• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / General / Apa nak buat bila sumbangan insuran takaful naik lagi?

Apa nak buat bila sumbangan insuran takaful naik lagi?

January 10, 2021 by ghazalitajuddin Leave a Comment

“Alamak, premium insuran aku naik lagi!”

“Sumbangan takaful aku pun naik jugak!”

Kecoh lately bila ada kawan-kawan dapat info harga takaful insuran mereka naik. 

Dahlah masing-masing sakit kepala memikirkan macam-macam perbelanjaan awal tahun 2021. Datang pula kenaikan macam ni, terus nak pitam! 

Sebenarnya sama ada takaful atau insuran, sampai masa akan naik juga. Tak kira syarikat mana pun, Prudential? PruBSN Takaful? AIA? Takaful Zurich? Etiqa? Semua pasti akan reprising bila sampai masa.

Jika ada ejen yang beritahu harga takkan naik, sama ada dia ejen baru atau dia ejen lama yang tak dapat info atau dia ejen asal boleh jual!!! Bila claim nak sakit kepala! Memang aku rasa nak luku je kalau ada ejen macam tu!

So hari ni aku sekadar nak share tip sikit berkaitan tindakan jika premium atau sumbangan takaful korang naik 

  1. Downgrade
    • Depends on plan, sometimes dengan cara downgrade plan sedia ada boleh merendahkan bayaran insuran atau takaful korang.
    • Contoh daripada plan Full Coverage downgrade kepada Ko-Takaful. Ia tidak akan mengubah coverage polisi. 
    • Semak dengan ejen korang jika ada option macam ni.
  2. Teruskan
    • Jika harga masih bawah kemampuan, boleh teruskan. Jika ada banyak polisi, boleh kurangkan dan fokus kepada satu. 
    • Bila plan yang dah diambil lama(1-2 tahun) peluang tuntutan untuk urusan claim agak mudah berbanding dengan plan baru. Lebih baik teruskan.
  3. Ambil plan baru
    • Jika nak stop plan lama dan sign up plan baru, ia agak kurang bijak. Ini kerana setiap plan baru ada tempoh menunggu dalam 12o hari. Dalam tempoh 120 hari biasanya sakit kritikal tak cover. 
    • Jika nak stop juga, pastikan sign up dulu plan baru dan tunggu sehingga tempoh menunggu tamat, then baru terminate plan insuran takaful yang lama.
  4. Stop
    • Ini adalah pilihan terakhir. Secara peribadi aku menyokong bahawa, setiap individu wajar mempunyai satu polisi insuran atau takaful hayat. Ini kerana berdasarkan kepada kadar peningkatan masalah kesihatan, dan juga kadar kos rawatan perubatan yang semakin tinggi memerlukan satu mekanisma yang dapat  membantu meringankan kos bayaran perubatan bila memerlukan.
    • Tetapi, jika tiada pilihan lain. Jangan pula membebankan diri. InsyaAllah kita masih lagi rakyat Malaysia yang layak menerima rawatan sewajarnya di hospital kerajaan. InsyaAllah.

Jadi begitulah pandangan aku bila berlaku kenaikan harga polisi insuran dan takaful ni. Aku harap dapat membantu korang merancang dengan lebih baik. Jangan terburu-buru buat keputusan. Polisi insuran dan takaful ni bukan perkara yang boleh ambil hari ini dan pakai esok. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang. Jadi merancanglah dengan bijak.

Filed Under: General, Kesihatan, Lifestyle Tagged With: aia, etiqa, Insuran naik harga, insuran takaful, kenaikan harga premium insuran, kenaikan harga sumbangan takaful, PruBSN Takaful, Prudential, takaful insurance, takaful naik harga, takaful zurich

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Breakfast di De Aisyah Kuantan

Kuih Akok Kedut Kelantan

Demong Cafe Kampung Raja Besut

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •