• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Events

Dukun pun buat online marketing pakai google ads!

January 11, 2021 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ok gais! Dukun pun dah advance sekarang pakai google ads. Tak payah pakai surat macam dulu-dulu. Hahaha.

Zaman berubah, dah tentu cara kerja pun banyak berubah. So ini adalah contoh kalau tak berubah, kita akan ketinggalan. Semua nak cepat, nak mudah. 

[Read more…] about Dukun pun buat online marketing pakai google ads!

Filed Under: Events, General Tagged With: bomoh, Dukun, facebook ads, google ads, online marketing, Pull advertisement, push advertisement

Sunrise di Bukit Panorama, Sungai Lembing

August 4, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Alhamdulillah semalam aku berpeluang join sahabat aku Ali Nubli mendaki bukit Panorama, Sg Lembing. Pada awalnya aku sangkakan ini trip fotografi, rupanya ini trip latihan beliau dalam persedian untuk beliau mendaki Gunung Slamet di Jogja, akhir bulan ini.

Bersama Ali Nubli dan sahabat baru guru sekolah teknik kuantan.

Bukit Panorama terletak di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong sekiranya korang bertandang ke Bandar Bersejarah Sungai Lembing yang terkenal sebagai bandar perlombongan bijih timah terpanjang dan terdalam di Asia Tenggara. Aku tak pasti berapa kali dah naik Bukit Panorama ni, tapi aku rasa hampir 2 tahun lamanya aku tak naik.

Waktu

Untuk sampai ke puncak Bukit Panorama korang perlu mendaki seawal 5.30 pagi iaitu sebelum waktu subuh agar sampai awal di puncak bagi memastikan korang sampai sebelum matahari naik. Kos masuk adalah percuma.

Uiii kenapa awal sangat? Aaa sekiranya korang bernasib baik, korang akan dapat menikmati pemandangan indah ketika matahari naik “sunrise” di Bukit Panorama dengan foreground Bukit Charas Sungai Lembing. Sebab itulah ramai naik Bukit Panorama ni. Jika korang seorang jurufoto, jangan lupa bawa kamera dan lense secukupnya.

Malangnya masa aku naik baru ni, tiada sunrise kerana kabus tebal ditambah jerebu barangkali kesan daripada kebakaran hutan di Indonesia yang hangat diperkatakan ketika ini.

Tempoh & Jarak

Pendakian Bukit Panorama ini mengambil masa 30 ~ 40 minit pendakian biasa melalui laluan tangga yang baru dibuat. Jaraknya dalam lebih kurang 900 meter sahaja. Cuma pesan aku, bagi mereka yang baru pertama kali atau dah lama tak mendaki, jangan terlalu gopoh ketika naik kerana tangganya agak curam yang mungkin menyebabkan korang mula rasa nak muntah ditengah jalan.

Ambil nafas dulu sebelum turun…
Laluan naik. Kebanyakan gambar setelah turun sebab aku naik selepas azan subuh…
Ini adalah laluan naik dan turun.
Kalau begini laluan turun, bagaimana naiknya? Hehehe

Kemudahan

Untuk pengetahuan korang, di kaki bukit ada kemudahan tandas awam berbayar. Di puncak tiada sebarang kemudahan tandas dan juga air. Sekadar ada pondok rehat sahaja. Jadi sekiranya korang ingin ke tandas, silalah selesaikan hajat terlebih dahulu. Kepada yang muslim juga begitu, sekiranya naik sebelum subuh bolehlah berwuduk terlebih dahulu sebelum naik, dan bawa alas bagi menunaikan solat seadanya. InsyaAllah ada tempat bersih di atas.

Korang parking je elok-elok jangan sampai ganggu laluan sudah

Penutup

Biasanya memang ramai yang berkunjung ke Bukit Panorama ini sama ada dari dalam dan luar negara. Ada yang naik awal pagi ketika gelap, ada yang naik sesudah terbit matahari. Jadi biasanya, korang tidak akan keseorangan di Bukit Panorama.

Selamat mendaki ya!

P/s: Lepas korang turun, boleh cari Restoran Mee Jawa Pok Yeh. Power bang!

 

Filed Under: Events, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places, Travel Tagged With: Bukit charas, bukit panorama, gua charas, jjcm, jjcm kuantan, Kuantan, pahang tourism, Pahangtourism, revisit pahang 2018, sungai lembing, visit malaysia 2020, visit pahang, visitpahang

Meraikan hari lahir di Loteng

July 18, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Semalam aku celebrate birthday buah hati intan payungku di Loteng, Teluk Cempedak, Kuantan.

Kami hanya kemari bila ada special event sahaja. Setakat ni, dinner office dan juga sambut birthday.

Cafe ini tidak sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet kerana harganya pada aku yang agak exclusive. Namun kelebihan kepada mereka yang ingin kelainan kerana cafe ini terletak di tepi pantai dan mempunyai roof view. Syok ooo sambil makan sambil dibelai angin pantai…

Hujung minggu aku dimaklumkan ada live band. Tapi aku tak pernah la pulak datang weekend. Sure ramai orang kat sini.

Yang hijau tu adalah Matcha Yen @ teh hijau yang wajib korang try bila ke Loteng

Kenapa kami pilih Loteng? Sebabnya hanya kerana dia berdekatan dengan Teluk Cempedak. Lepas makan terus turun jalan-jalan tepi pantai. Kalau bawa budak-budak memang suka sangat lah, terus berlari kesana-kemari. So within short period of time, boleh celebrate birthday dan juga entertain family. Itu aje.

So, kalau korang rasa-rasa nak mudah dan selesa, ada bajet lebih sikit, masa pulak limited tapi tak nak lepaskan peluang meraikan yang tersayang, boleh cuba di Loteng.

Bye!!!

Filed Under: Events, Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: aglio olio, birthday, cha yen, chicken chop, dinner, green tea, jjcm, klasik, Kuantan, loteng, lunch, matcha yen, old school, pahang tourism, revisit pahang 2018, roof, spaghetti carbonara, teh, teh hijau, teluk cempedak, visit pahang

Wordcamp Kuala Lumpur 2018

September 18, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Wordcamp Kuala Lumpur 2018 akan diadakan seperti berikut:

  • Date: November 17, 2018
  • Location: Royal Chulan Bukit Bintang Hotel

Boleh terus beli tiket di https://2018.kualalumpur.wordcamp.org/tickets/.

—-

Seingat aku lah, last wordcamp aku pernah attend adalah Wordcamp 2010. 

Masa tu la aku kenal Aman, founder Amanz.my yang dah feymes sekarang. Masa tu team diorg masih baru dan berusaha keras dalam menaikkan bisnes creative content diorg. Sekarang ni kalau tak kenal Amanz.my tak tahulah.

Basicly Wordcamp ni adalah satu aktiviti komuniti WordPress. Program ini bagus bagi usahawan internet, especially yang terlibat dalam pembangunan website menggunakan WordPress. WordPress adalah web base authoring tools yang diguna pakai hampir 30% web di dunia. Yerp bang, 30% confirm.

So kalau korang nak berjinak-jinak dengan blogging boleh lah kenal-kenal dengan wordpress. Terbaik.

 

Filed Under: Events, Technology Tagged With: #WCKL, Royal Chulan Bukit Bintang Hotel, WordCamp 2018, WordCamp Kuala Lumpur 2018

The Malaysian Enterpreneurs Festivals 2018

August 28, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

TMEF SME BUSINESS TALK 2018

Sebenarnya seronok bila kita dapat berkongsi dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain kan?

Tadi aku hadir dalam satu program The Malaysian Enterpreneurs Festivals 2018 yang dianjurkan di Hotel Vistana Kuantan, Pahang. Ini adalah kali ke 2 aku hadir program begini. Orang jemput kena pergi. Kebetulan hari ni free, pendaftaran free, minum pagi dan tenghari pun free, so boleh lah attend program yang sekadar separuh hari. Hehehe.

Secara umumnya program ini mengumpulkan usahawan-usahawan dan juga organisasi lain yang berkaitan keusahawanan, seperti SME Bank, SSM, KBS, Malaysia Tourism, MOF dan juga servis provider lain seperi DIGI, GRAB, dan lain-lain yang mungkin mendapat manfaat daripada program sebegini. Kehadiran participant tahun ini berbanding tahun lepas seingat aku berkurangan, begitu juga vendor2 lain booth2 pun nampak sangat kurang berbanding tahun lepas. Jadi tak dapat la nak kutip goodies hahaha. 

Make Global Goals Local Business

Apa yang aku dapat highlight dan simpulkan daripada ucapan founder TMEF Mr Ng Eng Heng, since 1st event 2017 dan ucapannya hari ini pada 2018 adalah ramai lagi usahawan-usahawan di Malaysia, especially IKS yang tidak mengambil kesempatan sepenuhnya penggunaan teknologi dalam perniagaan. Seingat aku event dulu pun beliau highlight ttg revolusi teknologi digital dalam perniagaan. Begitu juga kali ini termasuk Industrial Revolusi 4.0 IR4.0 yang terkini. Jadi tak peliklah TMEF ini sendiri mempunyai sistem apps sendiri, yang sangat menarik dan tak pernah lagi aku jumpa event organiser lain pakai. Ada QR code, boleh buat lucky draw, feedback, news update dan macam2 lagi. So memang jelaslah halatuju program dan harapan beliau sendiri menggalakkan para usahawan agar berani berubah untuk terus majuke hadapan “adopt and adapt technologies”  bersaing dengan pesaing-pesaing luar.  Steady boh!

Selain daripada tu panel tahun ni ada yang bawa ttg BlockChain yang turut menarik perhatian aku. Sebab apa menarik perhatian? Sebab ada 2,3 event lain yang pernah aku attend sebelum ini juga cuba menarik ramai org utk sertai BlockChain ni. BlockChain ini adalah satu teknologi digital berkaitan dengan security dan crytocurrency. Even dikalangan penggiat IT pun ia merupakan teknologi baru yang masih kurang difahami ttg applikasinya, tetapi cuba disampaikan dalam seminar2 keusahawanan begini. Kenapa? So ada sesuatu yang perlu diberi perhatian disitu kan? Bila sebut BitCoin baru ramai audience cakap oooooooo… hahaha…

KarunaSarawak pula, sebuah syarikat award winner dalam pembangunan website dan digital marketing turut berkongsi tips dan data statistik berkaitan online dan digital marketing yang menarik, bukan sekadar menjual produk atau perkhidmatan mereka sahaja. Memang terbaik. No doubt the award is yours. Sure bukan murah servis depa ni. Looks very convincing.

Kesimpulannya

Keseluruhannya, TMEF secara umumnya berjaya membawa mesej, atau setidak-tidaknya berjaya create awareness tentang pentingnya teknologi digital kepada perniagaan. Sesuai dengan temanya “Let’s Talk Business, Let’s Talk Digital”. Walaupun pada pandangan aku serba kekurangan, macam kurang support or publisiti, sebagai contoh tiadanya kehadiran masta player Telekm Malaysia, tiadanya real proof, or ikon usahawan iks yang sebelum ini mungkin bergerak secara konvensional tetapi telah berjaya melalui penggunaan teknologi, yang boleh memberi impak dan inspirasi kepada usahawan lain. Mungkin setiap panel just bagi 5-10 minit cukup bercakap, tidaklah nanti melalut sangat. Pandangan aku ler.

Tapi dalam serba kekurangan itu kredit tetap harus diberikan kepada TMEF atas inisiatif program ini yang amat diperlukan bagi mencipta technology awareness kepada para usahawan di Malaysia.

Terima kasih boh.

Ref: TMEF

Filed Under: Events Tagged With: BitCoin, BlockChain, business talk, cryptocurrency, digi, digital marketing, IPO, Karuna, karuna sarawak, konica minolta, online marketing, smallbiz, smebank, smecorp, ssm, telekom malaysia, The Malaysian Enterpreneurs Festival, TMEF, usahawan

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Coke Coffee Caramel ~ Not recommended!

Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut

Daging Bakar Daun Pisang Pekan

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Rojak Pak Lah Taman Gelora

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •