Baru ni aku diperkenalkan port baru roti canai sedap di Kuantan.
Gerai Mat Zam-Zam ni terletak di Indera Mahkota 2, berhampiran 7 Eleven IM2. Beroperasi dari jam 4.oo petang sehingga 10.00 malam, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Another Kuantan Blogger
Baru ni aku diperkenalkan port baru roti canai sedap di Kuantan.
Gerai Mat Zam-Zam ni terletak di Indera Mahkota 2, berhampiran 7 Eleven IM2. Beroperasi dari jam 4.oo petang sehingga 10.00 malam, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Alhamdulillah baru ni dapat merasa donut daripada I Am Donut jiran sebelah belanja. Macam tau-tau aja kitorang ni memang suka donut!
Kitorang pulak baru tahu kewujudan brand I Am Donut ni sebenarnya. Bertambahlah lagi satu lagi produk lokal setanding SEDO dan DOFI. [Read more…] about I Am Donut
Baru ni aku singgah 7 Eleven, ternampak la Coke Coffee Caramel ni. Terus beli satu tin saja nak try.
My review, aku tak tahu lah kenapa coke ni keluarkan perisa coffee dan caramel ni. Seriously tak sedap. Rasa pelik. Harga pun mahal walau pun promo RM6.90. Then walau pun No Sugar, tapi rasanya out. Not recommended.
Coca Cola Zero Sugar (Coke Zero) memang sedap rasanya setanding yang gula biasa, tapi peliknya memang payah nak jumpa di 7e atau mana-mana pasaran. Kalau ada pun yang dalam botol, dalam tin susah nak jumpa. Pelik juga tu. Biasa aku nampak Pepsi Zero Sugar je di mana-mana 7e. Mungkin strategi marketing.
So boleh try kalau berminat ya! Selamat mencuba!
Alhamdulillah baru ni berkesempatan jalan-jalan cari makan di Kuala Besut dimana aku sempat singgah bersarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut atau ada yang memanggilnya Nasi Dagang Hari Minggu.
Entah mana satu nama yang betul, wallahualam! Apa yang penting aku dah sampai destinasi nasi dagang viral di Kuala Besut ni.
[Read more…] about Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut
Kalau travel melalui negeri Terengganu ni memang tak sah kalau tak singgah beli keropok.
Kali ni aku nak share tentang Keropok Warisan Losong.
Ini dah kali ke 3 aku repeat beli keropok disini. Sebelum ini aku beli di Keropok Adik Beradik. Kedua-dua warung keropok ni berada di Losong, Kuala Terengganu. Semua sedap belaka kalau kat sini. [Read more…] about Singgah beli keropok di Keropok Warisan Losong Kuala Terengganu
Lama betul aku tak singgah port lejen ni. Dulu aku kerap juga ke mari makan tengah hari lepas tusyen kat Bangunan Mara sebelah. Ni cerita zaman 90-an dulu hahaha.
Tapi sekarang ni pun masih sama, kalau tengah hari, memang penuh dengan orang pejabat di sekitar yang akan datang makan tengah hari. Pilihan pun banyak sebenarnya disini. Ada beberapa gerai yang menjual lauk-pauk, sup-sup, mee kari, nasi ayam dan pelbagai lagi menu yang menarik. [Read more…] about Sarapan pagi di Arked Sri Gambut