• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Technology / Jenis-jenis Web Hosting

Jenis-jenis Web Hosting

July 27, 2021 by ghazalitajuddin 1 Comment

Setiap penyedia perkhidmatan webhosting (Web Hosting Provider) menawarkan jenis-jenis web hosting yang berbeza. Setiap jenis web hosting ini pula mempunyai pelbagai plan web hosting dengan spesifikasi yang berbeza-beza. 

Dalam artikel ini diterangkan secara umum beberapa jenis web hosting yang boleh didapati di pasaran sekarang

  • Shared Web Hosting
  • Special Shared Web Hosting
  • Dedicated Web Hosting
  • Virtual Private Server Web Hosting
  • Cloud Server Web Hosting

Shared Web Hosting

Shared Web Hosting ditawarkan hampir semua penyedia perkhidmatan web hosting. Jenis hosting ini adalah yang paling popular, disebabkan harganya murah dengan spesifikasi yang sesuai untuk pemula. Ringkasnya ia merupakan sebuah pelayan(Server) yang dikongsi beberapa akaun web hosting, biasanya terdapat beratus hingga beribu akaun. Pelayan  berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh penyedia web hosting. Setiap akaun web hosting yang berdaftar mempunyai saiz storan, bandwidth, power dan memori masing-masing bergantung kepada pakej yang dipilih. Setiap akaun juga dibenarkan satu atau  beberapa website pada satu akaun. Disebabkan terdapat beberapa akaun web hosting berkongsi satu pelayan inilah harganya lebih murah berbanding Dedicated Server Hosting plan.

Optimize Shared Web Hosting

Web hosting ini mempunyai ciri sama seperti Shared Web Hosting, cuma pelayan yang digunakan telah di optimize mengikut spesifikasi atau ciri tertentu. Sebagai contoh WordPress Performance Hosting yang ditawarkan oleh DataKL.com, telah di optimize kan supaya mengikut konfigurasi optimum bagi pengguna yang mahu menggunakan CMS WordPress dimana salah satunya ia menggunakan perisian LiteSpeed Web Server berbanding Apache atau Nginx web server yang sering digunakan server lain.

Dedicated Server Web Hosting

Dedicated Server Web Hosting pula memberi kawalan sepenuhnya terhadap semua sumber yang terdapat pada pelayan berkenaan kepada pelanggan. Anda boleh memilih jenis spesifikasi CPU, MEMORI dan segala konfigurasi dan perisian yang anda mahukan mengikut spesifikasi keperluan anda. Hanya anda sahaja pengguna pelayan berkenaan, tiada applikasi pengguna atau akaun web hosting lain yang berkongsi menggunakan semua sumber seperti CPU, Bandwidth dan Memori seperti di Shared Web Hosting.

 

Virtual Private Server (VPS)

VPS ini juga sesuai bagi mereka yang memerlukan kawalan sepenuhnya terhadap pelayan. Ia kombinasi Shared Hosting dan Dedicated Server dimana, VPS menggunakan suatu teknologi virtual bagi membolehkan anda memiliki sumber dan kawalan seperti Dedicated Server. Namun sebenarnya anda masih berkongsi satu server dengan pengguna lain. 

VPS sesuai bagi pengguna bisnes dan professional yang menghadapi masalah penggunaan melebihi spesifikasi yang ditetapkan pada plan Shared Web Hosting namun tidak sampai kepada keperluan spesifikasi Dedicated Server Web Hosting serta kos yang lebih mahal. Maka VPS adalah solusi terbaik yang berada diantara kedua plan berkenaan.

Cloud Hosting 

Cloud Hosting adalah sebuah sistem hosting yang tidak terikat kepada satu pelayan fizikal seperti Shared Web Hosting dan Dedicated web hosting. Namun anda masih mempunyai kebebasan untuk memilih spesifikasi seperti yang terdapat pada dedicated web hosting. Cloud hosting mempunyai beberapa server yang beroperasi dalam satu platform yang dipanggil Cloud. Ini memberi kelebihan dan fleksibeliti apabila berlaku berlaku sebarang kekurangan sumber pelanggan dengan mudah mengubah suai spesifikasi keperluan bila-bila masa diperlukan.

Yang Mana Satu Pilihan Anda?

Sekiranya anda baru bermula berjinak-jinak untuk membangunkan website sendiri sama ada untuk personal atau untuk profil syarikat, saya sarankan guna Shared Web Hosting dahulu. Ia lebih murah serta kebiasaanya memadai untuk keperluan sebuah website profil atau blog.

Namun jika anda sudah mempunyai produk berjenama dan beratus ribu pelanggan atau follower, dan ingin membangunkan sebuah website kompleks seperti eCommerce, anda mungkin boleh pertimbangkan Dedicated Server Web Hosting. Namun boleh juga mencuba plan premium Shared Web Hosting yang ada, jika tak cukup boleh upgrade kemudian.

  • Tips Memilih Nama Domain
  • Tips Memilih Web Hosting
  • Spesifikasi Plan Web Hosting

Berikut adalah penyedia perkhidmatan webhosting pilihan saya:

  1. DataKL.com
  2. IWHost.com

Rujukan:

  • WebPageScientist.com
  • BlueHost.com
  • HostGator.com
  • Educba.com

Filed Under: Technology Tagged With: Apache, cloud, cloud hosting, DataKL.com, Dedicated Web Hosting, IWHost.com, Nginx, Shared Web Hosting, Virtual Private Server, Virtual Private Server Web Hosting, VPS Web Hosting

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Kos Pembangunan Website | GhazaliTajuddin.com says:
    August 5, 2021 at 4:39 pm

    […] hosting dengan spesifikasi yang berbeza. Mungkin anda boleh membaca penerangan ringkas berkaitan jenis web hosting dan spesifikasi web hosting disini. Semakin tinggi spesifikasi semakin mahal pakej berkenaan. Jika […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Daging Bakar Daun Pisang Pekan

Kuih Keria Viral di Kuantan???

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •