• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

General

GhazaliTajuddin.com diserang malware

December 20, 2017 by ghazalitajuddin


Sedar tak sedar hampir beberapa bulan blog ini telah diserang malware. Tension la jugak nak cari masa untuk betulkan, kemudian nak analyse kat mana masalahnya. Bukat takat 1 website, beberapa website lain under hosting sama pun kena!

Alhamdulillah setelah beberapa langkah “penyelamatan dan pembersihan” telah diambil bagi memastikan GhazaliTajuddin.com kembali bersinar.

Untuk pengetahuan semua, GhazaliTajuddin.com menggunakan platform wordpress pada host sendiri. Jadi saranan aku yang memang selalu update ni bagi pengguna wordpress pada host sendiri kena sentiasa update kepada wordpress versi terkini dari masa ke semasa. Begitu juga semua themes dan plugin yang digunakan perlu juga dikemaskini. Ini kerana setiap kali versi baru keluar, mereka akan update dan upgrade versi yang terdahulu dengan fungsi keselamatan dan features lain yang terkini.

Bukan apa, sebelum-sebelum ni beberapa kali juga orang pernah mintak bantuan aku website kena hack, habis berterabur content, nak login pun tak lepas. Camne nak buat kalau macam tu. Ish minta jauh la kan.

Bila dah setel masalah ni baru lah rasa bersemangat sikit nak update! Heh. 🙂

Filed Under: General Tagged With: malware, plugins, themes, trojan, update, upgrade, virus, wordpress

Sentinel Accessors & Mutators

October 5, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ada sesiapa pernah guna mutators function dalam laravel?

Function mutators ni adalah satu fungsi untuk formatkan eloquent attribut ketika anda retrieve atau ketika anda setkan kepada model. 

Biasanyanya ia dibuat pada class model seperti model user berikut 

<?php

namespace App;

use Illuminate\Database\Eloquent\Model;

class User extends Model
{
    /**
     * Get the user's first name.
     *
     * @param  string  $value
     * @return string
     */
    public function getFirstNameAttribute($value)
    {
        return ucfirst($value);
        //return ufwords($value))
    }

    public function setFirstNameAttribute($value)
    {
        $this->attributes['first_name'] = strtolower($value);
    }
}

Ini menyebabkan apabila anda membuat panggilan dari mana-mana seperti controller atau view

$firstName = $user->first_name;

akan menyebabkan laravel menghantar atribut ke fungsi mutator getFirstNameAttribute() yang memaparkan  atribut dengan huruf pertama kapital (Upper Caser). Cthnya jika nama “ghazali” akan keluar “Ghazali”. 

Fungsi ini amat berguna bagi formasi data anda. Gunakan set jika anda mahu atttribute anda diubah sebelum disimpan dalam model, manakala gunakan get jika anda mahu ia kekal seperti yang user key in tetapi diubah hanya untuk paparan output sahaja.

Guna set, akan ubah data asal user mengikut format kita kemudian impan.

Guna get, tidak akan ubah data asal user. Data simpan sama seperti asal. Ubah ketika dipanggil untuk paparan sahaja.

Then ada sesiapa guna mutator pada package Sentinel?

Ok sesiapa yang guna package Sentinel mesti pening kat mana nak letak mutator ni? Korang kalau letak kat existing app\model mmg tak jadi ler. So sebenarnya korang kena kat sini

vendor/cartalyst/sentinel/src/Users/EloquetUser.php

Sentinel guna eloquent nya sendiri, sebab tu tak jadi guna cara diatas. So tambah je macam ni

    public function getFirstNameAttribute($value)
    {
        return ucwords($value);
    }

    public function getLastNameAttribute($value)
    {
        return ucwords($value);
    }

So harap membantu ya!

 

Filed Under: General, Technology Tagged With: attribute, eloquent, getter, laravel 5.3, mutator, package, sentinel 2.0, setter

Visit Pahang 2017: Pasir Kubur, Sungai Lembing

September 24, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Hari ni aku melayan kanak-kanak riang mandi sungai. Kalau nak cerita bab sungai di Pahang ni banyak sangat la sungainya. Kalau ada peluang aku buat coverage next post insyaAllah. Jadi kita spesifik sikit lah, kalau sungai yang berhampiran Kuantan, pun banyak juga sungainya. Antara yang famous amos adalah Sungai Pandan dimana terletaknya Air Terjun Pandan, dan Sungai Berkelah dimana terletaknya Air Terjun Berkelah, Air Terjun Jerangkang, Air Terjun Pelangi, Sungai Jin dan lain-lain. Eh, aku ni cerita pasal sungai ke air terjun? Alah, boleh lah! Jadi entry kali ni adalah sungai yang terletak berhampiran dengan Sungai Lembing, iaitu Pasir Kubur, sebab lokasinya dekat dengan kubur. Serious beb. Tapi sebenarnya lalu je kubur. Bukan betul-betul sebelah kubur. Tak jadi mandi nanti.

So kalau dari Kuantan nak ke sungai ni, ambil masa setengah jam juga. Apa kelebihan sungai ni? Pertamanya sebab boleh parking betul-betul sebelah sungai, jalannya landai berbatu memudahkan untuk parking kereta berdekatan. Selain itu kawasannya juga luas membolehkan kita cari port masing-masing. Mungkin masih ramai tak tahu tempat ni. Sungainya pun landai, nak kata airnya deras tidak juga, sangat sesuai untuk semua golongan umur, baik dewasa dan kanak-kanak. Maknanya, sangat sesuai untuk datang sekeluarga. 

Dari segi facility memang failed sikit, takde apa boleh pakai. Nak buang air agak bermasalah, especially air besar lah. Air kecil boleh “cover line” selam ajelah hahaha. Kawasan memang takde pokok-pokok, jadi kalau nak tukar pakaian, better siap-siap lah, atau boleh bawa kemah sendiri. Just sekadar ada untuk tukar pakaian. Memang tempat ni tiada facility langsung, so better bawalah bekal siap-siap sebelum sampai atau boleh beli siap-siap sebelum sampai ke sini.

Untuk sampai ke Pasir Kubor ni perlu cross jambatan(jambatan besar dont worry). Berhampiran jambatan ada sebuah gerai Mee Jawa yang famous amos juga, iaitu Warung Mee Jawa Pok Yeh. So boleh singgah dulu untuk beli apa-apa sebelum masuk. Jangan lupa try Mee Jawa dia, last time try mmg osem!!! Kali ni tak sempat nak singgah insyaAllah next time aku review sket!

So aku rasa takat ni jela aku sembang tentang sungai Pasir Kubur ni. Luangkan masa jenguk snap shot dalam galeri di bawah ya! Thanks!

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”3″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

Filed Under: General, Travel Tagged With: air terjun berkelah, air terjun jerangkang, air terjun panching, air terjun pandan, air terjun pelangi, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jjcm, jjcm kuantan, Kuantan, Pahangtourism, pasir kubor, revisit pahang 2018, sungai jin, sungai lembing, visit pahang

Cross Rope Jumping Rope Review

September 12, 2017 by ghazalitajuddin 3 Comments

Baru-baru ni aku ada order jumping rope dari CrossRope.com. Ini adalah jumping rope ke 4 yang aku beli. Aku dah test banyak jenis jumping rope sebenarnya, dari jenis yang biasa boleh dapat di kedai sukan, jenis brand china yang boleh beli di lazada, hinggalah yang branded. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Kalau korang sedang merancang untuk membeli jumping rope boleh baca tips aku share cara memilih jumping rope disini. Moga bermanfaat.

Berbalik kepada CrossRope, ia adalah satu brand daripada US yang merupakan specialist dalam menghasilkan produk jumping rope. CrossRope bukan sekadar membangunkan jumping rope, malah ia telah menghasilkan satu sistem jumping rope yang lebih inovatif. Sistem jumping rope ini memberikan anda fleksibiliti untuk memilih kabel mengikut berat yang anda mahu. Terdapat kabel dengan berat 1/4 Lb, 1/2 Lb, 1 Lb, 2 Lb, 1 Oz dan 2 Oz, selain pilihan pemegang yang menarik. CrossRope mempercayai lebih berat kabel, lebih memberi kesan. Tetapi tak semudah itu sebenarnya. Setelah aku cuba pertama kali dengan kabel 1/4 Lb, memang cepat lebih dengan hanyunan tak sampai 50 kali. Belum lagi cuba dengan 1 Lb!

Selain itu ia juga mempunyai applikasinya sendiri yang boleh dimuat-turun kedalam telefon pintar korang, dimana ia memberi panduan penggunaan dan membantu  melakukan aktiviti jumping rope melalui jadual yang terdapat dalam applikasinya. 

Owh sebelum itu aku nak maklum, aku order pakej  Starter, yang datang dengan sepasang CrossRope Rugged Handles, dan 2 jenis kabel iaitu 1/4 Lb Agility Rope, dan 1 Lb Intensity Rope. 

Kualiti

Dari segi kualiti, boleh bagi 4.5/5 bintang. Buatannya memang kemas dengan ketahanan terjamin. Kabelnya boleh ditukar antara satu dengan yang lain. Klip pada pemegang pun berkualiti dengan bearing yang smooth. Setakat ini dari segi kualiti memang berpuas hati. Cuma pada aku pemegang, CrossRope Rugged Handlles agak besar pada tangan aku. Jadi masa mula-mula pegang tu agak janggal.

Kegunaan

Dari segi penggunaan, pertama kali bila cuba memang terasa agak janggal disebabkan pemegang agak besar pada tangan aku. Selain itu, 1/4 Lb tu memang terasa di bahu! Tapi itulah sistem CrossRope, bukan jenis jumping rope biasa-biasa. Tapi setelah gunakan 2, 3 kali baru rasa lebih ok.  Setakat ni tak cuba lagi kabel 1 Lb, tapi dah boleh bayang berat yang perlu ditanggung hahaha!

Berikut adalah gambar-gambar pakej CrossRope yang sampai.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”2″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

 

Downside

Kelemahannya adalah harga. Ia paling mahal berbanding jumping rope lain. Lain-lain tu minor sahaja seperti kabel yang fix dan handle yang mungkin agak sedikit besar. Walaupun panjang kabel fix, CrossRope dah bagi ukuran berdasarkan ketinggian korang ketika nak order, so tak perlu dah nak potong/adjust. Size handle tu juga dah fix, agak besar pada tangan aku. Tapi small matter je bab kabel dan handle tu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan sistem CrossRope ni. Dari segi kualiti dan penggunaannya memang terbaik. Ia bukan sekadar jumping rope biasa, ia memberi satu pengalaman dan cabaran baru kepada kaki jumping rope macam aku. So kepada yang betul-betul minat jumping rope memang aku recommend lah beli sistem CrossRope ni! Serious berbaloi!

Filed Under: General, Kesihatan Tagged With: cross rope, jump, jumping rope, skip, skipping rope

Renew Insuran & Roadtax Sendiri

August 28, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Bulan september ni roadtax aku mati. Aku try contact member aku yang buat servis general insurance. Malangnya dia tak buat Etiqa Takaful. Entah kenapa aku nak buat sangat dengan Etiqa Takaful. Mungkin last year, baru lepas renew insuran 2, 3 hari, cermin depan kereta aku crack. Terus claim dan tukar cermin tu. Tengok macam mudah je, thats why agaknya aku selesa kot dengan Etiqa Takaful. Buat masa ini lah, next time tak sure lagi.

So disebabkan malas nak cari orang lain buatkan, so aku try buat sendiri. First time la ni buat sendiri. Tapi not bad la, takde la susah mana pun. Renew insurance dan roadtax semua ambil masa tak sampai 2 jam. Aku espect lama la, kot la ramai orang buat ke.

Insuran

So sesiapa nak buat sendiri, korang sediakan salinan geran atau cover note lama korang, bawak je ke branch Etiqa. Jangan lupa bawak cash siap-siap, tak pun baru ni aku bayar guna debit kad je. Nanti, dia akan kirakan berapa insuran korang. Kalau nak cover cermin keliling dan servis towing extra KM sila maklum so dia boleh kirakan sekali. Towing extra tu sekarang dah unlimited kilometer, then come with life insurance untuk semua 7 penumpang(since kereta aku 7 seater) dengan tambah RM90. Tak sampai 30 minit, masa tu jugak dia akan siapkan secara online. Selepas buat bayaran dia akan printkan cover note dan serahkan pada korang. 

RoadTax

So selepas siap cover note insuran, boleh terus bawa ke JPJ atau pejabat pos berdekatan untuk buat roadtax. Aku buat di UTC Kuantan. Kalau boleh buat masa waktu bekerja kurang orang, kalau buat time malam memang ramai. So masa aku sampai di JPJ UTC, que number aku org 3 camtu. Memang cepat la setel. Just bagi ic dan cover note, tup tap siap! Bayar!

Apa kelebihan renew Roadtax dan Insurance sendiri?

Diskaun 10% daripada harga biasa. Sebab biasanya upah pi kat agent. Kalau ada masa boleh lah buat sendiri.

So gitulah sharing kali ni. Sekian.

Filed Under: General Tagged With: cukai jalan, Insuran, insurance, pembaharuan cukai jalan, renew roadtax, roadtax, sendiri

Masalah anai-anai

August 25, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Baru-baru ni office aku ada masalah serangan anai-anai. Dulu pernah satu masa rumah aku pun kena teruk juga. Dah teruk baru perasan. Habis almari, sofa semua rosak dimakan anai-anai. So masa tu kelam kabut jugalah, tanya orang sana sini. Mostly orang cadang panggil servis pestisid, masalahnya kosnya boleh tahan.

Sudahnya, aku google. Adala jumpa few solution bajet yang boleh cuba segera. Tapi aku nak recommend kat korang ada satu ubat anai-anai ni memang murah tapi power! Racun anai-anai yang ni bila kita letak pada laluan anai-anai, anai-anai akan makan dan bawa balik ke sarang. So seluruh markas anai-anai  akan terkena racun. Memang berkesan! Dalam 2, 3 hari boleh nampak semua laluan anai-anai jadi kering, sekor pun tak nampak. Power tak? 

Tak perlu pakai banyak pun, macam letak ubat gigi je. Ni pun kebetulan ada balance yang dulu, nak bawak gi office kasi mati itu anai-anai semua!

So kalau ada sesiapa berminat boleh beli disini 

http://anai-anai.atabox.com/

Selamat mencuba!

Filed Under: General Tagged With: masalah anai-anai, perosak, pestisid, racun anai-anai

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Page 10
  • Interim pages omitted …
  • Page 28
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Daging Bakar Daun Pisang Pekan

Minuman Diet

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •