• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / General / Cross Rope Jumping Rope Review

Cross Rope Jumping Rope Review

September 12, 2017 by ghazalitajuddin 3 Comments

Baru-baru ni aku ada order jumping rope dari CrossRope.com. Ini adalah jumping rope ke 4 yang aku beli. Aku dah test banyak jenis jumping rope sebenarnya, dari jenis yang biasa boleh dapat di kedai sukan, jenis brand china yang boleh beli di lazada, hinggalah yang branded. Semuanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Kalau korang sedang merancang untuk membeli jumping rope boleh baca tips aku share cara memilih jumping rope disini. Moga bermanfaat.

Berbalik kepada CrossRope, ia adalah satu brand daripada US yang merupakan specialist dalam menghasilkan produk jumping rope. CrossRope bukan sekadar membangunkan jumping rope, malah ia telah menghasilkan satu sistem jumping rope yang lebih inovatif. Sistem jumping rope ini memberikan anda fleksibiliti untuk memilih kabel mengikut berat yang anda mahu. Terdapat kabel dengan berat 1/4 Lb, 1/2 Lb, 1 Lb, 2 Lb, 1 Oz dan 2 Oz, selain pilihan pemegang yang menarik. CrossRope mempercayai lebih berat kabel, lebih memberi kesan. Tetapi tak semudah itu sebenarnya. Setelah aku cuba pertama kali dengan kabel 1/4 Lb, memang cepat lebih dengan hanyunan tak sampai 50 kali. Belum lagi cuba dengan 1 Lb!

Selain itu ia juga mempunyai applikasinya sendiri yang boleh dimuat-turun kedalam telefon pintar korang, dimana ia memberi panduan penggunaan dan membantu  melakukan aktiviti jumping rope melalui jadual yang terdapat dalam applikasinya. 

Owh sebelum itu aku nak maklum, aku order pakej  Starter, yang datang dengan sepasang CrossRope Rugged Handles, dan 2 jenis kabel iaitu 1/4 Lb Agility Rope, dan 1 Lb Intensity Rope. 

Kualiti

Dari segi kualiti, boleh bagi 4.5/5 bintang. Buatannya memang kemas dengan ketahanan terjamin. Kabelnya boleh ditukar antara satu dengan yang lain. Klip pada pemegang pun berkualiti dengan bearing yang smooth. Setakat ini dari segi kualiti memang berpuas hati. Cuma pada aku pemegang, CrossRope Rugged Handlles agak besar pada tangan aku. Jadi masa mula-mula pegang tu agak janggal.

Kegunaan

Dari segi penggunaan, pertama kali bila cuba memang terasa agak janggal disebabkan pemegang agak besar pada tangan aku. Selain itu, 1/4 Lb tu memang terasa di bahu! Tapi itulah sistem CrossRope, bukan jenis jumping rope biasa-biasa. Tapi setelah gunakan 2, 3 kali baru rasa lebih ok.  Setakat ni tak cuba lagi kabel 1 Lb, tapi dah boleh bayang berat yang perlu ditanggung hahaha!

Berikut adalah gambar-gambar pakej CrossRope yang sampai.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”2″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

 

Downside

Kelemahannya adalah harga. Ia paling mahal berbanding jumping rope lain. Lain-lain tu minor sahaja seperti kabel yang fix dan handle yang mungkin agak sedikit besar. Walaupun panjang kabel fix, CrossRope dah bagi ukuran berdasarkan ketinggian korang ketika nak order, so tak perlu dah nak potong/adjust. Size handle tu juga dah fix, agak besar pada tangan aku. Tapi small matter je bab kabel dan handle tu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan sistem CrossRope ni. Dari segi kualiti dan penggunaannya memang terbaik. Ia bukan sekadar jumping rope biasa, ia memberi satu pengalaman dan cabaran baru kepada kaki jumping rope macam aku. So kepada yang betul-betul minat jumping rope memang aku recommend lah beli sistem CrossRope ni! Serious berbaloi!

Filed Under: General, Kesihatan Tagged With: cross rope, jump, jumping rope, skip, skipping rope

Reader Interactions

Comments

  1. Zaheera says

    May 6, 2020 at 6:11 am

    Hi,

    Nak tau beli katne crossrope? Saya check kat their site, tak ship ke malaysia? Thanks!

    Reply
    • ghazalitajuddin says

      May 6, 2020 at 6:30 am

      Hi, last time i buy direct from their site. Kalau tak silap shipping dr us. ?

      Reply
      • Zaheera says

        May 7, 2020 at 9:19 pm

        Hmmm interesting. When i email them, they said tak ship to Malaysia. Maybe dah stop kot. Okay, then…thanks alot!

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Berpagian di Restoran Astana Cafe

Kopi Acah-acah Diet

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •