• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Blog

Blog

Misi Asah Skill 2018

December 30, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Macam biasalah bila nak masuk tahun baru. Semua orang akan pasang plan. Semua orang akan pasang azam. Walaupun azam bertahun-tahun lepas pun tak setel lagi. Wahahah!

So apa rancangan korang pada 2018? Kalau cakap pasal master plan besar sangat. Kecikkan scope sikit, focus on skills sudah. Orang yang minat masak, skill masak lah. Orang suka buat kek, skill buat kek lah. Untuk org IT cam aku opkos la ada cara tersendiri, personally adalah beberapa perkara duk bermain di fikiran lately.  Hurmmm… ada orang kata, bila share plan kita pada orang biasanya tak jadi. Ntah ler, daripada duk dalam kepala, better try write it down. Hahaha. So mari kita lihat…

Perkara Untuk Dibuat

  1. Channel Youtube 
    • Dah lama sebenarnya nak buat video tutorial ni. Akaun youtube baru dah ada, tapi tu ler, setakat akaun aje ler. Dulu zaman aktif foto pernah buat tutorial ni, sempatlah 2, 3 clips tutorial. Tapi sebab masa tu youtube tak secanggih sekarang dan capaian broadband amat jauh berbanding sekarang so terabai lah projek tu.  Sekarang mari kita cuba try serious beralih daripada sharing menggunakan blog je, kita upgrade sikit kepada video. So lepas ni nak cuba rekod tutorial dalam bentuk video pulak ler. So korang nak request aku buat tutorial apa? Ada apa yang boleh bantu? Meh bagi idea nak masukkan dalam list. Atau nak bagi cadangan ke support ke meh. Hehehe.
  2. Microstock
    • Antara sasaran lain juga adalah untuk melapangkan masa untuk menambah koleksi microstock. Aduhai, bab microstock ni memang sedih lah weh. Lama sangat dah tak aktifnya. Kamera pun dah berhabuk dalam drybox. Semua stock yang ada cuma yang lama-lama. Nasib baik la sale ada. So next year kena cari masa allocate masa untuk microstock ni. Kena cari “PUSH FACTO” untuk terus konsisten. Jangan hangat-hangat tahi ayam macam tahun sudah. Easy to distract. Hurmmm… Jadi sudah tentu adalah aktiviti lain yang terkorban. Btw korang tak nak join ke buat duit melalui microstock ni? Tahu tak apa microstock? Haaa.. rugi kalau tak ambil tahu…
  3. Training / Workshop / Sharing / TT
    • Whoaaaa cam banyak je hahaha. Next year try nak aktifkan balik aktiviti training. Seriously rindu sebenarnya buat training ni. Rindu nak jumpa orang, sharing dan gain new thing. Bila buat training ni secara tak langsung dengan aku sekali belajar benda baru. Antara training yang mungkin akan diadakan 2018 adalah training microstock dan website. 

Perkara Untuk Explore

[Read more…] about Misi Asah Skill 2018

Filed Under: General, Technology Tagged With: angular, angularjs, azam 2018, azam tahun baru, blender3d, channel, kuantan microstock, microstock, rancangan, rancangan 2018, shutterstock, unity3d, vlog, vue, youtube

GhazaliTajuddin.com diserang malware

December 20, 2017 by ghazalitajuddin


Sedar tak sedar hampir beberapa bulan blog ini telah diserang malware. Tension la jugak nak cari masa untuk betulkan, kemudian nak analyse kat mana masalahnya. Bukat takat 1 website, beberapa website lain under hosting sama pun kena!

Alhamdulillah setelah beberapa langkah “penyelamatan dan pembersihan” telah diambil bagi memastikan GhazaliTajuddin.com kembali bersinar.

Untuk pengetahuan semua, GhazaliTajuddin.com menggunakan platform wordpress pada host sendiri. Jadi saranan aku yang memang selalu update ni bagi pengguna wordpress pada host sendiri kena sentiasa update kepada wordpress versi terkini dari masa ke semasa. Begitu juga semua themes dan plugin yang digunakan perlu juga dikemaskini. Ini kerana setiap kali versi baru keluar, mereka akan update dan upgrade versi yang terdahulu dengan fungsi keselamatan dan features lain yang terkini.

Bukan apa, sebelum-sebelum ni beberapa kali juga orang pernah mintak bantuan aku website kena hack, habis berterabur content, nak login pun tak lepas. Camne nak buat kalau macam tu. Ish minta jauh la kan.

Bila dah setel masalah ni baru lah rasa bersemangat sikit nak update! Heh. 🙂

Filed Under: General Tagged With: malware, plugins, themes, trojan, update, upgrade, virus, wordpress

Laravel: Exception Handling For NotFoundHttpException

October 10, 2017 by ghazalitajuddin 2 Comments

Ramai salah satu komponen penting dalam MVC adalah Routing. Capaian setiap maklumat dikawal melalui route yang telah didefinasikan. 

Cthnya:

  • http://www.ghazali.tajuddin/
  • http://www.ghazali.tajuddin/membership
  • http://www.ghazali.tajuddin/membership/1/edit

Tetapi bagaimana sekiranya terdapat capaian secara tidak sengaja kepada route yang tidak didefinasikan? Error lah jawapannya, atau lebih tepat NotFoundHttpException Exception.

Sudah pastinya tak manis bila bila tetamu sampai ke ruangan yang salah, sebaiknya adalah kita menyediakan satu page 404 bagi menangani masalah ini.

Nasib baik Laravel ada cara mudah.

Create satu folder errors/ dalam direktori resources/views/errors/.

Create satu file 404.blade.php. Customize ikut citarasa anda.

Setel sudah. Bole test apa2 route, akan bawa ke page 404.

Selamat mencuba ya!

Refer: https://github.com/laravel/framework/blob/5.0/src/Illuminate/Foundation/Exceptions/Handler.php#L114-L126

protected function renderHttpException(HttpException $e)
	{
		$status = $e->getStatusCode();
		if (view()->exists("errors.{$status}"))
		{
			return response()->view("errors.{$status}", [], $status);
		}
		else
		{
			return (new SymfonyDisplayer(config('app.debug')))->createResponse($e);
		}
	}

 

Filed Under: Technology Tagged With: exception, laravel, NotFoundHttpException, throws exceptions

Laravel $Loop Variable

October 6, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Pernah tak korang nak hasilkan list dalam sebuah table dengan index number? So each record yang dipaparkan pada table ada numbering la, so senang nak baca.

Biasanya kita akan declare sebelum loop atau pada loop condition index number tu. Tetapi dalam Laravel ia telah dimudahkan dengan adanya $Loop variable.

So apa $Loop variable?

$Loop variable ni adalah satu variable yang terdapat dalam blade templating language since Laravel 5.3. Siapa tak tahu mmg rugi ler. Tapi takde masalah just extra code ajer.

So nak guna $Loop variable ni mudah sahaja just pastikan ia dipanggil dalam loop korang lah. 

Contohnya penggunaan $loop->iteration seperti berikut

@foreach ($symptoms as $symptom)

    <tr>
      <td>{{ $loop->iteration }}</td> 
      <td>{{ $symptom->name }}</td>
      <td> {{ $symptom->description }} </td>
      <td>
        <button class="btn btn-primary">Update</button>
      <button class="btn btn-danger">Delete</button></td>
    </tr>

    @endforeach

  </tbody>
</table>

Antara fungsi lain seperti berikut

  • index – memanggil 0-based index (setiap array start dr 0 kan?)
  • iteration – memanggil 1-base index 
  • remaining – berapa items tinggal dalam loops
  • count – jumlah item
  • first – boolean; adalah ia yang pertama dalam loop
  • last – boolean; adakah yang terakhor dalam loop
  • depth – integer; berapa kedalaman loop? pulangkan satu jika satu level, 2 dua level etc
  • parent – adakah loop ini berada dalam loop lain? pulangkan loop item daripada loop parent atau null
<ul>
@foreach ($pages as $page)
    <li>{{ $loop->iteration }}: {{ $page->title }}
        @if ($page->hasChildren())
        <ul>
        @foreach ($page->children() as $child)
            <li>{{ $loop->parent->iteration }}.{{ $loop->iteration }}:
                {{ $child->title }}</li>
        @endforeach
        </ul>
        @endif
    </li>
@endforeach
</ul>

 

Selamat mencuba ya!

Filed Under: Technology Tagged With: $loop, iterations, kuantan web developer, laravel $loop, mobile developer, system developer kuantan

Sentinel Accessors & Mutators

October 5, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ada sesiapa pernah guna mutators function dalam laravel?

Function mutators ni adalah satu fungsi untuk formatkan eloquent attribut ketika anda retrieve atau ketika anda setkan kepada model. 

Biasanyanya ia dibuat pada class model seperti model user berikut 

<?php

namespace App;

use Illuminate\Database\Eloquent\Model;

class User extends Model
{
    /**
     * Get the user's first name.
     *
     * @param  string  $value
     * @return string
     */
    public function getFirstNameAttribute($value)
    {
        return ucfirst($value);
        //return ufwords($value))
    }

    public function setFirstNameAttribute($value)
    {
        $this->attributes['first_name'] = strtolower($value);
    }
}

Ini menyebabkan apabila anda membuat panggilan dari mana-mana seperti controller atau view

$firstName = $user->first_name;

akan menyebabkan laravel menghantar atribut ke fungsi mutator getFirstNameAttribute() yang memaparkan  atribut dengan huruf pertama kapital (Upper Caser). Cthnya jika nama “ghazali” akan keluar “Ghazali”. 

Fungsi ini amat berguna bagi formasi data anda. Gunakan set jika anda mahu atttribute anda diubah sebelum disimpan dalam model, manakala gunakan get jika anda mahu ia kekal seperti yang user key in tetapi diubah hanya untuk paparan output sahaja.

Guna set, akan ubah data asal user mengikut format kita kemudian impan.

Guna get, tidak akan ubah data asal user. Data simpan sama seperti asal. Ubah ketika dipanggil untuk paparan sahaja.

Then ada sesiapa guna mutator pada package Sentinel?

Ok sesiapa yang guna package Sentinel mesti pening kat mana nak letak mutator ni? Korang kalau letak kat existing app\model mmg tak jadi ler. So sebenarnya korang kena kat sini

vendor/cartalyst/sentinel/src/Users/EloquetUser.php

Sentinel guna eloquent nya sendiri, sebab tu tak jadi guna cara diatas. So tambah je macam ni

    public function getFirstNameAttribute($value)
    {
        return ucwords($value);
    }

    public function getLastNameAttribute($value)
    {
        return ucwords($value);
    }

So harap membantu ya!

 

Filed Under: General, Technology Tagged With: attribute, eloquent, getter, laravel 5.3, mutator, package, sentinel 2.0, setter

Frontend Backend bersama Angular Laravel

September 29, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Nota kaki tentang pembangunan applikasi menggunakan Angular sebagai front end dan Laravel sebagai back end melalui API. Biasalah, nak cari reference bukan senang, ni kira nota kaki untuk diri sendiri. Takpe, pelan2 kayuh. Nanti ada peluang aku buat tutorial aku punya pulak okeh.

Untuk pengetahuan semua (mana yang tak tahu ler), trend pembangunan applikasi sekarang adalah pemisahan antara frontend(UI/UX)) dan backend. Maksud aku jika dahulu pembangunan applikasi melalui kedua-dua proses, dimana apabila ada keperluan untuk view data / insert data, kita terpaksa develop juga page untuk view data, tapi sekarang ni ia tak perlu, kita boleh lakukan kemudian. Backend developer cuma develop dan uji API yang dibangunkan. Pemisahan ini menjadikan proses pembangunan lebih pantas dan teratur. Namun persediaan awal, seperti kajian keperluan menjadi lebih kritikal bagi melancarkan proses pembangunan backend dan ketika proses pembangunan frontend pula nanti. Yelah, just imagine, develop separate backend dan front end, buatnya silap kat backend, frontend tak boleh nak buat kerja, atau output tak dapat seperti dikehendaki client. Kena betulkan, cost lagi!

  • Create a Laravel and Angular Single Page Comment Application
  • Laravel 5.3 with Angular 2 – Setup
  • https://github.com/eliyas5044

Filed Under: Technology Tagged With: angular laravel, api, back end, front end, laravel angular

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 23
  • Page 24
  • Page 25
  • Page 26
  • Page 27
  • Interim pages omitted …
  • Page 57
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Roti Canai Pulau Gerai Mat Zam-Zam

Kopi Acah-acah Diet

Coke Coffee Caramel ~ Not recommended!

Meraikan hari lahir di Loteng

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •