• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

ramadhan 1439h

Nafas Baru: 5 Tips Percubaan Berhenti Merokok Sempena Ramadhan

May 16, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Pinjam gambo KKM. Tak sempat nak buat gambo. Hehehe. Kipidap.

Lama sungguh aku tak update blog aku ni. Bersawang bagai dah. 

Alhamdulillah, dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki 1 Ramadhan 1439H, dan insyaAllah malam ni kita semua berpeluang, untuk menunaikan ibadah solat terawikh di surau atau masjid. 

Straight to the point. Seperti yang umum tahu, Ramadhan ini bukan sekadar aktiviti berlapar dan dahaga, banyak hikmah Ramadhan yang perlu kita hayati sebaik-baiknya. Kalau nak kupas satu-satu, tak habis barangkali, dan aku juga bukanlah ahlinya. Namun sebagai seorang muslim tiada ragu-ragu kelebihan Ramadhan kepada kita semua.

So aku nak tanya, ada tak yang nak berhenti merokok dalam Ramadhan ni? 

Haaa.. aku nak share beberapa tips, aku nak cabar korang buat tips-tips berikut sepanjang bulan Ramadhan ni! Silap hari bulan korang boleh berhenti terus! Jangan sahut cabaran aku, ko cabar diri ko sendiri lah! Tengok berapa jauh boleh pergi!

5 tips Percubaan Berhenti Merokok Sempena Ramadhan.

  1. Lewat2kan merokok
    • Cuba ambil peluang Ramadhan ni, selepas berbuka delaykan rokok yang pertama tu. Aku tahulah macam mana perasaan korang nak merokok tu. Kecur air liur. Tapi cuba delaykan selewat yang mungkin. Lagi lama lagi bagus.
  2. Tinggal2kan rokok
    • Bang, nak gi ishak kat surau tu tinggalkan aje kotak rokok tu kat rumah. Balik nanti la hisap. Nak hisap rokok kat masjid pun kena duduk luar pagar dah sekarang. Hehehe. 
  3. Kurangkan minuman manis
    • Haaa. Kenapa kurangkan minuman manis? Hahaha. Hanya perokok yang tahu, sambil minum teh tarik, dapat sepam dua syiok wooo.. betol tak? Hahaha. So elakkan terus lagi bagus minum manis ni. Tak elok pun.
  4. Banyakkan minum air kosong
    • Air kosong sangat bagus untuk badan kita. Pastikan dapat minum sekurang2nya 3 liter air kosong sehari. (Jenuh juga dalam Ramadhan). Biar terpaksa selalu berulang alik ke toilet, secara tak langsung dapat membnatu flush keluar semua nikotin dalam badan hehehe.
  5. Kurangkan keluar ngeteh
    • Haaa. Kalau dalam proses nak berhenti merokok, memang mau tak mau, elakkan la keluar ngeteh. Bila jumpa kawan2 yang buat2 tak paham yang ko tengah nak berhenti rokok, saje je dia offer rokok kat ko secara percuma. Selama ko hisap rokok biasa dia yang pau ko. Hantu betei.
  6. Sentiasa dalam keadaan berwudu’ dan perbanyakkan membaca quran
    • Antara masalah orang yang baru berhenti merokok ni, dia ada rasa “boring”. Biasa time2 boring tu lah dia akan nyala sebatang dua. Hahaha. Jadinya di kesempatan Ramadhan ini boleh lah gunakan masa yang ada tu, untuk membaca Al – Quran. Sambil2 proses nak quit smoking, kita double triplekan ganjaran ibadah puasa kita. InsyAllah, Allah dengar doa kita nak quit smoking tu…

So itu ajelah tips untuk percubaan berhenti merokok sempena Ramadhan ni. Hebat tu bro kalau dapat quit dalam Ramadhan. Siyes hebat! Busuk bau rokok jadi bau syurga gitu! InsyaAllah.

Ada sapa2 nak join group WhatsApp Nafas Baru Ramadhan 1439H? Terdiri daripada kawan2 yang dah berjaya berhenti merokok yang bersedia berkongsi tips untuk berhenti. InsyaAllah.

Klik link berikut https://chat.whatsapp.com/ERM2Iy4GDxq1Uzav27nSIa

Selamat mencuba dan selamat berpuasa ya!

#BebasRokok
#BebasNikotin
#RetiredSmokers
#NafasBaruRamadhan1439H

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bebas nikotin, bebas rokok, Berhenti rokok, nafas baru, ramadhan, ramadhan 1439h, retiredsmokers, tips berhenti merokok

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Cendol Terbaik Di Kuantan

Minuman Diet

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Kopi Acah-acah Diet

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •