Skip to content

Tutorial bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

  1. Setiap material yang dihantar kepada microstock agency perlu disertakan dengan title, keyword dan description.
  2. Bayangkan sekiranya kita ada 1000 keping gambar, dan hendak dihantar kepada 100 online agency? Sudah tentu kita akan menghabiskan masa membuat kerja yang sama untuk key in maklumat title, keyword dan description berulang kali.
  3. Maka sebab itu kita memudahkan cara dengan mengisi maklumat berkenaan kepada setiap gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop terlebih dahulu. Mereka mempunyai satu sistem yang secara automatik membaca semua maklumat yang terdapat pada imej yang kita hantarkan.
  4. Buka file image anda dengan Adobe Photoshop
  5. Klik pada menu File > File Infohow-to-insert-image-keyword-1
  6. Anda akan dipaparkan dengan paparan berikut. Masukkan maklumat Title, Keyword dan Description. Jika sudah siap, tekan butang Ok.how-to-insert-image-keyword-2
  7. Save kerja anda. Itu sahaja.
  8. Tips 1: Contoh gambar yang digunakan adalah gambar dalam kategori editorial, ia berbeza dengan gambar lain. Title dan descriptionnya perlu mengandungi 4W(Who, When, Where, Why) + 1H (How). Ini kerana imeje editorial mempunyai ciri-ciri berita dan mempunyai sedikit penceritaan sebenar yang perlu disampaikan.
  9. Tips 2: Sekiranya gambar kita lebih kepada still life, atau modelling. Tidak perlu title seperti diatas. Cukup sekadar menerangkan apa subjek anda dan keadaannya.
  10. Tips 3: Jika anda mempunyai kelapangan masa untuk mengisi bahagian Author, Author Title, Copyright dan lain-lain, silakan. Maklumat berkenaan tidak diperlukan oleh microstock agency kerana anda telah pun memberikan maklumat anda kepada mereka semasa mendaftar sebagai contributor.
  11. Tips 4: Masukkan sekurang-kurangnya 50 kata kunci (keyword) yang menerangkan gambar. Jika sukar, cuba search gambar yang hampir sama dengan kita di Shutterstock.com atau lain-lain agency. Copy & Paste keyword imej mereka. Anda juga boleh menggunakan khidmat keyword percuma di laman web Yuri Arcurs @ www.arcurs.com.

Selamat mencuba!

Published inMacrostock MalaysiaPhotography

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

{"value":"\n