• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

retired smokers

Manisnya kejayaan berhenti merokok

February 7, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Hari ni dapat WhatsApp sharing panjang lebar daripada salah seorang sahabat yang meraikan tahun pertama berhenti merokok! Hahaha. Alhamdulillah. Ini adalah salah satu kejayaan daripada banyak lagi kejayaan sahabat-sabahat lain yang aku tak mampu nak kongsi semua. Sharing begini sungguh memberi inspirasi kepada yang lain untuk terus berusaha sampai berjaya. Terus aku pun teringat masa mula-mula berhenti dulu. Hampir sama. Zaman kemurungan teruk, memang seksa beb. Boleh google post aku tu dalam page ni. Tapi alhamdulillah, berkat usaha, sabar dan doa. InsyaAllah boleh segalanya boleh diatasi. Paling penting hati mesti mau berhenti merokok! Hati mesti yakin boleh berjaya. Dapat pulak join group macam RetiredSmokers, dikelilingi aura positif mencurah-curah, dengan real experience dan achievement daripada lejen yang dah berjaya menjadikan bertambah bersemangat nak terus berhenti merokok. Memang ko dah tak boleh nak bagi excuse lah kiranya. Hehehe.

Group RetiredSmokers ni memang unik. Boleh dikatakan 90% bekas perokok. Setakat rekod terkini ada dalam 400++ orang pernah sertai kami. Kami tak jual produk, kami tak berpolitik, tak merapu meraban membawang bukan-bukan. Ada juga lah off topic sesekali, biasa lahkan, hidup ni janganlah pembaris sangat. Hahaha. Cuma kami menten fokus pada matlamat untuk membantu satu sama lain bila diperlukan. InsyaAllah.

Jadi, kalau korang dalam proses berhenti merokok, boleh lah join kami ni. Kami sentiasa terbuka. Dapat kenal ramai kawan-kawan yang luarbiasa, walaupun tak pernah berjumpa. Kami akan support sampai berjaya! 

Tahniah buat En Jasmir dan lain-lain yang dah berjaya. Anda semua osem! Semoga kita semua terus istiqomah.

InsyaAllah.

Siapa RetiredSmokers? Kenali RetiredSmokers

Filed Under: Kesihatan Tagged With: bebas nikotin, bebas rokok, Bebas vape, bebasrokok, berhenti merokok, quit smoking, retired smokers, retired smoking, retiredsmokers, seronoknya berhenti merokok, tips berhenti merokok

Terkenang zaman merokok waktu Ramadhan dulu.

June 3, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Azab weh waktu masik status perokok dalam bulan Ramadhan dulu. Bukan tak tahan disiang hari… waktu siang hari kita steady haaa… nak tahu time bila paling azab pada aku? Boleh tonton video  berikut. Sila komen korang pulak macam mana? Jangan lupa like dan subscribe ya!

Filed Under: Kesihatan Tagged With: bebas rokok, Berhenti rokok, berhenti vape, ramadhan, retired smokers, stop vape

Larangan Merokok di Premis Makanan bermula 1 January 2019

December 29, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

https://youtu.be/-MnRbcjI9L0

Terbaik Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mengambil langkah awal menyebarkan pengumuman tentang kawasan larangan merokok kepada awam. Aku rasa ramai lagi tak tahu atau yang terlupa tentang ni. Nak masuk tahun baru 2019, banyak lagi hal lain nak fikir! Kan? 

Ok video diatas memaklumkan bermula 1 Januari 2019, semua kawasan premis makanan adalah kawasan larangan merokok. Antaranya adalah Restoran, Rumah Kedai, Kedai Kopi, Kedai Makan, Food Truck dan Gerai-gerai Makan Terbuka. Jaraknya adalah 3 meter daripada kawasan bangunan dan 3 meter daripada kerusi meja yang diletakkan diluar bagunan. 

Denda RM10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun untuk individu yang didapati melakukan kesalahan. Banyak tu! Paling sedih untuk pemilik premis la tak pasal2 boleh kena denda RM3,000 atau penjara 6 bulan! Memang confirm sape merokok kawasan premis tuan tokey kedai la p report dulu!

Nasib baikla aku dah quit merokok 6 tahun lepas. Dulu masa merokok takde la rasa mengganggu orang. Tapi dah berhenti mmg insaf la. Memang sangat mengganggu orang lain. Semoga perokok semua bertabahlah, aku doakan korang pun berjaya stop merokok one day! 

Jangan lupa weh! Denda mahal tu!

Filed Under: General, Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bebas rokok, berhenti merokok, individu penjara 2 tahun, individu RM10000, kawasan larangan merokok, kementerian kesihatan malaysia, kkm, pemilik premis penjara 6 bulan, pemilik premis RM6000, premis makanan, retired smokers, zon bebas rokok

WhatsApp RetiredSmokers

September 4, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

 

 

Sedikit update daripada group WhatsApp RetiredSmokers. Tapi data ni tak menyeluruhlah, sebab form ni baru buat, input yang ada kebanyakannya rakan-rakan yang baru nak join group. So setiap kali ada new members, aku akan minta kerjasama untuk isi Google Form, so sedikit sebanyak data tu boleh kita proses jadi data yang berguna. 

Alhamdulillah group whatsap ni masih aktif, rakan-rakan keluar masuk bersilih ganti. Setakat ini, yang terkini dalam rekod ada dalam 400 juga contact number. 130 contact yang masih aktif dalam group. Selebihnya dah left, sama ada dah ok, gagal berhenti, atau pun masalah telefon or privacy, wallahualam. Group ini masih terbuka, tiada paksaan, so terpulang. Mana yang ok sikit akan bgtahu nak left sebab apa. Ada yang lebih luarbiasa, dari awal group wujud, sentiasa bagi support dan motivasi utk bantu yang lain berhenti juga. Alhamdulillah. Apa yang penting dapat tolong org terus berhenti rokok. Nak buat sorang tak mampu juga. Kalau ada sesiapa yang dalam proses berhenti merokok tu dialu-alukan join kami ya.

So berikut adalah hasil daripada collection form.

 

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bebas rokok, Berhenti rokok, nafas baru, retired smokers, retired smoking, retiredsmokers, stop smoking

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Kopi Acah-acah Diet

Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •