• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / General / Antara mengajar dan berkongsi ilmu

Antara mengajar dan berkongsi ilmu

October 10, 2013 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

  1. Mengajar dan berkongsi ilmu adalah perkara yang mulia. Malah ia dituntut oleh agama.
  2. Betapa mulianya bila kita mampu menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu itu pula dimanfaatkan ke jalan kebaikan. Sesungguhnya ia merupakan antara saham akhirat paling menguntungkan.
  3. Cuma bangsa kita ini, masih lagi kurang dalam bab menyampaikan dan berkongsi ilmu.
  4. Cuba lihat kebanyakan bahan ilmiah secara online berapa peratus yang menggunakan bahasa melayu? Kebanyakannya menggunakan bahasa inggeris. Paling dekat pun Bahasa Indonesia.
  5. Antara puncanya sering meletakkan diri tidak layak, tidak cukup ilmu, masih baru untuk menyampaikan ilmu yang ada.
  6. Menambah masalah lagi apabila ada pula yang berpandangan negatif pada usaha kita untuk membantu orang lain.
  7. Tetapi sebenarnya, yang menjadi masalah adalah kerana kurangnya pemahaman terhadap antara mengajar dan berkongsi ilmu.
  8. Kita sering berpandangan kalau nak menyampaikan ilmu adalah dengan cara mengajar. Umpama seorang guru dengan anak murid.
  9. Bila begini, biasanya kita yang masih dahaga ilmu akan rasa kurang yakin untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain. Kita rasa kurang matang, kurang pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan ilmu.
  10. Semuanya kerana kita meletakkan diri kita didepan sebagai pengajar / role model.
  11. Bila kita letak diri kita dihadapan sebagai pengajar atau role model, memang kita akan rasa kurang senang. Tak cukup ilmu didada untuk mengajar orang lain.
  12. Kerana itu saya lebih selesa menggunakan konsep berkongsi ilmu apabila menyampaikan ilmu.
  13. Bila berkongsi, saya meletakkan diri sama level dengan orang lain. Minda saya akan membayangkan saya dikalangan rakan dan kenalan yang sedang dalam diskusi bukan dalam sesi pengajaran.
  14. Berkongsi ilmu, lebih mesra, boleh menjadi lebih unformal. Proses belajar pun lebih ceria. Berkongsi ilmu juga melibatkan input lebih daripada satu pihak sahaja.
  15. Berkongsi ilmu juga membolehkan segala halangan yang terbentuk disebabkan pengalaman dan pengetahuan peserta yang lebih arif dapat dihapuskan. Ini kerana kita mahu berkongsi apa yang kita ada, berbanding mengajar segalanya. Kita tidak meletakkan diri sebagai role model semata-mata.
  16. Jika kita mainkan peranan bersama-sama berkongsi ilmu sesama kita. Bayangkan bagaimana kemajuan yang kita capai dalam bidang tertentu. Banyak masa dapat dijimatkan kerana masing-masing akan melalui pengalaman yang berbeza dan semua itu dikongsi.
  17. Konsep perkongsian ilmu amat penting dalam sesebuah komuniti. Ia tidak sekadar membantu komuniti semakin maju, malah individu yang terlibat juga semakin matang dalam mencari ilmu.
  18. Tetapi hendaklah semua memainkan peranan proaktif barulah menjadi. Masing-masing berusaha menjadi yang terbaik dan tidak bergantung-harap kepada orang lain sahaja. Jika tidak , konsep berkongsi ini akan jadi tak balance. Bila tak balace semuanya akan musnah.
  19. Matlamat kita hanya satu, berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.

Filed Under: General

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Singgah beli keropok di Keropok Warisan Losong Kuala Terengganu

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Demong Cafe Kampung Raja Besut

Kuih Akok Kedut Kelantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •