• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

lunch

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

November 29, 2022 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Sarapan Pagi di Warung Gulai Kawah

Kuantan ni banyak benor lokasi sarapan pagi. Kalau korang mencari tempat sarapan pagi dengan pelbagai pilihan, boleh cuba singgah di Warung Gulai Kawah yang terletak di Jalan Kuantan-Bypass, berdekatan Dewan Paya Besar Dato’ Sri Abdul Manan.

Sarapan Pagi di Warung Gulai Kawah

Antara yang aku boleh rekemen adalah roti canai garing dan kuah campur kari dal beserta sambalnya. Fuhhh memang gerenti sedap!

Selain daripada itu laksam dan pulut kuning gulai kari ayamnya juga power. Gerenti tak menyesal kalau bersarapan disini. Ada juga nasi minyak yang already sold out masa aku sampai. Kalau datang lambat sikit boleh lunch terus disini.

Waktu operasi 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Parking pun mudah cuma kalau peak hour boleh tahan penuh juga. Harap bersabar ya!

Klik Warung Gulai Kawah

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: laksam, lunch, nasi minyak, pulut kuning, Roti canai, roti sardin, sarapan pagi

Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

December 31, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Lama betul aku tak singgah port lejen ni. Dulu aku kerap juga ke mari makan tengah hari lepas tusyen kat Bangunan Mara sebelah. Ni cerita zaman 90-an dulu hahaha.

Tapi sekarang ni pun masih sama, kalau tengah hari, memang penuh dengan orang pejabat di sekitar yang akan datang makan tengah hari. Pilihan pun banyak sebenarnya disini. Ada beberapa gerai yang menjual lauk-pauk, sup-sup, mee kari, nasi ayam dan pelbagai lagi menu yang menarik. [Read more…] about Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places Tagged With: breakfast, lauk-pauk, lunch, makan tengah hari, mee jawa, mee kari, mee soto, mee sup, nasi ayam, nasi berlauk, nasi lemak, rojak, rojak ayam, sarapan pagi

Lunch di Nasi Kukus Alom

January 31, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Sebelum kitorang gerak pulang daripada Besut haritu sempatlah kiranya kami mencari port makan tengahari di sekitar besut.

Sesungguhnya sepanjang perjalanan kami mencari tempat makan tu, ada banyak gerai makan nasi kukus. MasyaAllah. Bukan mudah ya sahabat-sahabat. Kalau tak pikir panjang memang singgah aje mana-mana.

Tetapi ada satu kedai ni menarik perhatian, nampak macam agak ramai, tapi boleh menyelit lagi untuk kami sekeluarga. Jadi kami pun singgahlah di gerai Nasi Kukus Alom ni.

Apa yang best di gerai Nasi Kukus Alom ni? Ada ayam dan ikan keli goreng berempah! Udang galah dan ketam berempah pun ado! Memang sedap bang! Tengah lapar memang rasa tak cukup sebungkus. Sabo jelah.

Kalau korang peminat nasi kukus, boleh try Nasi Kukus Alom ni, sebagai peminat nasi kukus aku boleh rekemen gerai dia ni. Tempat pun selesa, tepi jalan. Servis pun laju. InsyaAllah.

Selamat menjamu selera!

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Places, Travel Tagged With: ayam, berempah, besut, ikan keli, jjcm, jjcm besut, ketam, lunch, makan tengahari, nasi kukus, Nasi kukus alom, udag galah, visit malaysia 2020, visit terengganu

Meraikan hari lahir di Loteng

July 18, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Semalam aku celebrate birthday buah hati intan payungku di Loteng, Teluk Cempedak, Kuantan.

Kami hanya kemari bila ada special event sahaja. Setakat ni, dinner office dan juga sambut birthday.

Cafe ini tidak sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet kerana harganya pada aku yang agak exclusive. Namun kelebihan kepada mereka yang ingin kelainan kerana cafe ini terletak di tepi pantai dan mempunyai roof view. Syok ooo sambil makan sambil dibelai angin pantai…

Hujung minggu aku dimaklumkan ada live band. Tapi aku tak pernah la pulak datang weekend. Sure ramai orang kat sini.

Yang hijau tu adalah Matcha Yen @ teh hijau yang wajib korang try bila ke Loteng

Kenapa kami pilih Loteng? Sebabnya hanya kerana dia berdekatan dengan Teluk Cempedak. Lepas makan terus turun jalan-jalan tepi pantai. Kalau bawa budak-budak memang suka sangat lah, terus berlari kesana-kemari. So within short period of time, boleh celebrate birthday dan juga entertain family. Itu aje.

So, kalau korang rasa-rasa nak mudah dan selesa, ada bajet lebih sikit, masa pulak limited tapi tak nak lepaskan peluang meraikan yang tersayang, boleh cuba di Loteng.

Bye!!!

Filed Under: Events, Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: aglio olio, birthday, cha yen, chicken chop, dinner, green tea, jjcm, klasik, Kuantan, loteng, lunch, matcha yen, old school, pahang tourism, revisit pahang 2018, roof, spaghetti carbonara, teh, teh hijau, teluk cempedak, visit pahang

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

July 16, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town
Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Jikalau korang tiba-tiba datang mengidam nak makan nasi ayam di Kuantan, silalah jemput datang ke nasiayampapa di Bandar Indera Mahkota Kuantan.

Ia terletak berhampiran Burger King dan Restoran Vanggey, sebaris dengan pejabat SSM yang baru.

Pertama kali aku datang sini, selepas beberapa kali terbaca posting rakan-rakan facebook yang telah pun sampai kemari.

Tempatnya terbuka, namun selesa walau pun dalam keadaan cuaca panas terik. Parking kenderaan juga tiada masalah. Kebersihan kedai memang tip-top, cuma bila korang datang berjemaah mungkin akan menghadapi masalah sikit nak kena susun meja.

Menu utama disini sudah tentulah nasi ayam hainan. Pada pandangan aku sekeluarga memang sedap, boleh kata sebaris dengan Chicken Rice Shop. Sepanjang berada kat situ pun, memang orang tak putus keluar masuk. Servis bagus, harga juga berpatutan. Confirm boleh repeat lagi.

So kalau korang mencari lokasi untuk lunch boleh lah datang sini cuba.

P/s: Tiba-tiba aku teringat Nasi Ayam Aida’s. Feymes juga tu di Kuantan. InsyaAllah ada kesempatan next time pulak lahhh…

Klik Info Lanjut Nasi Ayam Papa

Filed Under: Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places Tagged With: aidas, Burger King Indera Mahkota, dinner, hainan, indera mahkota, jjcm, jjcm kuantan, lunch, nasi ayam, nasiayampapa, pahang tourism, restoran vangger indera mahkota, revisit pahang 2018, visit pahang

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Breakfast di De Aisyah Kuantan

Diet snack untuk abang-abang kacak

Cendol Terbaik Di Kuantan

Lunch di Nasi Kukus Alom

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •