• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Foods

Diet snack untuk abang-abang kacak

August 7, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Biasa kalau time diet ni, aku mmg akan kurangkan carbs sebanyak mungkin.

Gula, nasi, roti, buah, kuih-muih semua aku taruk tepi la.

Air manis apa tah lagi. Memang pantang besar tu, memang korang akan jumpa aku usung STEVIA la hehehe.

Kalau korang biasa diet sure tahu ni style diet atkins kan. Tapi biasanya aku buat dalam weekdays lah, Monday to Friday je. Jumaat malam sabtu dah kelaut dah hahaha. Tp kesesuaian diet atkins ni yang menyebabkan aku copy jadikan lifestyle. Tidaklah terlalu strict kan?

So, berbalik tentang snack tadi.

Dasar org lelaki yang malas macam aku. Aku akan cari benda yang simple. Hahaha. So kekacang adalah pilihan aku. Sebelum2 ni aku minum air masak je tiap kali lapar. Ni baru nak belajar ambil light snack. 

Apa snack korang? Lapo weh.

Kenapa aku pilih kacang? Sebab kacang sumber protein yang bagus untuk sistem penghadaman. Ia juga membantu buat rasa kenyang. Sebab tu aku pilih kacang. Tapi masalah kacang ni pulak kos agak mahal kalau ko beli kat pasaraya atau 7e. Tau tak mana nak cari supplier?

Biasanya kacang pilihan aku adalah:

  • Almond
  • Cashews
  • Penuts 

Tapi tulah, kalau ko tengok list atas paling murah peanuts. Tapi tinggi kolestrol pulak! Hahaha.  Lepas tu biasanya 3 ni je ada di pasaraya kebanyakannya, padahal ada je jenis lain yang bagus2. 

So wahai abang-abang kacak sekalian, apa snack korang sebenarnya? Cuba la share sket!

Filed Under: Foods, Kesihatan Tagged With: almond, atkins, chashews, diet, diet snack, nuts, peanuts, snack, stevia, sugar

Breakfast di De Aisyah Kuantan

February 21, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Kuih muih

Baru ni aku sekeluarga patutnya join kursus haji di masjid jamek batu 8. Tapi alkisahnya, baru beberapa ratus meter, tayar kereta pancit. Check ingatkan kurang angin, sekali flat terus, tayar dah bocor sebelah dalam rupanya. Memang kena tukar dah. Terpaksalah tukar tayar spare dahulu. Nasih baik la tayar spare elok lagi. Boleh tahan juga nak tukar tayar ni dah lama tak buat. Basah kuyup buat dek peluh.

Lepas je tukar tayar, misi ditukar. Mood nak gi kursus pun kelaut sebab dah lambat. Maka bawalah semua pergi minum pagi. Di Kuantan ni sebenarnya ada banyak juga option untuk minum pagi ni. Disebabkan ketika itu berada di jalan by-pass, maka terus saha aku memandu ke Restoran De Aisyah yang terletak di jalan by-pass Kuantan, berhampiran dengan airport kuantan.

De Aisyah ni lebih kepada konsep foodcourt, ada beberapa peniaga makanan yang sewa tapak niaga dengan owner De Aisyah ni la. So antara menu meletop yang korang boleh try kat sini adalah

  1. Nasi Kerabu Kemira
  2. Mee / Hoon Sup Kemira
  3. Nasi Lemak Beraneka Lauk
  4. Lempeng Kelapa
  5. Roti Jala
  6. Beraneka Kuih Muih

Memang meriah kalau minum pagi kat sini, memang kalau salah timing parking pun agak susah. Personally memang aku rekemen la bawak keluarga sesekali turun kuantan breakfast kat sini. InsyaAllah puas ati.

Kakak Dina love nasi minyak!
The famous amos nasi kerabu kemira!
Kaunter nasi kerabu
Ramai orang tau!
Kuih muih
Aliya dengan laksa juga!
Kaunter nasi kerabu
Kaunter nasi lemak
Selfie sket!
Abg danial dengan laksanya

 

 

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: 2017, 2018, breakfast, de aisyah, jalan-jalan, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jalan2, jjcm, jjcm kuantan, kemira, laksa, lempeng kelapa, minum pagi, nasi kerabu, nasi kerabu kemira, nasi minyak, pahang tourism, revisit pahang 2018, roti jala, visit pahang

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

February 11, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Hari ni aku nak share dengan korang tempat makan nasi lemak favourite kitorang di Kuantan. Kalau nak cari nasi lemak malam-malam hari, kitorang takkan pergi tempat lain melainkan disini. Tak kira lah macam mana sekali pun, kalau bab nak makan nasi lemak, wajib disini. Ntah dia buh apa dalam nasi lemak dia aku pun tak tahu. Tapi Nasi Lemak Kukus KLCC ni memang terbaik. Jangan tak percaya, kat KLCC pun tak dapat weh nasi lemak sedap macam ni!

Cuma pesan aku, jangan pergi lambat sangat, jam 9 tu kira lambat sangat dah. Serious bos! Warung ni bukak petang ke malam. Tapi kalau jam 9 tu, sayur biasa sold out dah. Tinggal ayam aje la nanti huhuhu.

KELEBIHAN

Kekuatannya terletak pada cara goreng  ayam berempahnya deep fry dan agak moise, selain daripada sambal bilisnya yang sedap! Standard hidangannya adalah nasi lemak kukus ayam bersama sayur kangkung. Itu pun sudah cukup. Silap haribulan menambah dah. Memang bahaya tempat macam ni. Malangnya aku tak sempat nak shoot menu lengkap untuk entry ini sebab time aku datang sayur kangkung dah habis. So aku share mana yang ada sahajalah. 

Selain daripada sambal bilis, ada juga sambal kerang, sambal telur puyuh dan kalau tak silap  kadangkala ada sambal sotong. Ada juga lauk lain seperti limpa goreng dan telur mata! Panas2 beb! Kecur air liur haaa!

LOKASI

Owh lupa aku nak mention lokasi warung ni agak terpencil berhampiran jalan lama Sungai Soi, Tanjung Lumpur. Walaupun terpencil, steady je bang bertahan sehingga hari ini. Alhamdulillah. Tahniah pada owner. 

So nanti aku usahakan dapatkan gps lokasi aku share sini. Sapa tak sabo tu, boleh try waze atau google dulu. Selamat menjamu selera!

Bubbye!

Filed Under: Foods, Kuantan, Places, Travel Tagged With: ayam goreng berempah, ayam goreng moise, dinner, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jalan2 cari makan, jjcm, jjcm kuantan, limpa goreng, makan malam, nasi lemak kukus, revisit pahang 2018, sambal bilis, sambal kerang, sambal sotong, sambal telur puyuh, tempat makan di kuantan, visit pahang

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Kuih Keria Viral di Kuantan???

Breakfast di De Aisyah Kuantan

Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

Lunch di Nasi Kukus Alom

I Am Donut

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •