• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

jjcm

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

December 25, 2022 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Baru ni akhirnya aku berpeluang makan malam bersama keluarga di Awangan Palace. Setelah sekian lama sekadar menjeling lalu pergi dan balik jalan Kuantan-Bypass, akhirnya sampai jua.

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Bukannya kami tak nak singgah, tapi belum berkesempatan. Kalau lalu malam hari, dari jauh dah nampak Awangan Palace dengan lampu bergemerlapan warna-warni. Parking pun selalu nampak penuh sudah pasti meriah dengan ramai pelanggan. Tapi akhirnya sampai juga. Itu yang penting dak?

Lokasinya amat selesa untuk dinner bersama keluarga. Parking pun luas di dalam dan juga diluar kawasan berpagar Awangan Palace. Hidangan juga ada pelbagai pilihan yang disediakan daripada vendor stall yang berbeza. Kalau tak silap kami cuba Mee Sup, Chicken Chop dan Mee Rebus Johor. Semuanya sedap dan kuantitinya juga banyak! Memang puas hati. Pada pendapat kami kenalah dengan harganya. Selepas makan boleh bawa anak-anak naik ke tingkat atas untuk ruangan bergambar dengan pelbagai jenis persembahan lampu yang menarik.

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Selain daripada ruangan food court, Awangan Palace ini juga menyediakan sewaan Dewan, Bilik Meyuarat dan Bilik Hotel. Terdapat pool yang pastinya menjadi tarikan utama bagi mereka yang berkeluarga untuk beristirehat di sini.

Untuk nombor whatsapp, gambar boleh klik link berikut.

Klik Awangan Palace, Kuantan, Pahang

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: awangan palace, bilik mesyuarat, dewan, dinner, jjcm, Kuantan, makan malam, meeting room, Pahang, pool, visitpahangdotmy, visitpahangmy

Kuih Akok Kedut Kelantan

January 31, 2021 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Siapa suka makan kuih akok? Akok adalah sejenis kuih ala-ala isi tart telur moden. Sebut tart telur, tart telur King’s memang sedak. Akok yang power, mesti ada mesti ada rasa telurrrrr. Yeke? Hehehe.

So kali ni aku nak share pulak kuih akok kedut kelantan hasil air tangan sahabat aku bro Mudzamlie ni. Dulu geng main kamera, antara pakar slow shutter juga ni. Memang terbukti serba boleh saing ambo ni hahaha.

[Read more…] about Kuih Akok Kedut Kelantan

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan Tagged With: cod, jjcm, jjcm kuantan, kelantan, Kuih akok, kuih akok kedut, kuih tradisional

Patin Tempoyak Frozen Resepi Temerloh

January 30, 2021 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ada berita baik buat peminat ikan patin masak tempoyak! Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan yang susah nak dapatkan stok tempoyak, atau yang tak ada masa nak mencari bahan-bahan nak masak sendiri! Jangan runsing dan bimbang, kini kita ada di pasaran Patin Tempoyak Frozen by Patin Gedik! Yes, its frozen guys! Menarik tak? [Read more…] about Patin Tempoyak Frozen Resepi Temerloh

Filed Under: Foods Tagged With: frozen food, jalan-jalan cari makan, jjcm, patin masak tempoyak, Patin Masak Tempoyak Frozen, patin temerloh, Patin Tempoyak Frozen, Temerloh

Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

November 12, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

 

Dulu selalu juga orang sebut, kalau nak cari laksam terbaik di Kuantan, ada satu kedai di Pasar Besar Kuantan. Tapi bila tanya tempat, diorang cakap tak tahu sebab dah lama tak pergi, ada kata dah pindah dan sebagainya. So disebabkan tak cukup info tidaklah mencari sangat. Tak pastilah sebenarnya memang kedai tu memang betul-betul tutup or pindah, cuma memang tersohor lah namanya.

[Read more…] about Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

Filed Under: Foods, Kuantan, Places, Travel Tagged With: jalan-jalan cari makan, jjcm, Kuantan, laksa, laksam, pasar besar kuantan

Lunch di Nasi Kukus Alom

January 31, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Sebelum kitorang gerak pulang daripada Besut haritu sempatlah kiranya kami mencari port makan tengahari di sekitar besut.

Sesungguhnya sepanjang perjalanan kami mencari tempat makan tu, ada banyak gerai makan nasi kukus. MasyaAllah. Bukan mudah ya sahabat-sahabat. Kalau tak pikir panjang memang singgah aje mana-mana.

Tetapi ada satu kedai ni menarik perhatian, nampak macam agak ramai, tapi boleh menyelit lagi untuk kami sekeluarga. Jadi kami pun singgahlah di gerai Nasi Kukus Alom ni.

Apa yang best di gerai Nasi Kukus Alom ni? Ada ayam dan ikan keli goreng berempah! Udang galah dan ketam berempah pun ado! Memang sedap bang! Tengah lapar memang rasa tak cukup sebungkus. Sabo jelah.

Kalau korang peminat nasi kukus, boleh try Nasi Kukus Alom ni, sebagai peminat nasi kukus aku boleh rekemen gerai dia ni. Tempat pun selesa, tepi jalan. Servis pun laju. InsyaAllah.

Selamat menjamu selera!

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Places, Travel Tagged With: ayam, berempah, besut, ikan keli, jjcm, jjcm besut, ketam, lunch, makan tengahari, nasi kukus, Nasi kukus alom, udag galah, visit malaysia 2020, visit terengganu

Demong Cafe Kampung Raja Besut

January 29, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Beso weh tulang sup gear box ni. Bini aku order hahaha. Terkejut beliau.

Baru ni aku bermalam di Tanjong Demong Beach Resort yang terletak di Besut Terengganu. Ini adalah pertama kali aku bermalam di bandar Besut ini alang-alang menghantar anak mendaftar di MRSM Ulul Albab Kota Putra. Resort ini terletak hanya dalam 5 minit sahaja ke sekolah. 

So macam biasalah, bila sampai tempat baru kalau ada peluang mesti mau explore tempat makan lokal. Cuma kali ini, kami sempat untuk makan malam sahaja sebab kami sampai dah lewat petang. So disebabkan kepenatan drive 4 jam dari kuantan, aku serahkan tugas mencari lokasi makan malam ni kepada copilot sepenuhnyalah so aku boleh lelap sekejap.

Selepas proses menggoogle, kami pilih Demong Cafe yang terletak tak jauh mana. 2 minit perjalanan sahaja daripada hotel. Review bagus betul dalam google. Korang boleh try google tengok.

  • Sup Gear Box (Besar weh!!! Dan lembut) RM17
  • Sup Belut (Banyak!) RM7.50
  • Chicken Chop RM7.50

Masa kami sampai tu lepas maghrib tak ramai mana. Tak lama lepas tu lebih kurang waktu Isya dah start banyak kereta parking, dan meja pun dah start penuh. Ok memang femes tempat ni.

Secara keseluruhannya kitorang amat berpuas hati. Kedai nampak lama, tapi menu dia boleh tahan. Servis pantas, sedap dan murah!!! Padan la review bagus di Google. Memang ngam dengan anak tekak.

So kalau korang stay sekitar sini boleh cuba lah ya. 

Anak-anak ceria je puas hati. Tengok kat belakang dah start ramai orang.

Budak cilik nak gambar juga.

Sup dia rasa macam masakan thailand, masam-masam gitu

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Places, Travel Tagged With: besut, chicken chop, demong cafe, jalan-jalan cari makan, jjcm, jjcm besut, jjcm terengganu, Kampung Raja, kota putera, kota putra, mrsm kota putra, old school, sup belut, sup gear box, visit malaysia, visit malaysia 2020, visit terengganu

  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Kuih Keria Viral di Kuantan???

Berpagian di Restoran Astana Cafe

Aneka Kuih Tradisional

Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •