• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Blog

Blog

Good Bye Wedding Photography

July 17, 2010 by ghazalitajuddin 10 Comments

After some years melibatkan diri dalam wedding photography, aku rasa cukuplah aku terlibat secara full time as wedding photographer. Secara rasmi, aku dah pun declare diri aku as freelance wedding photographer start dari bulan ini, July 2010. Leh kata stop terus lah!!!! Aku rasa memang tepat masanya aku mengundurkan diri aku as full time wedding photographer.

Kini, seperti yang pernah aku umumkan hujung tahun lalu, aku dah tidak manage perkhidmatan wedding photography syarikat dimana ia digalas oleh encek TomRamzul. Pada masa itu lagi memang aku dah target on half 2010, aku akan stop 100% marketing as wedding photographer.  Sebab selagi aku tak stop marketing, selagi itu aku tak boleh wat benda lain. Muahahha…

So kena nekad la kan. Tak nekad tak jadi. So, kali ni officially aku bgtau, aku dah tak shoot wedding. Tapi aku yang tak shoot wedding, yang lain2 masih shoot wedding macam biasa. Pintu kedai kitorang kat kompleks tu masih terbuka luas untuk pelanggan2 yang memerlukan. InsyaAllah kualiti masih mantain. Service masih mantap.

Sekiranya ada yang masih email mintak quotation, aku redirect to En Tom Ramzul. Atau aku tolong replykan. Tara hal. Tapi bab2 pengurusan, tentang scheduling etc, mmg aku tak leh jawab lah, sebab memang aku dah tak pegang file sekarang. Cuma kalau aku kat ofis tu leh la aku tgk2 kan. Tapi kalau aku kat luar tu tak dapatlah.

So, ada 2,3 member yang tanya. If ada job nak pass buat tak? Kalau rajin aku buat lah. Kalau tak rajin, malassssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss ahhhh! hahahaha. Dah nama freelance kan?

Tu pasallah lately ni aku ada nak wat kelas foto, ada nak wat kelas editing, nak wat kelas wordpress, sebab dah nak pencen daaaa… so nanti aku dah lupa tang mana aperture, tang mana shutter, camne nak pegang kamera, camne nak itu dan ini tak leh dah nak share. So sapa2 pernah masuk kelas aku sebelum2 ni. Thanks lah. Harap leh bantu korang mana patut. Kot2 ada rezki terlebih jom ngeteh seround dua k. Dan sekiranya ada yang memerlukan konsultansi berkaitan wedding photography. Kontek me k. Kira ikut jam muahahaha kekeke… tak sampai lagi tahap tu.  nama aku pn tak kuar lagi dalam http://www.top100photographers.com/….! Level SN pn jauh lagik muahha…

So…… now im jobless. Official joblessssss. Tapi ada la kijer sket2 sedang wat. Bisnes jugak. Turun naik tangga, keluar masuk gear, coding cracking web, apa saja!!!. Nak mintak kijer, tapi tatau nak kijer mana. Hurmmmmm. Nak mengajar balik ker? Hurmmmmm. Any idea?

Ni dah dekat puasa ni…. aku rasa nak jual kueh raya lah! Urmmmm tom ajak bukak kedai kat pasar ramadhan cam best jugak.

p/s: … apa pun business mmg best! otak berjalan 24 hrs!

Filed Under: Photography Tagged With: Gezzeg Photography & Design, Gezzeg Photowork, Jurufoto Kuantan, Wedding Photography

Berminat mempelajari Pengurusan Laman Web secara praktikal?

July 16, 2010 by ghazalitajuddin

Ada tak dikalangan korang berminat untuk buat website dengan domain name sendiri macam www.udadandara.com atau www.nujumpakbelalang.net dan sebagainya tetapi menghadapi masalah kerana tidak ada kemahiran berkaitan pengurusan laman web?

Aku selalu dapat customer yang menghadapi masalah menguruskan laman web sendiri. Sanggup keluar duit tetapi akhirnya expired sebab tak terjaga.

Sekiranya ada yang berminat nak belajar atau menghadapi masalah bagaimana menguruskan laman web sendiri, sila kontek aku.

Tajuk Kursus: Bengkel Praktikal Pengurusan Laman Web

Objektif: Berkongsi pengalaman bagaimana menguruskan laman web sendiri secara mudah melalui cpanel dan wordpress.

Personal Class: RM500 (Include i .com/.net/.org domain & 1 GB Webhosting)

Group Class: RM300(Include i .com/.net/.org domain & 1 GB Webhosting for each participants) Minimum 10 pax.

Requirement: Mempunyai kemahiran asas pengendalian komputer dan internet

Duration: 1 Day (8 Hours)

Content:

  • Pengenalan Kepada Internet
    • Internet, URL, Browser, FTP
  • Pengenalan Kepada Control Panel (CPanel)
  • Pengurusan Email
    • Create Email Account
    • Change Email Password
    • Delete Email Account
    • Change Email Quota
    • Capaian Webmail
    • Email Forwarding
  • Pengurusan FTP
    • Create FTP Account
    • Delete FTP Account
  • Pengenalan Content Management System (WordPress)
    • Pengurusan WordPress
    • Post Management
      • Add Post
      • Edit Post
      • Delete Post
    • Media Management
    • Pages Management
    • Appearence  Management
      • Themes Search & Install (Free 10 High Quality WordPress Theme)
    • Plugins Management
      • Plugin Search & Install (Free 20 Important Plugin)
    • User Management
    • Tools Management
    • Settings Management

Filed Under: General, Technology

Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang

July 14, 2010 by ghazalitajuddin 4 Comments

Baru2 ni, aku ada menerima satu tempahan untuk nama domain http://www.anakyatimpahang.org.my beserta hosting daripada seorang sahabat. Domain didaftarkan untuk Persatuan Kebajikan Anak Yatim (PEKAYA) yang didaftarkan di Kuantan. Secara bersahaja kami berbincang berkaitan laman web berkenaan, tentang tujuan laman web, struktur laman web berkenaan termasuk bagaimana operasi PEKAYA itu sendiri. Jadi aku agak tertarik untuk menyumbangkan web design untuk persatuan ini yang cuba untuk menjadikan laman web yang bakal dibangunkan sebagai pusat maklumat berkaitan kebajikan anak-anak yatim di pahang khususnya.

Projek dah 50%, layout design dah siap, menanti rakan berkenaan pula melaksanakan bahagiannya untuk upload data2 berkaitan informasi berkaitan persatuan dan pusat-pusat kebajikan yang lain. Aku ada terfikir nak masukkan facebook fanpage and twitter tapi diorang tak wat lagi. So kena tunggu dulu lah…

Untuk melengkapkan laman web berkenaan, aku juga memerlukan gambar. Gambar yang menggambarkan suasana di pusat kebajikan anak yatim. Aku bersama2 Gezzeg Photowork, dalam proses menganjurkan satu fotografi untuk mendapatkan gambar2 bagi menggantikan gambar2 slide yang aku cilok dari internet. Aku dah mintak pihak pekaya hantar surat invitation dan kebenaran kepada kitorang. Tinggal tunggu masa yang sesuai je la. Dan kemungkinan aku akan invite lebih ramai dan menjadikan program ni sebagai outing.

p/s: Jauh2 teringat anak dan isteri  dirumah, dan ayahanda dan bonda. Terasa beruntung kita yang masih mempunyai keluarga yang sentiasa disisi dikala diperlukan. Semoga Allah memberkati mereka selalu.

Any comment and suggestions on functionality and design appreciate! Thanks! ~ http://www.anakyatimpahang.org.my

Filed Under: Photography, Technology

Kemahiran Jurufoto Versatile

July 9, 2010 by ghazalitajuddin 9 Comments

Sekarang ni, kalau nak jadi jurufoto bukanlah mudah. Bukan takat tahu main kamera je. Nak kene tahu guna komputer dan juga internet. Itu pandangan aku lah. Jadi, tidaklah mudah yang disangka. Bila kita masih membiarkan diri kita ditakuk lama, mengharap orang melihat dan membeli hasil print foto kita dijalanan, adalah sukar.

Selama 3 tahun, aku terjebak dalam fotografi. Usia masih muda. Masih mentah. Tapi dalam tempoh singkat ni aku pasti yang apa yang aku nyatakan ini mungkin ada kebenarannya. Jika ada yang menafikan, sila unjurkan hujah anda.

Aku listkan disini kemahiran jurufoto masakini yang sangat diperlukan.

  1. Kemahiran Fotografi
    1. Penguasaan kamera
    2. Framing Composition
    3. Lighting
  2. Kemahiran Komputer
    1. Photo Editing
    2. Layout Design
  3. Kemahiran Internet
    1. Website / Blog
    2. Email
    3. Forum
  4. Pemasaran

Jika, kesemua point diatas dapat dikuasai oleh jurufoto, maka insyaAllah anda adalah jurufoto versatile yang akan melangkah lebih jauh. Ini berdasarkan pemerhatian aku kepada beberapa nama2 tokoh besar seperti CandidSyndrome, KukuBesi dan lain2 yang korang tahu. Jika diperhatikan mereka semua MASTER dalam semua kemahiran diatas. Hampir 90% jurufoto yang berjaya, kebanyakannya menguasai keseluruhan kemahiran diatas.

Jadi untuk kita bersaing dalam indusri fotografi hari ini, dengan market peralatan kamera yang semakin mampu milik, sehingga budak sekolah menengah pun sudah ada DSLR, apatah lagi yang sudah bekerjaya, maka ruang untuk diri kita menonjol semakin sukar. Jelas, dslr sudah menjadi suatu trend dalam masyarakat kita sekarang. Seperti handphone yang menjadi suatu keperluan, begitulah yang sedang berlaku kepada fotografi. Ia berkaitan, bagaimana kita mahu membezakan diri kita dengan yang lain. Yang mana jurufoto tulen, yang mana sekadar hobi,  yang mana pula jurufoto yang sekadar menumpang mengaut keuntungan dan merosakkan pasaran industri fotografi?

Jadi kepada yang baru mula berjinak2 dengan industri ini, kuasailah kemahiran-kemahiran diatas. Belajar dan terus belajar. Sama-sama kita terus berusaha.

Apa pandangan korang?

Filed Under: Photography

Yes, WordPress 3.0!

July 4, 2010 by ghazalitajuddin 2 Comments

Mungkin pada sesetengah orang, agak lewat aku upgrade wordpress aku dari WordPress2.9.2 kepada WordPress3.0. Tapi aku cukup berpuas ati dengan upgrade kali ni sebab menggunakan function upgrade wordpress yang ada dalam wordpress sendiri tanpa perlu ftp, tanpa guna cpanel. Aku ingat dah tak jadi rupa-rupanya dia lambat sikit. Tapi kira ok lah.

Sebab utama aku nak upgrade selain mendapatkan wordpress terkini dipasaran adalah SECURITY. Yes, takde sebab lain lebih utama selain daripada security. Semakin lama kita menggunakan teknologi yang tidak dikemaskini, atau yang terkini, semakin terbuka kita kepada kelemahan-kelemahan sistem sedia ada. Alah, macam Windows jugak lah, kalau kita pakai Windows lama, sure ada peluang untuk dirosakkan oleh anasir-anasir luar.

So, UPGRADE AJERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR! 😛

Filed Under: Technology

Gezzeg Photowork new theme on test…

June 30, 2010 by ghazalitajuddin

Sekarang ni tgh busy menyiapkan wordpress theme for gezzeg photowork. Theme kali ni lebih kepada profile theme. Support flickr, youtube dan mempunyai theme option nya sendiri seperti mengubah gambar background dan setting social network yang lain. Lagi 30% siap, dan diharap dipermudahkan…

Antara features theme ni:

  • One Column Fix Design (Max 500px width)
  • Flickr Support – Need FlickrRSS Plugin
  • Theme Option Page : Background Setting, Facebook, Twitter, Flickr, YouTube Setting.
  • Preview of prefered sets flickr photo at the bottom of the page
  • Fix Float Top Social Network Media (Facebook, Twitter, Flickr,  YouTube)

Filed Under: General, Photography, Technology

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 49
  • Page 50
  • Page 51
  • Page 52
  • Page 53
  • Interim pages omitted …
  • Page 57
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Diet snack untuk abang-abang kacak

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Popia basah terbaik di Kuantan?

Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut

Demong Cafe Kampung Raja Besut

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •