• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Travel / Terbang ke Taipei dengan Singapore Airlines. Dapatkan Harga Promosi Sekarang!

Terbang ke Taipei dengan Singapore Airlines. Dapatkan Harga Promosi Sekarang!

February 24, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Yeay!!! Cuti sekolah! Jom Terbang!

Wah, cuti sekolah hampir tiba. Masa yang tepat untuk bercuti!  Yelah, bila lagi boleh meluangkan masa bersama yang tersayang, bukan? Kerja, kerja, kerja. Memang takkan habis! Alah, duit boleh cari. Keluarga tak boleh dicari ganti. Apalah salahnya berbelanja sedikit untuk mereka. Risau banyak duit kena keluar untuk bercuti? Jangan risau, sebab Singapore Airlines promo sekarang!

Haa ni yang aku nak kongsi berita baik ni. 

Memanglah orang kata kalau naik bas atau bawak kereta, kos dia lagi murah. Tapi kalau nak ke overseas, macam mana nak redah laut China selatan tu? Eh eh, takkan nk mendayung sampan kut? Tahun depan pun tak sampai lagi nanti haha. Sebab itulah manusia ni cipta naik kapal terbang. Senang, cepat dan selesa pulak tu. Takut mahal? Kan dah kata tadi, Singapore Airlines ada buat promo ni! Jimat berganda!

Photo by Tim Dennert

Bagaimana beli tiket?

Okay, sekarang dah tahu nak pegi dengan apa. Soalan kedua, macam mana nak beli tiket? Macam ni, ada dua cara untuk beli tiket tu. Ada cara yang susah, ada cara yang senang. Mari kita rungkaikan satu persatu. Cara yang susah adalah untuk anda pergi ke kaunter tiket dan beli tiket yang anda perlu. Tak tahu kat mana kaunter tiket? Boleh google dekat mana kiosk kaunter beli tiket untuk Singapore Airlines yang berdekatan dengan anda. Tak pun, anda hanya perlu pergi ke mana-mana lapangan terbang dan buat pembelian di situ.  Cara ini remeh lah sedikit sebab anda perlu bersiap, drive kereta ke kiosk tersebut.

Kenapa nak susah-susah, online kan ada!

Nak tahu cara mudah nak dapatkan tiket? Haa ini jawapannya. Beli online! Ye, tekan-tekan keyboard je dah boleh beli tiket. Apa susah, bukak je website Singapore Airlines dan masukkan butiran peribadi anda. Pastikan maklumat lengkap tahu. Kalau nak tahu, beli online ni lagi murah daripada beli kt kaunter. Tambah-tambah lagi Singapore Airlines ada buat promosi sekarang. Tapi nak tahu cara nak bagi lagi murah? Ini pro kasi ajar. Nanti masa nak beli tiket di website tu, clear cache dulu okay?

Kelebihan Singapore Airlines

Dari tadi asyik sebut Singapore Airlines je kan? Sebenarnya apa yang special sangat pasal Singapore Airlines ni? Selalu anda asyik dengar economy class, business class dengan first class kan? Singapore Airlines ni dia tawarkan daripada tu! Mereka ada premium economy class dan jugak suites! Wah, menarik bukan? Yang mana ada anak kecil tu tak perlu risau tentang nak jaga anak masa naik kapal terbang, pilih je suites terus! Kalau travel jauh berjam-jam mesti lenguh kan? Business class dengan first class boleh bantu anda. Rehatlah semahunya di udara!

Cara Beli Tiket Online

Malas nak bersiap dan beli di kaunter? Nak beli online? Bagus, ini caranya. Mula-mula bukak website Singapore Airlines. Lepas tu scroll sedikit di bawah. Anda akan nampak pelbagai promosi yang ditawarkan khas buat anda. Anda boleh melancong ke Bali dengan hanya RM 808 untuk economy class, ke Chiang Mai dengan hanyaRM 848, ke Manila dengan hanya RM 788 dan bermacam-macam tempat lagi.

Tips ke Taipei

Teringin ke Taipei? Tapi tiada dalam senarai promosi? Guna je carian yang disediakan. Harga bermula dari RM2554 untu penerbangan pergi balik. Atau boleh juga check cheap flights to Taipei di laman web Traveloka. Ada banyak pilihan lagi mengikut budget yang bersesuaian. Senang bukan?

Oh iye, anda akan tiba di Taiwan Taoyuan International Airport. Lapangan terbang ini pernah dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik tahu! Taiwan mempunyai empat lapangan terbang antarabangsa dan Taoyuan adalah yang paling busy. Anda boleh book online sim kad telefon Taiwan dan pickup di lapangan ketibaan. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan free tour percuma. Anda boleh melawati Sanxia dan Yingge pada pukul 8 pagi atau 1.45 tengah hari. Airport ini ada dua terminal, jangan tertukar pula ya. Dengar cerita, lapangan ketiga sedang dibina dan dijangka siap pada 2020. Kalau perlukan tempat rehat, anda boleh ke lounge mereka. Plaza Premium Lounge ada terdapat di tingkat 4 di Zon C dan Zon D untuk Terminal 1. Untuk Terminal 2, lounge boleh didapati di tingkat 4 Zon A dan Zon A1.

Haaa! Tunggu apa lagi? Tempahlah tiket penerbangan anda di laman web Singapore Airlines sekarang!

Filed Under: Travel Tagged With: bali, chiang mai, manila, promotion, sanxia, Singapore, Singapore Airlines, singapore airlines promotion, taipei, taiwan, Taiwan Taoyuan International Airport, yingge

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Minuman Diet

Kopi Acah-acah Diet

Kuih Keria Viral di Kuantan???

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Kuih Akok Kedut Kelantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •