• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

General

Bagaimana buka akaun Flickr Pro dengan Maybank Visa Debit

October 7, 2010 by ghazalitajuddin 4 Comments

Sekian lama tak update blog semata-mata tak puas ati gambo aku takleh up ke flickr. Semua gara2 Flickr Pro aku dah expired, so aku dah sampai limit dan terpaksa delete gambar2 lama. Sayang la plak kan. Aku tatau la pesal aku suka sangat flickr ni. Jadi, aku mencari2 cara nak renew Flickr Pro ku ini.

Sebelum2 ni, aku minta bantuan Dr Jamal(Thanks Doc!) tapi kali ni, aku cari sendiri jalan nak renew. Thanks to rejim tentang tip berkaitan nak renew Flickr Pro menggunakan Maybank VIsa Debit. Seperti semua maklum, sesiapa yang ada buka akaun dengan Maybank, secara automatik akan dapat kad Maybank Visa Debit. Ia adalah kad yang membenarkan tuan/puan membeli secara online disamping menyimpan duit di Maybank lah. Fungsinya hampir sama cam kad kredit, tetapi anda perlu deposit dulu duit sebelum boleh menggunakannya. Selain daripada itu, sekiranya anda ada menggunakan PAYPAL, anda boleh withdraw wang anda daripada PAYPAL ke Maybank Visa Debit ini juga. Jadi tak perlulah anda nak mohon akaun debit lain seperti HSBC atau PUBLIC BANK dll.

Untuk makluman juga, terdapat cas tahunan bila anda menggunakan kad ni sebanyak RM8.00 setahun. Nak tukar kad lusuh anda kepada yang baru dikenakan cas sebanyak RM12.00.

Ok, kembali kepada topik utama hari ini. Actually informasi ini saya sampaikan kerana, puas sudah saya mencari jalan camne nak upgrade/renew sebelum ni tanpa menggunakan credit card. Ditambah pula google gagal mendapatkan informasi untuk saya berkaintan Flickr-Maybank, setelah menggunakan kaedah cuba jaya. Begini cara yang betol. Atleast pada saya….

BAGAIMANA BUKA AKAUN FLICKR PRO DENGAN MAYBANK VISA DEBIT KAD

KEPERLUAN:

1. Anda memerlukan kad Maybank Visa Debit Kad, pastikan balance mencukupi untuk membayar Flickr Pro(skrng ini dalam RM78.00)

2. Anda memerlukan capaian Maybank2u. Sila aktifkan dahulu maybank2u anda.

3. Anda memerlukan akaun FLICKR basic lah 😀

LANGKAH2:

Maybank Registration

1. Buka maybank2u anda (www.maybank2u.com.my)

2. Klik pada HOME > UTILITIES > Maybankard Secure Online Shopping Registration

3. Lengkapkan  Form Maybankard Secure Online Shopping Registration berkenaan. Isikan semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda catit MSOS password anda ditempat selamat. CVV adalah kod yang tertulis dibelakang kad berhampiran tandatangan anda. Jangan berikan nombor kad (didepan) dan kod CVV kepada orang lain. Bahaya!

4. Jika tuan/puan telah isikan maklumat dengan betol. Selepas ini adalah paparan permohonan anda sudah berjaya. Ok, kita p kat flickr plak.

FLICKR ACCOUNT

1. Login ke akaun flickr tuan/puan. www.flickr.com

2. Apabila tuan/puan dah login. Klik pada nama akaun flickr anda di sebelah kanan atas, seperti dibawah

3. Klik pada Upgrade To Pro Account ( saya sudah upgrade, jadi print screen saya tidak keluarlah)

4. Just follow sehingga last step. InsyaAllah tara masalah. Cuma ada satu form sahaja kena isi, CVC dan CVV adalah digit yang sama. Simpan elok2 k.

5. Semuga sukses!

Filed Under: General, Technology Tagged With: Flickr Pro, Maybank Visa Debit

Outing Warm Up!

September 21, 2010 by ghazalitajuddin 8 Comments

Huuuhuhu rasa cam dah lama tak gi shoot secara serious selain daripada wedding photography. Terasa macam satu release daripada beban bila takda dah nak terkejar2 dateline menyiapkan album2 wedding yang berlambak2. Bila kerja bertimbun2, kreativiti akan drop serta merta, itu memang hakikat yang sangat ketara kepada wedding photographer yang bertuah menjadi pilihan pelanggan2 mereka. Memang ko takkan ada masa nak relek2 and lepak, segalanya tentang job2 client, marketing dan segalanya relate to business. So skang ni aku nak relek sket, aku masih menembak lagi, tapi utk wedding tu, takat ni aku mmg tak amek lah. Nak refresh aaaaa. Sengal gile ko tau shoot wedding ni. Takpa, sampai satu masa nanti, mungkin kalu ada rezki, active la balik kot. Tapi tatau bila la. La ni focus kat ICT.

Baru ni aku ada gi nembak ngan Along La Viva, Farid dan kawannya yang aku tak ingat2 lagi namanya. Saja nyelit diorang outing. Best gok boh, tak sabo nak plan utk next outing.

Filed Under: General, Photography Tagged With: Landscape Photography, Taman Gelora, Tanjung Lumpur

www.blog.my vs www.blogspot

August 22, 2010 by ghazalitajuddin

Aku baru menyiapkan design web www.blog.my. Currently web ni dah ada, cuma ia masih baru dan masih belum beroperasi sepenuhnya. Ia merupakan website client aku yang merupakan owner kepada Blog.my. Blog.my dah already dilancarkan untuk pendaftaran! FOC!

www.blog.my & blog.my

www.blog.my dan blog.my merupakan dua website yang berbeza. www.blog.my adalah social networks untuk memasarkan blog korang, manakala blog.my adalah web percuma yang boleh anda miliki dengan pendaftaran mudah.

Blog.my & WordPress

Actually kalau korang belum pernah guna WordPress, korang leh try daftarkan diri korang disini http://blog.my yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti Blogspot.com. Malaysia punye version. Ini bermaksud korang boleh memiliki blog korang sendiri dengan subdomain(cth: namakorang.blog.my) korang secara percuma. Free je bang, FOC! Terdapat banyak template dan plugin yang telah diinstall untuk kegunaan korang. Pakai je.Bila dah pandai nanti, leh la beli domain and hosting sendiri. Install wordpress dan manage web sendiri.

Aku takde la dapat komisen pn dok cerita kat korang ni. Benda leh daftar free, so air liur aku pn free gak lah. Just kasi support pada kawan2 anak Malaysia ni yang rajin berusaha dan kreatif. Tanpa support dari kawan2 lain, memang tak lama la projek2 camni. So apa lagi, sokonglah barangan buatan Malaysia(walaupun 50-50)! hahaha…

Filed Under: General, Technology

Tanggungjawab Dan Pengorbanan

August 19, 2010 by ghazalitajuddin 5 Comments

Minggu lepas aku bergegas ke Jabatan Imigresen Kuantan untuk renew passport aku yang akan expired by October 2010 this year. Gara2 adik aku wat call suh standby sebab nenek aku kat Bedok, Singapore, dimaklumkan terlalu uzur selepas patah kaki jatuh toilet sebulan lepas memang ketor kepala jugak la. Beb, aku balik singapore setahun tu 2,3 kali la. Tapi Kebelakangan ni raya baru aku balik. Walaupun dia dah ingat2 lupa, tapi aku ingat dia. At least sempat aku mintak maaf apa patut sepanjang aku kecik2 dulu, kot aku ada rembat duit raya ke ape ke…

Walaupun passport aku akan expired by oktober 2010, tapi imigresen telah menetapkan syarat bahawa kita tidak dibenarkan keluar negara dalam tempoh 6 bulan sebelum passport expired. Itu yang menyebabkan aku gabra giler, padahal baru je jejak opis, terus cabut ambil passport kat rumah dan ke pejabat imigresen di IM. Aku sekadar sempat submit borang sahaja untuk renew sebab dah lewat, terpaksa ambil passport esok harinya.

Pagi2 aku sampai kat Imigresen, ramai beno pejuang2 negara kita sedang menunggu untuk membuat passport. Aku tak tau lah ni kontinjen mana, tapi memang penuh lah dengan pakaian seragam hijau sekitar pejabat imigresen tu.

Tapi dalam ramai2 pakaian seragam tu aku ternampak kelibat seseorang yang pernah aku kenal atau sekurang2nya aku cam. Aku pasti aku pernah nampak dia masa aku kat skudai dulu.

Selamber aku tegur, betulka orang nya pernah di skudai dulu. Its true and her name is Siti Aminah. Ex coursemate aku masa kat UTM Skudai. Kalau tgk orgnya, aku memang tak saspek dia ni join tentera.

Aku: Sejak bila pulak ko masuk askar ni?

SA: Kita habis belajar aku terus apply. Aku rasa dah rezeki kat sini.

Aku: Ko dulu PALAPES ke? Or ATMA?

SA: Tak, aku memang apply kerja.

PALAPES adalah singkatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, aku rasa hampir setiap universiti ada. Macam aku kat utm skudai dulu ada  pasukan ni. FOC, dia akan kasi semua uniform, ada latihan dan sebagainya. Secara jelasnya memang program PALAPES ni lebih baik daripada PLKN, kerana rata-rata yang masuk memang berminat untuk berkhidmat kepada negara. Program ni just sambilan. Aktiviti pada hari2 tertentu sahaja. Waktu kuliah ko bebas berpakaian biasa.

ATMA pulak sedikit berbeza, kena apply dari awal kalau tak silap. Kalau sukses ko memang akan dapat pangkat Leftenan Muda if ko amek degree lah. Sekarang ni aku tak pasti. Pembelajaran kalau aku tak silap sepenuhnya disponsor oleh ATMA, tetapi ko terikat dengan ATMA lah, pergi kuliah pn berpakaian tentera. Kemas gitu. Lepas grad ko akan kerja dengan MOD.

So berbalik pada perbualan tadi. Pada aku memang aku respek pada orang yang masuk badan beruniform ni, at least dari segi tahap disiplin yang tinggi.

Aku: Jadi sekarang ko tinggal habisla apa belajar dulu kat Fakulti Sains Komputer?

SA: Tak lah. Aku sekarang kat bahagian Millitary Communication.

Aku: Perkh! Menarik tul.

Aku: Eh, diorang wat passport ramai2 ni nak pergi mana? Ko nak pergi mana ni?

SA: Oooo kitorang akan dihantar ke Sudan.

Aku: Uiks! Bila?

SA: Oktober ni.

Aku: Untill???

SA: Oktober next year…

Aku: Setahun yek….

Then sampai pada soklan yang biasa pada umur aku.Ketor jugok nak menanya.

Aku: Ko dah kahwin ke?

SA: Dah. Husband aku tentera jugak. Dia kat Lubnan sekarang…

Aku: What? Siyes? Anak?

SA: Kat rumah mak aku.

Aku: Aku kagum. Besar tanggungjawab ko. Besar pengorbanan ko.

Setahun tu bro tinggal anak, tak jumpa suami. How do you think? Kepada SA, suami dan keluarga, moga selamat pergi, selamat pulang dan dirahmati dan dibawah lindungan Allah selalu.

Sepanjang jalan aku mikir, apa tanggungjawab aku dan pengorbanan aku….

Filed Under: General Tagged With: Askar, ATMA, Bedok, Jabatan Imigresen, Ministry Of Defense, PALAPES, Singapore, Tentera

YAHUDI dari perspektif bukan ISLAM?

August 12, 2010 by ghazalitajuddin 2 Comments

Biasa bila aku buat kerja kat rumah, aku akan letak notebook aku atas meja jepun aku depan tv sambil biarkan tv astro terpasang. 1- Sebab nak ada bunyi bising sket nak elak ngantuk. 2- Sebab leh ubah fokus sket, takdela juling bijik mata aku ngadap notebook neh, ada gak jeling2 ke tv tu.

Biasanya aku layan astro channel 551-555 dan 701-702. Wife aku plak perkenalkan aku channel 710-712, layan gak, mmg juling gak bijik mata aaa. Channel 555 merupakan channel yang biasa buat aku terpana lah. Pasal sejarah dalam dan luar negara. Aku tunggu jugak bila la pasal Al Maunah nak kuar ni, gezzet dah kuar bukan main.

Skrg ni Channel H ada siarkan satu rancangan agak menarik, Shanghai: The Port Of Last Resort. Berkaitan bagaimana orang yahudi mula berpindah keluar dari German ke Shanghai dan Amerika apabila Nazi start operasi penghapusan kaum2 yahudi besar2an. Bagaimana penerimaan orang2 di Shanghai terhadap Yahudi…

Then, terlintas jap dalam kapla. Apa sebenarnya yang menyebabkan kejadian Holocaust yang menyebabkan orang2 yahudi ni jadi pelarian? Dan macammana pulak la diorang leh hinggap kat Palestin? So aku pn gatal2 tangan la men”google”kan diri mencari maklumat dengan keyword “Why Nazi Hate Jews”. Rupanya banyak jugak org bertanya soklan yang sama, jadi banyakla info aku bley dapat.

Apa yang menariknya selain informasi pada laman web ni http://www.jewwatch.com/ yang mengandungi banyak giler maklumat2 anti-jews dan pergerakan2 yahudi sekian lama.. Yelah, biasa kita lihat daripada perspektif ISLAM, daripada pandangan ISLAM terhadap orang2 yahudi ni. Biasa kita dengar orang kita, tetapi susah nak dengar pandangan orang bukan ISLAM terhadap Yahudi. So dalam laman web tu mengandungi pandangan dan maklumat2 yang sumbernya daripada semua perspektif dan menjurus kepada apa orang yahudi dah buat pada dunia masa kini? Sebagai contoh peta ni, yang aku ambil daripada web tu yang menunjukkan bagaimana tanah palestin diambil sedikit demi sedikit dan lihatlah apa yang tinggal…

Ok beb, Selamat Membaca, Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah terawikh!  See u later beb!

Filed Under: General Tagged With: anti-jews, history channel, hitler, ISLAM, jermany, nazi, yahudi, zionist

MELAYU…

August 5, 2010 by ghazalitajuddin 4 Comments

UMNO, PAS… Berlagak tol  parti2 melayu + islam ni, keras kepala, bangang, sombong, mangkuk hayun. Memang perfect, memang sesuai lah semua ni untuk korang. UMNO dan PAS sama sahaja. PKR lagilah, terus berjuang dan berjuang. Berjuang untuk ape? Untuk melayu? Melayu kepala atok ko. Ada PKR lagi menjadi2 mengarut Malaysia ni.

DS Najib, 1 Malaysia eh. Adakah anda serupa itu PKR.  1 Malaysia camne tu tuan? Saya tak dapat maklumat jelas lagi ni. Dengar citer pegawai penerangan tuan pun tak reti nak jawab persoalan 1 Malaysia ni. Semua sama rata, memang rata kita tuan kena tapau ngan kaum2 lain. Mampos kita kena menemis tepi jalan nanti.

DS Anwar Ibrahim, saya bersimpati dengan anda. Saya kagum dengan semangat anda untuk mengejar cita2. Tak lepas matematik universiti saya menyelesaikan teka teki strategi tuan guna. Tapi apakah plan tuan nanti bila tuan jadi Perdana Menteri, untuk menyatupadukan MELAYU yang huru-hara ini?.

Tuan Guru Nik Aziz, anda sudah terlalu tua untuk terus membawa parti. Bukan Tuan Guru tidak layak, saya mengkagumi tuanguru sebagai ulamak paling ulung dan antara 2,3 nama ulamak yang saya tahu seumur hidup saya. U have my all my vote dan saya berdoa akan lahir ramai lagi ulama macam Tuan Guru. Tapi tuanguru, saya nampak tuanguru dah jadi macam bola2 api, kejap nyala kejap padam. Orang leh main2 ngan apa Tuan Guru cakap. Saya nak lihat, Islam berkembang tanpa orang pertikai Islam itu sendiri. Sekarang orang boleh cakap, orang islam pn tak bley dpercayai. Saya tgk orang belakang tok guru pn ramai yang tak bleh pakai. Adeiiii… kalau tuanguru dah takde nanti camne? sapa pengganti setanding tuanguru? Masak2…

Aku tak ikut la politik ni beria2 sangat, tapi yang aku tau sekarang ni melayu dah lemah. teramat lemah. sehingga diperkotak katikkan segalanya. hampir segalanya. daripada hak keistimewaan orang melayu, sehinggalah institusi raja2 semua bleh dipijak2 di bontot2. Adessss.

Sana sini, makin hari makin kabur harapan nak tgk melayu bersatu. Dek semangat kepartian yang melampau ni lah wat punah semua benda. Cadang lantik orang tengah yang bagus, pun dicantas macam-macam. Ulamak pn ada parti, parti umno parti pas, ini semua PARTI AYAM yang menanti nak disembelih ajer. Ape bagus sangat ke PAS tu? Apa bagus sangat ke UMNO tu? Kat mana betulnya PKR tu? Ce cerita sket.

Alahai, bosan, bosan, bosannya aku tgk perangai orang berparti ni. Siyes, makin hari makin cam haram. Hari ni aku nak membebel sorang2 je. Mengarut segala benda yang tersangkut dalam kepala. suka2 ati…

Ok bro, kalau PAS naik amacam? Boleh ke nak bawak kapal ni bro? Siyes ke bro? Kata lah PKR naik, bley ker? Anwar Ibrahim naik bley ker? Arghhh kucar lanar sekali memikirkan nasib melayu ni. Kaum lain amek kesempatan bro.Mampos2…

Skang ni aku nampak, orang amek kesempatan belaka. Kalau dulu org cakap UMNO lubuk duit, aku tgk parti2 lain pn nampak cam sama jugak je. Tgk selangor, pn sama je. Dah tu, mana ni bro? ce ko cakap bro.

UMNO aku tak riso, memang tunggu masa nak tumbang je ni. Cuma PENGGANTI kepada UMNO dan sekutu2nya tu yang aku tgk cam tak betoi je. Tolong bro, jangan la sampai aku kena tukar IC, takde dah status bumiputera. Bodo rasanya jadi orang melayu ni.

Alahai, apela nasib aku nanti… gampang tol UMNO, PAS, PKR ….

Satu lagi, tak bley blah tol bila aku dengar Malaysia kalah dengan KOREA dalam sepaktakraw baru ni…bangsat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku rasa makin lemah…

Aku rasa makin malu…

Apa guna aku jadi MELAYU?

Raja Lanun | Create Your Badge

Filed Under: General

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24
  • Page 25
  • Page 26
  • Interim pages omitted …
  • Page 28
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Minuman Diet

Aneka Kuih Tradisional

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •