• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Lanchang

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

November 3, 2020 by ghazalitajuddin 1 Comment


Ok baru ni ada satu hari tu aku ternampak orang post gambar di facebook melawat Gajah di Kuala Gandah. Entah mimpi apa, aku terus buat adhoc family short trip ke Kuala Gandah esoknya kebetulan esoknya cuti dan takda apa-apa plan lagi.

Jadi untuk ke Kuala Gandah ni mengambil masa 2 jam lebih. Jadi untuk trip begini, biasanya aku akan buat carian tempat-tempat lain yang boleh dilawati yang berdekatan disana, barulah berbaloi-baloi kos yang keluar kan? 

So trip kali ini sesuai untuk mereka yang tak tahu nak kemana atau nak bawa sedara mara yang jarang datang ke Pahang, ada bajet sikit untuk travel seperti minyak, tol dan makan-makan. Masa daripada jam 7 pagi sehingga 5 petang. Tapi sure enjoy!

Berikut adalah tentatif kami:

7.00 pagi : Breakfast di Restoran De’Aisyah
– Selain De’aishah korang boleh juga breakfast di Restoran Zaman atau di Restoran Di Hujung Landasan. Restoran ini kalau hari minggu memang ramai pengunjung, jadi kena pastikan dapat datang awal supaya mengikut jadual.
– Visit De’Aisyah Ktchen 

8.00 pagi : Driving ke Kuala Gandah
– Korang boleh ikut jalan lama atau highway untuk ke Kuala Gandah.
– Jika ikut Highway, korang akan exit di tol Lanchang.
– Dari kuantan ke lanchang mengmbil masa dalam 2 jam lebih. 
– Visit National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah

10.00 pagi : National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah
– Lokasi pertama adalah Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Kenapa lokasi pertama? Kerana waktu operasinya adalah pada jam 10.30 pagi. Jadi sangatlah sesuai dengan masa tiba kita dari Kuantan. 
– Fee: Sumbangan / Derma Ikut Kemampuan 
– Aktiviti: Melawat Kandang Gajah / Bagi Makan / Persembahan Gajah (Berjadual) / Mandi Gajah (Berjadual)

11.oo pagi : Deerland Park 
– Deerland Park ini sebenarnya berada tidak jauh daripada National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah. Tempatnya amat menarik terjaga. Dah macam mini zoo! Selain daripada rusa yang jinak, ada macam-macam lagi haiwan lain seperti pelbagai spesis burung, ular dan serangga.
– Fee: RM6/Dewasa, RM4/Kanak-kanak
– Aktiviti: Melawat haiwan dalam taman yang bersih dan tersusun, memberi makan pada rusa dan pelbagai spesies haiwan. 
– Visit Deerland Park

1.oo tgh : Makan Tengahari di Temerloh

– Selepas selesai berjalan-jalan tengok gajah dan rusa, ditambah melayan budak-budak yang dah kepenatan time ni sure korang akan kembali lapar. So aktiviti seterusnya adalah makan tengahari! Boleh dah start enjin kereta ke lokasi makan tengahari pula! 
– Bandar Temerloh terkenal sebagai bandar Ikan Patin! Kebetulan pula ia berada dalam laluan pulang dari Lanchang ke Kuantan. Perjalanan mengambil masa 30-45 minit. Jadi apa tunggu lagi moh kita ke Temerloh awokme! Gitu! 
– Ada banyak pilihan restoran yang menyediakan juadah makan tengahari di Temerloh. Kedudukan juga tidak jauh antara satu sama lain.  Jadi aku listkan ajelah mana lokasi yang ada merujuk direktori VisitPahang.my mudah! Cuma masa trip ni kami singgah di gerai Patin Masak Tempoyak Kak Mek Afidah. Sebelah je dengan gerai Pak Usop.

1) Patin Masak Tempoyak Gerai Kak Mek Afidah
2) Patin Tempoyak Pak Usop
3) Kancil Raja Patin

2.30 ptg : Mencari Ikan Patin Segar Di Temerloh

Selepas semua dah kenyang sebenarnya bolehlah nak sambung berjalan lagi kalau sempat. Tapi kami pada trip ni sekadar cari ikan patin fresh untuk bawa balik ke Kuantan. Biasanya kalau korang menyusur sungai Pahang ni insyaAllah jumpa banyak gerai yang jual ikan fresh dari sungai. So kali ni kali cuba Kedai Patin 06.

3.00 ptg : Gerak Balik Ke Kuantan

So begitulah one day trip kitorang dari Kuantan ke Lanchang ke Temerloh. Letih tak payah cakap lah, tetapi semua happy. Alhamdulillah cuaca baik panas terik menjadikan perjalanan lebih mudah. Alhamdulillah. So korang pun boleh try travel plan kitorang ni kalau tiba-tiba blur tak tahu kemana tu. Hehehe.

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Places, Travel Tagged With: Buaya, Burung, De'aisyah Kitchen, Deerland Park, Gajah, kemira, Kuantan, Kucing Hutan, Lanchang, National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah, Patin Masak Tempoyak Gerai Kak Mek Afidah, Reptilia, Rusa, Temerloh, Temerloh Bandar Ikan Patin

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Aneka Kuih Tradisional

Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Daging Bakar Daun Pisang Pekan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •