• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

stop smoking withdawal effect

Berhenti Merokok, Suatu Perjalanan

May 10, 2014 by ghazalitajuddin 3 Comments

Salam,

Hari ni aku nak update tentang perjalanan aku berhenti merokok setakat ni. Ini entry setelah 2 tahun lebih berhenti merokok.

Yes, progress! Macammana progress??? Sure korang nak tau update latest daripada artikel terdahulu Personal Tips Berhenti Merokok, Personal Tips Berhenti Merokok #2 dan Tolonglah Berhenti Merokok Sekarang! Sapa tak baca lagi, wajar baca. Ini fakta beb, rekod peribadi, bukan auta, bukan reka2, bukan Doktor yang tak hisap rokok punya cakap. Ini aku yang cakap. Aku yang pernah hisap rokok 16 tahun, yang dah berhenti baru 2 tahun (InsyaAllah selamanya!). Jom jangan buang masa!

KESIHATAN

Alhamdulillah, setakat ini makin baik. Aku bersyukur sangat2, masa mula2 dulu kan aku pernah share ngan korang aku kena withdrawal simptom. Rasa panic, takut, nak mati, cemas dan sebagainya. Rasa dada sempit dan lain2 la. Masalahnya gi jumpa doktor doktor cakap sihat. Now semua tu dah kurang, macam dah takde. Alhamdulillah. Dulu masa kena panic attack tu, main futsal 5 minit je. Sekarang amek ko, 2 jam terus boleh main tgh court. Macammana aku buat. Last nanti aku share!

BERAT BADAN TURUN

Lepas berhenti memang berat badan aku naik sikit. Cecahla 94kg dengan tinggi 170. BMI aku suppose around 72kg. Dekat 20kg doh. Tapi syukur pada ALLAH, dalam banyak2 nasihat doktor cakap itu ini pasal kesan simptom berhenti tu, aku initiate untuk jaga kesihatan, g jogging, jaga makan and tidur. Akhirnya dengan tips dari rakan, secara tak sengaja berjaya menurunkan berat badan ke 78kg sekarang. Memang luar jangka. Tipsnya adalah diet karbo, dimana elakkan makan karbo. Ada orang panggil DIET PROTEIN, tapi aku panggil DIET KARBO sebab, memang semata2 tolak karbohodrat sahaja. Selain tu boleh bedal hehehe. Nama saintifiknua DIET ATKINS. Korang boleh join group fb KELAB DIET ATKINS MALAYSIA. Memang terbaekla untuk mereka yang tekad nak kurus!

NETWORKING

Untuk pengetahuan korang, ramai sebenarnya yang kena withdrawal simptom. Semua hampir sama. Aku malas nak describe kat sini. Nanti panjang berjela.  Tapi komuniti RETIREDSMOKERS ni dah membesar. Dari semenanjung ke sabah dan brunei. Semua trough wassap. So sapa2 menghadapi masalah boleh hubungi aku. Korang sebenarnya perlukan support sahaja.

TIPS

Kepada yang sedang berusaha, teruskan berusaha. ROKOK ITU HARAM. Niat kerana Allah s.w.t, insyaAllah Allah buka jalan. Niat kerana Allah sangat kuat impaknya daripada niat kerana manusia.

Kepada yang dah quit dan sedang menghadapi masalah withdrawal simptom. Nasihat aku:

  1. Banyakkan minum air masak
  2. Banyakkan riadah, kalau boleh aktiviti kardio seperti jogging bagi mempercepatkan proses pemulihan.
  3. Kurangkan berat badan
  4. Jaga waktu makan, mostly yang berhenti merokok ni kena serangan angin dikenali sebagai GERD. Itu yang kita rasa sempit dada etc.
  5. Jaga waktu tidur. Tidur biar cukup bos.
  6. Elakkan stress, banyakkan aktiviti luar, jumpa orang, elakkan fikir sangat tentang sakit tu.
  7. Come join RetiredSmokers Wassap Group. Wassap aku kat 0169212092. Memang kitorang mengalu2kan rakan2 baru.

Semoga berjaya!

 

Filed Under: General Tagged With: panic attack, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, tips berhenti merokok, tips berhenti merokok terpantas

Tolonglah Berhenti Merokok Sekarang!

November 12, 2012 by ghazalitajuddin 7 Comments

Assalamualaikum w.t.h & Salam Sejahtera!

Korang ape kabo wei? Harap2nya sihat2 belaka lah.

Mesti korang akan terkejut ape hal tajuk post pasal rokok lagi. Takde modal dah ke? Hahahha. Aku pun ingat cerita aku ni dah abis, tapi rupanya belum lagi. Masih ada cerita yang perlu disampaikan. So hari ni aku nak share dengan korang latest update tentang Berhenti Merokok.

Bro, baru-baru ini tiba2 rasa pendek nafas tu datang balik. Rasa tu actually macam paru2 ko tu cam ketat dan berat gitu lah. So aku nak membayangkan camne tu, lebih kurang semput lah. Ko kena tarik nafas pelan2 dan dalam2 baru ko puas.



So nak jadi citer, Jumaat, 2 Nov 2012 aku busy dengan persiapan workshop Basic Stock Photography. Pagi tu aku ada wat exercise macam hari2 biasa yang dah aku wat selama 2 bulan ni. Yep every day weekdays, aku p jog dalam sejam. Nak turunkan berat badan sikit lah kononnya. Actually takde masalah apa pun so mungkin hari berkenaan aku penat sikit.

So lepas jog pada pagi tu, aku takde lah wat kerja2 berat sangat just ada sibuk sikit menguruskan bengkel untuk esoknya. Cuma pada petang tu ketika drive, tiba2 aku rasa cam nafas aku agak sedikit luar biasa pendek dan laju, rasa cam semput2 dengan heart beat tiba2 jadi laju lebih daripada biasa. Masa tu aku rasa kaki dan tangan aku jadi sedikit kebas, dan aku rasa cam nak blackout lah.

Alhamdulillah, walaupun kuantan jem jugak la masa tu, aku terpaksa lalu 2 traffic light yang agak panjang. I just make it bro, memang cuak + semput terus drive ke Kuantan Medical Centre. Aku dari simpang empat tanjung lumpur.  Itu je yang terdekat, tak terpikir dah nak gi GH ka apa ka. Siyes rasa cam nak putus nyawa memang tak sempat pikir apa dah.

Aku sampai2 terus diberi neb, alah benda cam org kena asma pakai tu untuk melegakan nafas aku. Tp aku sampai kat hospital tu pun dah lega sikit lah, masa drive sebelum tu aku tak tau nak buat apa dah. Is it end of me? Memang terbayang wajah anak isteri ajer masa tu ditambah pulak amalan2 yang tak seberapa…

Nurse tu dah start tanya macam2 masa diorg bagi aku pakai neb tu. First sekali dah tentu adakah aku pesakit asma? Sudah tentu tidak. Aku terus bagi tau aku baru berhenti merokok pada mac 2012.

So on the spot diorng amek darah, check blood pressure, check jantung dan juga x-ray. Dalam kepala aku macam2 benda dah terfikir ni, adakah jantung? Darah tinggi ka? diebetes ka? hadoi memang saspen betul.

So, lepas 2 jam, terus aku dapat result yang everything clear! Doktor yang bertugas nyatakan bahawa semua ok, cuma blood pressure tinggi sikit tapi normal. Diorang cakap mungkin aku mengalami anxiety atau panic attack. So perasaan aku pun agak kompius. Diorang ada tanya aku sama ada nak warded atau tidak, so diorang leh monitor dan on monday leh jumpa pakar. Aku cakap takpelah, aku ada kerja esoknya nanti aku gi sendirilah.

Jadi, aku p jumpa pakar on wednesday. Apa lagi beb wat Stress Test la huhuhu. Hurmmm hasilnya alhamdulillah doktor pakar cakap, physically semua sihat. Cuma mungkin disebabkan dulu merokok, ada kahak yang menyebabkan stress pada lung. Gitu la lebey kurang. So kesannya macam asma lah. Hadei memang jeng bak ah. Tapi at least lega lah sikit takdelah berfikir bukan2…

So selepas 8 bulan berhenti, rupanya tak semudah itu kesan merokok boleh hilang. Walau pun dalam 2 bulan ni, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat setiap pagi aku joging untuk bagi support pada kesihatan yang lebih baik. Belum tentu lagi nampaknya.

Paling azab adalah ketika nak tido malam2, huhuhuhu. Sejam yang pertama, mungkin sejam yang pertama ko terpaksa azab bernafas yang tidak selesa. Subhanallah. Aku harap pulih atau sekurang2nya aku dapat biasakan, aku doa2 sangat ia tidak melarat. Nauzubillah.

Apa pun thanks pada doktor pakar, yang terus sokong aku untuk berhenti. Sebab ada ramai yang menyatakan agar aku hisap rokok balik.

No Way Man!

Mungkin ada sebab Allah panjangkan umur aku waktu ini. Bukan suka2 aku nak share ngan korang pengalaman aku ni. Just aku rasa korang perlukan pengalaman aku ni. Mohon maaf kepada sapa2 yang ada terasa ati pada diri aku ni walaupun korang tak pernah jumpa ok. Mana la tau, sekali lagi strike, aku tak sempat jumpa korang. Terima kasih ok!

So geng! Tolonglah berusaha untuk berhenti ketika anda masih sempat! Gud luck! Aku doakan korang terus berusaha dan berjaya dengan kesihatan yang lebih baik daripada aku.

Amin.

Kaya lah macammana sekalipun, jika kesihatan takde tiada gunanya! Kalau korang jenis layan bersukan and ada guna Endomondo.com, add aku mr.ghazali@gmail.com! ok!

Filed Under: General Tagged With: bad, bad smoking, berhenti merokok, cigarette, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, retired smoking, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, tips, tips berhenti merokok

Personal Tips Berhenti Merokok #2

September 27, 2012 by ghazalitajuddin 4 Comments

Cerita Selepas 6 Bulan.

Salam geng!!! Apa cerita percubaan BERHENTI MEROKOK? Ni nak hapdet cerita selepas 6 bulan berhenti ni. Alhamdulillah aku rasa dah bebas sepenuhnya daripada rokok! Yeszaaaaaaaaaaaaaa! Aku pun dah tak makan Niquitin dah. Lama dah rasanya, ada lagi stock Niquitin kat aku ni. Sapa2 berminat halo2 saja.

Kesan Berhenti Merokok?

Kalau korang ingat lagi. Aku ada share pasa kesan berhenti merokok tu. Stress, sakit kepala, nafas pendek. Alhamdulillah semua dan kembali normal. Sekarang ni aku boleh selamba aje lepak ngan perokok-perokok tegar lain. Lebih dasyat, aku pulak naik pening bau asap rokok, rasa nak jerit aje kepada perokok-perokok ni. Chewah! Agaknya camni la bini aku bising dulu masa aku merokok. Hahaha.

Tapi sirius bro, memang sekarang semua ok. Alhamdulillah. Untuk mantapkan lagi paru-paru aku, yelah damage already there. 16 years smoking tak leh buat apa la. Paru-paru tetap dah rosak, just nak stimulate agar dia terus sihat aku mantain aktiviti-aktiviti bersukan. Memang hari-hari aku joging, paksa paru-paru dan jantung bekerja keras sikit. Bukan takat paru-paru. Badan aku pun naik beb berhenti merokok ni. Tapi apa ada hal, janji dah berhenti merokok. Badan naik ni terpaksa la workout sikit.

JOM BERHENTI MEROKOK! 

Memang rasa bersyukur sangatlah, berjaya berhenti merokok ni. Aku harap, ramai lagi kawan-kawan aku dapat berhenti terus merokok. Kalau sesiapa dah start pakai rokok elektrik tu, cuba-cuba lah tinggal. Sebab kesan dia sama sahaja. Just takde racun lain selain nikotin sahaja. Nikotin ni pun bukan bagus untuk kesihatan pun. Lagi cepat quit, lagi cepat lung recover balik kan?

Good luck geng!

KLIK untuk membaca Personal Tips Berhenti Merokok dari artikel aku yang terdahulu!

Filed Under: General Tagged With: bad, bad smoking, berhenti merokok, cigarette, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, retired smoking, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, tips, tips berhenti merokok

Ramadhan 1433H

August 8, 2012 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Salam Ramadhan. Agak lewat entry kali ini.

Hari ini 4 bulan selepas last artikel aku. Ini bulan Ogos 2012.

Hari ini hari ke 18 Ramadhan 1433H.

Hari ini hari ke 18, aku berpuasa tanpa ROKOK. Hahahha.

So macam-macam hal berlaku hari ini. Semua atas bagaimana kita melihat dunia. Positif yang kita nampak, positif lah sepanjang hari, negatif kita nampak, negatif lah persepsi kita. [Read more…] about Ramadhan 1433H

Filed Under: Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places Tagged With: 1433H, bad, bad smoking, Berbuka, berhenti merokok, Bersahur, cigarette, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, Imsak, Jurufoto Kuantan, Kuantan, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, Masjid Sultan Ahmad 1, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, Pahang, PruBSN Takaful, Prudential, ramadhan, ramadhan al-mubarak, retired smoking, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, Takaful Kuantan, tips, tips berhenti merokok

Personal Tips Berhenti Merokok

April 24, 2012 by ghazalitajuddin 199 Comments

Hari ini, aku nak share sesuatu yang penting. Penting pada aku, penting pada ko. Aku dan ko hampir sama. Sebab aku pernah merokok dan kau mungkin sedang mencuba untuk berhenti. Atau ko mungkin tak merokok, baguslah, ko memang bijak dan beruntung, tetapi mungkin orang yang kau sayang merokok. Boleh juga ko baca untuk dikongsi bersama mereka dan memahami mereka. Sebab berhenti merokok bukan mudah. Memang dipandang enteng pada mereka yang tidak merokok, tetapi bukan perkara kecil bagi mereka perokok tegar. Perokok merupakan penyumbang ekonomi negara terbesar juga. Mereka orang kaya bayar tax antara termahal di Malaysia. Mereka tidak boikot, mereka orang yang redha dan pasrah ketentuan Ilahi terhadap poket mereka. Hahahah. Tapi jika ko merokok, tahniah, ko sampai juga ke sini. Aku memang menunggu ko membacanya supaya ko boleh cuba pula sebab aku pasti ko masih berusaha mencari satu solusi kepada berhenti merokok. Ini bukan kaedah yang pasti boleh, ini cuma pengalaman aku, mungkin boleh disuaikan dengan diri ko untuk berhenti merokok. Berhenti merokok sudah pasti suatu perkara terhebat jika berjaya dilakukan. Ko pasti akan jumpa juga bagaimana mahu berhenti mengikut gaya dan cara diri ko sendiri. [Read more…] about Personal Tips Berhenti Merokok

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bad, bad smoking, berhenti merokok, bukti berhenti merokok, cigarette, dua hari, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, rahsia berhenti merokok, rahsia berhenti merokok dalam 1 minggu, rahsia berhenti merokok dalam seminggu, rahsia berhenti merokok terpantas, retired smoking, seminggu, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, tips, tips berhenti merokok, tips berhenti merokok dalam 1 minggu, tips berhenti merokok dalam seminggu, tips berhenti merokok terpantas

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Cendol Terbaik Di Kuantan

Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut

Popia basah terbaik di Kuantan?

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Lunch di Nasi Kukus Alom

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •