang mengesyorkan korang cuba Niquitine ni. Ada dua jenis tablet, 2mg dan 4mg. Jika ko heavy smokers, ko belasah 4mg. Satu papan ada 12 biji, harganya RM17. Hahahaha. Aku sure korang terkejut. Mahal dari rokok. Tapi tu ler. Demi kesihatan, aku beli juga. Mula2 memang rabak la beb, sebab rokok pun beli jugak. Hahahah memang giler. Tapi lama-lama, sekotak rokok tu boleh bertahan 2 hari. Sebiji 4mg tu boleh tahan 4 jam pada aku. Ko pun tau benda tu mahal so pandai2 lah ko ejas. Especially lepas makan memang aku belasah, sebab lepas makanlah paling susah ko nak tinggal rokok kan. Hahahah. So bila ko dah start ejas cara ko merokok, ko leh start ambil yang 2mg je, aku dapat dalam RM13, still mahal tapi murah la sket. Cuma memang beza 4mg dan 2mg ni. Kalau ko first time ambil 4mg, silap aribulan muntah ko hahahaha. Sampai sekarang aku masih beli 2mg ni, tetapi sehari mungkin sebiji dua ajer. Alhamdulillah makin kurang.
    • Bersukan
      • Bila nak berhenti tu, ada masa pergilah bersukan. Sebab bila berhenti merokok, nafsu makan akan menggila hahaha. So selain jaga badan, kita boleh membantu memantapkan lagi paru-paru kita yang dah rosak teruk. Atleast pergi lah joging dalam setengah jam ke sejam. Peringkat awal ni buat lah intensif sket, seminggu empat atau lima kali.
  3. Simptom / Withdrawal Effect – Withdrawal siptom ni temporary effect selepas ko berhenti merokok. Jangan ko rasa pelik la tiba2 ia berlaku pada ko atau tak berlaku pun pada ko.
    • Stress – Antara perkara kita kena handle adalah elakkan stress. Bila stress memang ko akan teringat kat rokok ko balik. Ko teringat balik feel bersama rokok dan asap itu hahaha. Ni bukan perkara main-main. So pada peringkat awal kalau boleh elakkan berada dalam lingkungan stress. Bersedialah dengan tablet Niquitin tu. Elakkan peluang untuk merokok.
    • Sakit kepala – Aku takde la sakit kepala mana. Tapi ramai juga orang lain sakit kepala. Mungkin sebab stress so bersedialah untuk sakit kepala.
    • Pendek nafas – Ni paling aku tak larat. Tetapi inilah yang membuatkan aku terus tak nak merokok. Azab weh. Dalam keadaan normal ko memang rasa pendek nafas ni, macam nafas tak cukup. Ko tarik nafas rasa cam tak abes tarik, oksigen tak lekat. Mula rasa down semacam. Rasa nak mati pun ada.  Tetapi bila aku pergi main futsal ke, jogging je dalam masa 5-10minit kembali normal ko rasa lebih energetic. Nafas tip top. Cuma bila ko buat aktiviti biasa memang terasa la something wrong pada sistem pernafasan ko. Aku sampai bawak diri ke hospital check paru2, check tekanan darah, check jantung, Alhamdulillah semua sihat. Admit je lah, sapa suruh ko merokok, dah dapat penyakit baru tau bersyukur Nikmat Kesihatan. Huhuhuhuhu. So kepada ko aku nasihat, teruslah berusaha berhenti. Lagi awal lagi bagus, aku harap ko tak lalui apa aku lalui sekarang. Memang agak suffer nafas pendek ni.

Fuhhhh, panjang aku menulis kali ini. Aku harap pengisian kali ni dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada ko untuk terus mencuba berhenti merokok. Sirius bro, kalau bukan sekarang bila lagi? Masa sihatlah nak berbuat baik sebelum masa sakit. InsyaAllah. Selamat berjaya!

Saya ada wujudkan group whatsapp RetiredSmoker kepada yang telah berhenti merokok. Kepada yang berminat nak join group bolehlah add nombor hp saya 0169212092 – GhazaliTajuddin Takaful PruBSN dan mesej pengenalan kepada whatsapp saya “Nak Join Berhenti Merokok”. Group whatsapp ini baru diwujudkan bagi berkongsi secara real-time bersama rakan-rakan yang menghadapi masalah sama. Alternatif sebab ramai yang whatsapp saya secara in person yang nak berkongsi masalah dan tips kesihatan berkaitan merokok. Terima kasih semua.

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bad, bad smoking, berhenti merokok, bukti berhenti merokok, cigarette, dua hari, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, rahsia berhenti merokok, rahsia berhenti merokok dalam 1 minggu, rahsia berhenti merokok dalam seminggu, rahsia berhenti merokok terpantas, retired smoking, seminggu, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, tips, tips berhenti merokok, tips berhenti merokok dalam 1 minggu, tips berhenti merokok dalam seminggu, tips berhenti merokok terpantas

Reader Interactions

Comments

  1. helmi says

    August 1, 2023 at 11:50 am

    assalamualaikum tuan,saya terjumpa blog tuan sambil google car nak berhenti merokok..saya dah tidak merokok selama 14 hari setelah hampir 20 tahun merokok..dan saya ambil nicotin gum lepas makan untuk hilangkan gian nak hisap rokok dan saya tengok tuan ambik nocotin gum juga..saya nak tanya berapa lama tuan guna nicotin gum sampai stop

    Reply
    • ghazalitajuddin says

      August 11, 2023 at 10:25 am

      Wsalam tuan.

      Tiada tempoh khusus. Try kurangkan pengambilan nicotin gum tu sampai stop. Begitu sahaja. InsyaAllah. Saya dulu sampai terpaksa buang balance nicotine tablet sebab dah tak rasa nak ambil. Apa2 soalan whatsApp saya terus ya cepat sikit respon nanti.

      Reply
      • helmi says

        August 23, 2023 at 12:08 pm

        terima kasih tuan sebab reply..alhamdulillah saya dah tak merokok hampir sebulan..dan saya guna nicotin gum selama 14 hari..saya harap boleh istigamah betul berhenti kali ini.

        Reply
« Older Comments

Trackbacks

  1. Tips menghadapi Withdrawal Symtom, Anxiety Disorder dan Panic Attack. No 4 tu paling penting! | GhazaliTajuddin.com says:
    January 8, 2021 at 10:41 am

    […] Personal Tips Berhenti Merokok […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Cendol Terbaik Di Kuantan

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Diet snack untuk abang-abang kacak

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •