Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission

Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission

Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission

Bukan mudah untuk setiap gambar kita dijual di Shutterstock.com. Walaupun kita sudah mempunyai akaun sebagai contributor sekali pun, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar semua koleksi gambar kita ke Shutterstock.com sesuka hati. Setiap gambar yang dihantar masih perlu melalui proses reviewer yang professional yang akan melihat kualiti dari setiap sudut daripada idea atau konsep sehingga ke teknikal fotografinya.

Minimumkan rejection!

Terus terang kawan kabo, masa awal2 start sebagai contributor, 10 keping hantor, 5 approved, 5 rejected. Ada sebab konsep / idea, ada sebab teknikal fotografi itu sendiri. Ini bermakna 50% daripada submitted image rejected. Ini tidak bagus. Maka kita kena cari puncanya. Apa masalahnya? Sebab tu kawan nok awok baca ni. Hok nims, wajib baca wajib tau. Belajor dari kesilapan diri sendiri adalah terbaek, tetapi kalau boleh sediakan payung sebelum hujan lebih2 terbaek dops. Setiap kali submission kalau boleh, elakkan rejection sampai 60%.

Kalau kene reject, jangan delete!

Tetapi, awok kena tahu jugop. Rejection tidak bermakna gambo awok burok, tak boleh pakai. Rejection kat Shutterstock.com tak semestinya kena reject dekat Dreamstime.com atau Fotolia.com atau agensi2 stock lain. Reviewer yang check gambo kita tak sama, maka evaluation mereka pun berbeza2. Sebab itu jangan pulok awok gi delete gambo yang kena reject kat Shutterstock tu. Hanto la kat agensi lain bila ada masa. Walau pun agensi lain slow, tapi tetap jalan weh…

Submit Photos to Shutterstock and make $$$!

Berikut adalah senarai rejection yang biasa kawan terima sepanjang menjadi contributor Shutterstock.com.

  • Focus–Your image is not in focus or focus is not located where we feel it works best.
  • Noise–Noise, film grain, over-sharpening, or artifacts at full size.
  • Poor Lighting–Poor or uneven lighting, or shadows. White balance may be incorrect.
  • Composition–Limited commercial value due to framing, cropping, and/or composition.
  • This image is already in your portfolio.
  • Trademark–Contains potential trademark or copyright infringement.
  • Lighting Problems–Purple fringe, blown highlights or lenses flare.
  • Limited Commercial Value–We do not need this image at this time.

Untuk penerangan lebih kemas dan teratur, boleh baca disini

http://www.shutterstock.com/buzz/rejection-reasons.

 

2 Comments » for Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
  1. ucualong says:

    Salam tuan, nak tanya sikit:

    1. Adakah boleh kita submit gambar yang sama ke beberapa agensi dalam masa yang sama? atau perlu tunggu dulu keputusan review gambar2 kita tu.
    2. Katakan gambar kita tu agak menarik, tapi dah ramai orang lain submit gambar yang sama. Haruskan kita submit juga (menunjukkan hasil kerja kita berkualiti), atau tak perlu submit, sbb sama dgn org lain.

    Mohon pandangan. Thanks.

    • Wsalam.

      1. Ucualong boleh menghantar gambar yang sama kemana-mana agensi stock photo selagi gambar berkenaan tidak diistiharkan sebagai ekslusif bagi agensi tertentu. Setiap agensi ada team review masing-masing, maka sementara menunggu tu, hantarlah ke angensi lain juga.

      2. Kita boleh menghasilkan gambar dengan konsep yang sama, tetapi pastikan cara persembahan berbeza atau lebih baik dan kreatif. Sebagai contoh tuan mungkin menghantar gambar model lelaki merokok dengan mesej larangan merokok berlatar-belakangkan stesen bas awam, saya mungkin akan menhantar gambar model lelaki juga dengan pose yang sama bersama keluarga. Dari sudut pencahayaan juga kadangkala dah membezakan antara gambar kita dengan gambar orang lain. Mungkin gambar tuan ambil pada waktu siang, manakala gambar saya pada waktu malam? Idea yang sama tiada masalah cuma kalau boleh, come out dengan idea fresh lagi baik.

      Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>