• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Photography

Tips ringkas bagaimana mengisi tajuk foto editorial shutterstock dan microstock lain

January 15, 2020 by ghazalitajuddin

Post kali ini aku nak share dengan korang tips ringkas  bagaimana menulis caption foto editorial.

Mari kita lihat dahulu format dan contoh tajuk yang pernah aku guna pakai.

*Untuk penerangan lebih detail tentang editorial boleh rujuk dokumentasi Shutterstock disini https://shutr.bz/36F2ZVA

FORMAT

Format tajuk foto editorial adalah seperti berikut

CITY, STATE/COUNTRY – MONTH DAY YEAR: Factual description of the image content, including who and what the image portrays and a qualifying newsworthy statement of objective fact (if necessary).

Contoh yang pernah aku gunakan

KUANTAN, 26 JANUARY 2018 – View of child section at Kuantan Public Library with unidentified children read books.

MECCA – MAY 26 : A close up view of Kaaba at Masjidil Haram Mosque with the ray of light at the back May 26, 2013 in Mecca. Muslims all around the world face the Kaaba during prayer time.

KUANTAN, 15 AUGUST 2019 – Unidentified people waiting and queue at post office counter.

 

TIPS

Biasanya bagi memudahkan aku menulis tajuk foto editorial, aku akan melihat kepada elemen-elemen 5W1H berikut:

  • Where – Di mana lokasi (Wajib)
  • When – Bila tarikh dan masa kejadian berlaku (Wajib)
  • Who – Siapa yang terlibat (Optional)
  • How – Bagaimana ia berlaku (Optional)
  • What – Apa yang berlaku (Optional)
  • Why – Kenapa ia berlaku (Optional)

Seperti contoh diatas, LOKASI dan TARIKH perlu ada pada setiap foto editorial. Manakala sekurang-kurangnya dua atau lebih kombinasi daripada elemen optional yang lain dapat membantu menerangkan lagi gambar adalah terbaik. Jika korang buat seperti yang dinyatakan, insyaAllah lulus.

PENUTUP

Sebenarnya foto editorial ni mudah sahaja, cuma kita kadang malas nak tulis tajuk dan description panjang-panjang. Tajuk foto editorial menceritakan tentang gambar. Editing pun tak perlu cantik sangat. Apa yang penting gambar jelas, caption dan description tele dengan gambar.

Good luck!

Filed Under: Microstock Photography, Photography, Technology Tagged With: caption, editorial, microstock, shutterstock, title

Apakah jenis submission yang boleh dihantar ke Shutterstock?

October 1, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

“Alah aku bukan jurufoto professional. Aku suka-suka je.”
“Mesti nak kena pakai kamera mahal-mahal ni.”
“Mesti nak kena shoot dalam studio.”
“Ada ke orang nak gambar travel aku ni?”

Begitulah respon bila aku share tentang menjual gambar di Shutterstock. Sebenarnya tak perlu pun professional, tak perlu kamera maha-mahal, gambar jalanan pun boleh. Apa yang penting mula dulu dan terus belajar.

Yeke? Jom tengok video ni.

Filed Under: Microstock Photography, Photography, Technology Tagged With: contoh submission shutterstock, shutterstock submission

Boleh tak nak jual balik gambar stock photo yang kita download?

December 29, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Terkejut jap bila ada orang tanya macam ni. Sebenarnya hari ini ada orang whatsapp aku tentang shutterstock ni. Biasanya orang whatsapp macam mana nak mula berkecimpung dalam stock photography. Tetapi lain pula kali ini.

Beliau menceritakan pada aku bahawa  salah satu task pekerjaan beliau adalah sebagai tukang download gambar. Company tempat beliau bekerja aku rasa mungkin advertising agency, dimana ada customer yang request gambar tertentu pada bos beliau, dan bos beliau akan upah beliau untuk cari dan download gambar berkenaan daripada Shutterstock. 

Jadi mungkin entah bagaimana. Mungkin koleksi stock photo beliau dah banyak, beliau terlintas untuk jual balik koleksi foto yang telah beliau download itu kembali ke stock photo market. Lalu dengan pantasnya beliau contact aku.

[Read more…] about Boleh tak nak jual balik gambar stock photo yang kita download?

Filed Under: Microstock Photography, Photography, Technology Tagged With: buat duit, buat duit dengan microstock, buatduit dengan shutterstock, copyright, hak cipta, microstock, plagiat, resell stock photo, shutterstock, stock photography

Sesi TT Fotografi

August 8, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Tadi aku tgk kat FB si Abe Faisal post invitation program Sesi TT di Kuantan. Then aku dapat pulak WhatsApp dalam beberapa group, jemputan menghadiri sesi berkenaan.

Ini perkara serious. Hahaha.

Teh Tarik Table Talk

Lama betul tak dengar Sesi TT Fotografi ni. Dulu Sesi “Teh Tarik” , sekarang sudah tukar Sesi “Table Talk”. Kreatif. Silap gaya ramai esok ni. Sebab dah lama sangat tak buat. Sejuk beku dah komuniti fotografi Kuantan. Semua pakat jumpa kat FB je.

Cerita Dulu

Dulu hari-hari mengadap gambar, siang malam edit gambar. Muntah. Hari-hari tak lekang dengan kamera. Zaman buat job foto. Shoot wedding, event, studio, stock photo. Hari2 bercakap pasal kamera, lighting, editing. Sedar tak sedar dah dekat 8 tahun tinggal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je start serious main kamera 2007 sampai 2010, cukup 3 tahun je lifespan busines aku dalam fotografi as full time photographer. Seriously enjoy lah masa tu. Business yang aku suka, kerja sambil berkarya. Sekarang ni, lebih kepada hobi, suka2 aje la. Nak bawak DSLR pn tak larat dah. Pakat pakai mirrorless aje. 

Tapi seriously, rindu weh buat job. 

TT

Sesi TT macam ni memang bagus sebenarnya. Aku start belajar kamera pun dulu dengan sesi macam ni lah. Sama-sama luangkan masa kongsi masalah, dan selesai masalah. Open. Business tolak tepi. Tak perlu terlalu official macam dalam kelas, boleh bagi pandangan secara terbuka, dan boleh dapat tips2 percuma daripada yang berpengalaman. Bukan lama pun, sejam dua mungkin. Memang susah nak commit, dengan macam2 kekangan nak buat, tapi impaknya amat bagus  untuk komuniti. Kalau ada persatuan dan kelab, TT ni memang wajib dijadikan aktiviti tetap. Aktiviti2 lain tu kira bonus. 

See u there

So sesiapa yang free tu jemputlah datang dan bawak laptop boleh belajar asas editing free.
See u…

Filed Under: Kuantan, Photography Tagged With: 2018, Jurufoto Kuantan, Kuantan Photographer, Sesi Teh Tarik, sesi tek tarik, table talk, teh tarik, Teh Tarik Session

