,

Tutorial membuka akaun Shutterstock Contributor 2019

Korang dah register akaun Shutterstock belum? Dulu 2012 aku pernah tulis post membuka akaun contributor shutterstock disini. Kalau tak berminat tak apa. Aku saja je nak share pada korang yang berminat nak buat pendapatan pasif.

Perubahan Terkini

So, sekarang ni kalau nak register Shutterstock dah tak perlu passport, dah tak perlu nak hantar gambar banyak macam dulu. Lagi mudah.

Sekarang hanya perlu:

  1. Email
  2. Foto / Video / Vector
  3. Paypal (Kemudian pun boleh)
  4. Passport

Langkah-langkah Pendaftaran

Berikut adalah langkah demi langkah membuka akaun Shutterstock 2019 (Setakat Ogos 2019)

1. Klik link berikut https://shutr.bz/2LaP0NY atau klik gambar berikut. Anda akan dibawa ke page Shutterstock Contributor. Klik butang Sign Up disebelah kanan atas.

2. Isi maklumat anda.

Full Name: Nama penuh / Nama sebenar
Display Name: Nama yang akan di paparkan pada umum
Email Address: Email aktif untuk sebarang urusan
Password: Kata laluan

Tick pada checkbox berkaitan umur melebihi 18 tahun.

Tekan butang Next.

3. Isi alamat tempat tinggal dan alamat surat menyurat. Tekan butang Next.

4. Notis pendaftaran selesai. Satu email telah dihantar oleh Shutterstock kepada anda. Sila semak untuk verifikasi pendaftaran akaun anda.

5. Jika email sudah diterima. Klik link Please click here to verify  your email.

6. Verifikasi email telah berjaya. Klik Next.

7. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar! Anda akan dipaparkan dengan welcome text dan juga butang untuk upload image atau untuk ke dashboard. Boleh terus upload atau melihat dulu dashboard. Klik butang Go to your dashboard.

8. Dashboard Shutterstock Contributor

Tonton video tutorial shutterstock disini