Launching Of RAJALANUN ARTWALL!!!

Salam Pagi Jumaat & Hi pada semua!!

Aku dengan berdekah2 batuk dan selsema,  sebelum aku sumbat ubat batuk dan selsema, yang membuat aku makin stim, dengan berbesar hatinya  merasmikan laman web baru RAJALANUN. Kali ini agak berbeza sedikit. Selepas diserang trojan yang parah, 2-3 bulan lepas. Aku amek inisiatif untuk menukarkan operasi laman web Rajalanun.com. Kali ni, aku perkenalkan konsep baru iaitu “RAJALANUN ARTWALL“.

RAJALANUN ARTWALL

RajaLanun Artwall merupakan satu bentuk laman web yang menyediakan ruang untuk para pengkarya foto+grafik untuk membersembahkan karya masing-masing. Ia merupakan platform internet yang membenarkan, para pengkarya kita, untuk post karya-karya mereka, dimana melibatkan karya-karya yang mempunyai unsur-unsur foto dan grafik seperti strobist, foto manipulasi, hdr, illustrasi dan lain2 karya yang bersifat kreatif.

Kelebihan RajaLanun Artwall  ini adalah, setiap karya boleh dikongsikan di Facebook dan juga Twitter serta boleh di vote oleh para pelawat. Terdapat rangking karya2 yang paling banyak diundi, sebagai penghargaan kepada karya2 mereka yang terbaik. Karya2 ini juga dapat dikomen, dimana ini memberi ruang kepada para pengkritik untuk membantu pengkarya-pengkarya baru untuk terus memajukan diri mereka dengan bantuan rakan-rakan pengkarya yang lain.

Aku mengharapkan platform ini digunakan sebagai pemangkin kepada pengkarya-pengkarya kita untuk terus berusaha untuk menghasilkan karya-karya mereka. Ia adalah terbuka kepada semua, cuma register guna email dan password sahaja. Activation trough email korang. Tiada cas dikenakan. Semuanya adalah percuma.

RajaLanun Artwall merupakan terjemahan idea, kenginan dan passion aku kepada web programming, wordpress, fotografi dan grafik. Alhamdulillah at least ada something aku bley wat untuk rakan2 diluar sana. Aku tak lupekan korang bro. Thanks to all photographer, webdesigner dan designer2 yang banyak bagi support untuk merealisasikan platform RAJALANUN ARTWALL ini. Jasamu dikenang!

Pada ketika launching ini, terdapat minor issue on Internet Explorer yang akan diselesaikan ASAP. Mmmg kurang asam tol IE neh! muahahah. tapi takpa, akan ku cari ke lobang cacing penyelesaiannya!

Terima kasih kerana mengundi,

RajaLanun.

p/s: sorry lama tak update, bz kat Artwork RAJALANUN!

Posted in General, ICT, Photography | Tagged , , | Leave a comment

Minimum Lense For Wedding Photographer In Malaysia?

In my experience for Nikon, to perform well you will need just 4 types of lense to start with. This is my personal observation, maybe disagree by others…

  1. Wide Lense
    1. Best Lense:  12-24mm F2.8 Nikon…
    2. Alternative: 12-24mm F4 Tokina
  2. Mid Range Zoom Lense
    1. Best Lense: 17-55mm F2.8 Nikon
    2. Alternative: 17-50mm R2.8 Tamron
    3. Super Alternative II: 18-70mm F3.5-4.5
Posted in Photography | 7 Comments

Good Bye Wedding Photography

After some years melibatkan diri dalam wedding photography, aku rasa cukuplah aku terlibat secara full time as wedding photographer. Secara rasmi, aku dah pun declare diri aku as freelance wedding photographer start dari bulan ini, July 2010. Leh kata stop terus lah!!!! Aku rasa memang tepat masanya aku mengundurkan diri aku as full time wedding photographer.

Kini, seperti yang pernah aku umumkan hujung tahun lalu, aku dah tidak manage… Seterusnya

Posted in Photography | Tagged , , , | 10 Comments

Berminat mempelajari Pengurusan Laman Web secara praktikal?

Ada tak dikalangan korang berminat untuk buat website dengan domain name sendiri macam www.udadandara.com atau www.nujumpakbelalang.net dan sebagainya tetapi menghadapi masalah kerana tidak ada kemahiran berkaitan pengurusan laman web?

Aku selalu dapat customer yang menghadapi masalah menguruskan laman web sendiri. Sanggup keluar duit tetapi akhirnya expired sebab tak terjaga.

Sekiranya ada yang berminat nak belajar atau menghadapi masalah bagaimana menguruskan laman web sendiri, sila kontek aku… Seterusnya

Posted in General, ICT | Leave a comment

Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang

Baru2 ni, aku ada menerima satu tempahan untuk nama domain http://www.anakyatimpahang.org.my beserta hosting daripada seorang sahabat. Domain didaftarkan untuk Persatuan Kebajikan Anak Yatim (PEKAYA) yang didaftarkan di Kuantan. Secara bersahaja kami berbincang berkaitan laman web berkenaan, tentang tujuan laman web, struktur laman web berkenaan termasuk bagaimana operasi PEKAYA itu sendiri. Jadi aku agak tertarik untuk menyumbangkan web design untuk persatuan… Seterusnya

Posted in ICT, Photography | 4 Comments