Illustrasi, antara grafik vector dan bitmap

October 11, 2013 by ghazalitajuddin Leave a Comment

  1. Illustrasi secara umumnya adalah sebarang paparan grafik atau gambar rajah seperti dalam buku atau majalah yang digunakan untuk membandingkan atau menerangkan sesuatu mesej.
  2. Shutterstock mendefinasikan illustrasi sebagai sebarang paparan grafik(sebagai contoh sebuah lukisan) boleh dikenalpasti dan diisytiharkan sebagai illustrasi. Ia boleh diambil gambar ataupun discan. Jika illustrasi itu dihasilkan oleh seseorang ia harus disertakan dengan property release.
  3. Illustrasi boleh dipersembahkan dalam bentuk grafik vector atau bitmap.
  4. Vector adalah sebarang bentuk geometri primitif seperti garisan(lines), lengkung(curves), titik(points), bentuk(shapes) ataupun poligon (polygon) dimana semuanya berasaskan kiraan rumusan matematik yang membentuk suatu gambar grafik.
  5. Vector dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator, Corel Draw dan Adobe Firework.
  6. Contoh format file vector adalah SVG, EPS.
  7. Bitmap ataupun dikenali sebagai imej raster, merupakan imej yang dihasilkan oleh struktur data berbentuk dot matrix atau pixel berwarna yang biasa kita lihat di skrin tv, monitor atau pun kertas.
  8. Bitmap dihasilkan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan GIMP.
  9. Contoh file bitmap adalah JPEG, JPG, BMP dan GIF.
  10. Kedua-dua illustrasi dalam format vector dan bitmap boleh diterima oleh agensi.
  11. Perbandingannya secara mudah, apabila kita zoom in kepada image, jika file vector ia masih mengekalkan kualiti asalnya. Berbeza dengan file bitmap, kita akan dapat lihat pixel demi pixel yang biasa kita panggil “pecah”. Itulah perbezaan kualiti vector dan bitmap.                     
  12. Jadi sebenarnya sama ada illustrasi dalam bentuk vector atau bitmap. Kedua-dua  vector atau bitmap boleh dihantar ke microstock agency. Sebab ada illustration yang kita boleh lukis sendiri dengan perisian vector, ada yang kita sekadat ambil gambar. Biasa gambar yang terhasil melalui kamera adalah berkualiti bitmap. Begitu juga bila kita scan.
  13. Cuma mungkin ada sedikit kelebihan bila menghantar karya vector kerana saiznya boleh dibesarkan mengikut keperluan berbanding bitmap dengan saiz yang terbatas.
  14. Setakat ini, harga jualannya adalah sama. Tak kira vector atau bitmap.
  15. Contoh imej illustrasi: illustrationdemo2 illustrationdemo1 illustrationdemo3
  16. Sumber: Vector Graphics, Bitmap Graphics

Filed Under: General, Microstock Photography, Photography, Technology

Bagaimana mendapatkan 50 keyword dengan mudah!

October 2, 2013 by ghazalitajuddin Leave a Comment

  1. Keyword adalah kata kunci utama yang menggambarkan mesej yang hendak disampaikan melalui imej kita
  2. Keyword yang baik, menceritakan keseluruhan maksud imej yang dirakam.
  3. Kebanyakan agensi microstock memerlukan 50 keyword untuk setiap gambar yang dihantar.
  4. Ada sesetengah agency sangat menitik beratkan keyword yang tepat. Sehingga ada yang akan reject submission imej yang dihantar kerana keyword yang kurang baik.
  5. Kalau nak fikir sendiri 50 keyword memang menguji minda!
  6. Maka sebab itu muncul applikasi Keyword Generator. Ada beberapa pilihan yang boleh didapati diluar sana.
  7. Salah satu keyword generator yang baik adalah keyword sumbangan Yuri Arcurs.
  8. Buka http://www.arcurs.com.
  9. Disebelah kanan, ada tertulis Free Keywording Tools. Klik.mengisi-keyword-mudah-1
  10. Masukkan katakunci yang dikehendaki. Katakanlah “muslimah”. Klik Start New Search.mengisi-keyword-mudah-2
  11. Pilih imej yang hampir menyerupai imej kita dengan tick pada check box.mengisi-keyword-mudah-3
  12. Scroll ke bawah dan tekan butang Accept Choosen Images and Proceed To The Selections Of Keywordsmengisi-keyword-mudah-4
  13. Select keyword daripada senarai yang dihasilkan. Pilih 50 yang terbaik yang menerangkan imej anda.mengisi-keyword-mudah-5
  14. Akhir sekali, tekan butang Show The List Of Choosen Keywordmengisi-keyword-mudah-6
  15. Tadaaaa! Copy & Paste pada gambar kita!mengisi-keyword-mudah-7

Filed Under: Microstock Photography, Photography

  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Interim pages omitted …
  • Page 13
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Kopi Vietnam di Kuantan Pickers

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •