• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Kesihatan / Tips bagaimana berhadapan mereka yang sedang mengalami masalah Anxiety

Tips bagaimana berhadapan mereka yang sedang mengalami masalah Anxiety

January 15, 2021 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ada kenalan yang ada masalah Withdrawal Symtom atau Anxiety? Nampak mereka sihat-sihat aje kan? Semua macam ok. Sebenarnya time ok, mereka memang macam biasa sahaja. Time tak ok tu, macam mana nak bantu biasanya orang tak tahu. Sebab bukan semua orang tahu mereka sedang mengalami anxiety.

Jika mereka ada maklumkan mereka ada masalah Anxiety mudahlah sikit, tapi jika mereka tak maklum, korang kena pandai-pandailah tengok simptom-simptom tu. Boleh google tengok, tapi jangan memandai pulak tuduh sebarangan orang lain ada Anxiety, tu cari gaduh namanya. Hahhaa.

Biasanya korang akan perasan, ada masa-masa tertentu dia akan bereaksi agak berbeza. Memang look awkward sangat. Boleh je tanya takde masalah pun. Kalau korang betul-betul rapat atau kenal, korang mesti akan perasan.

Bila datang panic attack atau anxiety, semua boleh berubah 360 darjah. Pada waktu itu, mereka akan bertindak diluar kebiasaan mereka. Tengah-tengah berjalan biasa, tiba-tiba mereka termengah-mengah heart beat mencanak naik, tiba-tiba bagi tau rasa berdebar-debar lain macam, sesak nafas, atau masa nampak elok-elok dah tidur tiba-tiba bangun duduk seperti orang kegelisahan, atau berjalan mundar-mandir seperti ada sesuatu tak kena. Atau mungkin, tiba-tiba diorang bagitahu diorang rasa lain macam, ajak borak yang tah apa-apa.

Apa korang nak buat? Ok ni aku nak kongsi 5 tips mudah.

  1. Tanya status
    • Tanya keadaan dia waktu tu. Perlu pertolongan atau tidak? Just in case ada problem lain. 
  2. Then just be a good listener
    • Sebenarnya diorang ni nak orang dengar je. Sometime cuba lari daripada apa yang berunsingkan fikiran mereka tu.
    • Jika dia ajak borak. Dia kelihatan cuba bercerita, just dengar. Cuba layan. Kalau boleh try ajak borak topik-topik yang umum untuk alih perhatian daripada apa yang triggered anxiety diorang.
  3. Dont Judge
    • Jangan cuba-cuba nak remehkan situasi yang mereka hadapi. Kalau tak tahu nak cakap, diam aje. Dont look down on them, just treat macam biasa je bang.
    • “Eh kau ni ape hal? Jangan nak layan sangat sakit tu”. Jangan.
    • “Ko ni manja sangat lah, cuba la matang sikit”. Jangan, jangan, jangan!
  4. Riadah
    • Ada masa bawa keluar beriadah. Pergi jogging ke, hiking ke. Ia adalah good treatment utk orang yang ada masalah anxiey. 
  5. Busykan diri
    • Selalu ajak keluar ambil angin atau buat apa-apa aktiviti mengisi masa lapang. Jangan biar sorang-sorang. Bila berseorangan atau bila tak buat apa-apa mudah berfikir bukan-bukan. Overthinking pun ya juga. Sebab itu kena sibukkan diri, jangan biarkan fikiran melayang jauh.

So aku harap, tips berkenaan dapat membantu korang bila bersama dengan orang yang ada masalah anxiety ni. Diorang ni ok sahaja, tapi kebiasaannya OVERTHINKING itu yang triggered anxiety atau panic attack tu. Sebab tu bila keadaan itu berlaku, kena pandai cari jalan macam mana nak alih perhatian mereka secepat mungkin. Ini base pengalaman aku lah. Lagi cepat lagi bagus.

InsyaAllah, semoga bermanfaat.

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: anxiety disorder, bagaimana berhadapan masalah anxiety, bagaimana berhadapan masalah panic attack, panic attack, withdrawal symptoms

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Berpagian di Restoran Astana Cafe

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •