, , ,

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Kuantan sekarang ni ada banyak pilihan nasi kerabu. Kalau dulu korang mungkin akan mencari Nasi Kerabu Kemira, sekarang korang boleh cuba pula nasi kerabu Mekla.

Selain Nasi Kerabu, ada pelbagai lagi menu pagi yang boleh membuat korang serba salah untuk membuat pilihan contohnya laksam, nasi minyak dan nasi berlauk. Aku sendiri pun bila datang sini memang buat pilihan dalam kereta siap-siap then nanti sampai terus pergi beratur ambil order sahaja tak perlu tinjau sana sini hahaha.

Hari ni aku order nasi minyak semata-mata nak share dengan korang!
Nasi minyak. Nampak tak betapa vibrant color nasi dan lauk tu. Uuu…

Antara lauk pauk nasi berlauk. Kari kambing tu!!!
Sapa tak suka kambing bakar? Hehehe

Lokasi Mekla ni berada di Sungai Isap Jaya, Kuantan. Lokasinya agak rumit sikit nak diterangkan, so boleh cuba google map atau waze untuk dapatkan lokasi. Kalau korang tahu simpang empat Masjid Sungai Isap lama, dari jalan utama masuk simpang menghala ke Sungai Isap. Tapi tempatnya memang besar, bersih dan selesa. Cuma kalau datang hari minggu macam biasalah penuh dengan umat manusia.

Kebetulan aku datang ni pada hari bekerja, awal pagi dan tengah bulan. So memang nampak tak ramai. Tapi percayalah, kalau weekend sangat ramai. Kena banyak bersabar. Waktu operasi Mekla ni dari awal pagi sampai malam. Hebat kan?

Tempat buat air. Kita panggil untuk order…
Makan budu? Budu untuk dijual hehehe

Selain daripada menu yang berat-berat seperti nasi dan laksam. Ada juga kuih-muih bagi yang sekadar nak alas perut.

Kalau korang peminat jus mangga. Disini ada jual jus mangga yang sedap. Selain itu mereka juga ada buat sangkar burung besar di belah belakang berhampiran tempat parking khas untuk pelanggan.

Kitorg datang awal sangat kali ni. Melepasss…

Ok guys. Itu saja entry aku pada kali ni. Till next time.

Bye!