Tutorial ini berkaitan bagaimana untuk witdraw earning daripada Fotolia.com. Ia agak berbeza sedikit kerana menggunakan sistem kredit berbanding agensi microstock lain.
1 kredit = USD 1
- Login ke akaun Fotolia anda. Terus ke bahagian Statistics. Klik pada Converts My Credits.

- Pilih Conversion Method & isikan Your payment address serta maklumat akaun penerima anda. Sekiranya Conversion Method adalah Paypal, biasanya address adalah alamat emel.

- Pastikan jumlah kredit yang hendak ditukar adalah betul. Tekan butang Convert.

- Anda akan dibawa ke page My Credits, anda akan dapat lihat convertion terakhir tadi dipaparkan pada table.

- Anda boleh klik pada pautan Receipt untuk melihat proses yang telah dilakukan. Resit ini adalah bukti proses conversion telah dilakukan.

- Tunggu sehingga payment masuk dalam akaun Paypal anda. Biasanya mengambil masa beberapa hari.

Leave a Reply