• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

General

Unifi Mobile Broadband: Promosi Hari Natal 2018

December 24, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Yeahhh! Unifi broadband buat promo lagi sempena Hari Natal sebelum 2 Januari 2019! Last time promosi kalau tak silap Hari Deepavali! Haaa… sesiapa yang menggunakan Unifi Broadband bolehlah cepat-cepat signup ya! Hanya RM55 dapat Unlimited Data untuk 30 hari! Yeah! Sebelum 2 Jan 2019 tau!

Unifi Broadband adalah salah satu solution terbaik bagi pengguna-pengguna yang berada di kawasan yang tiada akses UNIFI. Apa yang penting korang ada akses 4G disitu. Kelebihan UNIFI BROADBAND ini adalah disebabkan ia adalah prepaid. Bayar waktu nak guna sahaja. Dulu aku guna streamyx je, 1 MB sahaja TM charge aku RM170++/sebulan untuk pakej koporat. Sekarang tidak lagi, sign up plan UNIFI BROADBAND ni, pasang kat model 4G, setel!

Dari masa ke semasa ada promosi macam ni. So stay alert ya!

Filed Under: General, Technology Tagged With: bebas, prepaid, streamyx, unifi, unifi broadband, unlimited data, webe

Nak masuk tadika pun interview…

September 1, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Itulah cabaran budak-budak sekarang. Kalau zaman kita dulu takde macam ni. Ada yang tak pergi tadika pun. Ada yang masuk tadika buat syarat je, tapi seminggu tu ada la 2,3 kali je datang. Dulu darjah satu pun belum tentu boleh membaca mengira.

Sekarang ni tak boleh dah macam tu. Atleast untuk sekolah ni. Sebelum masuk tadika kalau boleh dah kenal huruf dan mengira. Siap ujian lisan tu. Tadika pun terpaksa saring pelajar. Tapi nak buat macam mana persaingan untuk sekolah yang bagus amat tinggi. Lagi-lagi di kawasan luar bandar. Sekolah tak banyak.

Nak kata aku memilih sekolah pun tak juga. Semuanya sebab abang dan kakak masuk sekolah sama. Dulu tak perlu interview macam sekarang. So memang tak boleh buat apa la hehehe. Letih pulak aku nak kena pergi ambil hantar sekolah lain-lain.

Apa pun pada aku kids is always kids. Aku biar je dia main sambil belajar tu. Dapat kenal huruf dan nombor pun kira oklah utk 6 thn. Basic je.

#Pray4Aliya…

Filed Under: General, Lifestyle Tagged With: 6 tahun, interview, interview tadika, sar, sekolah agama, Tadika

Blogging dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris?

August 30, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Gambar Hiasan

Dulu, bila nak berblog ni, ramai yang pilih guna bahasa inggeris. Semua angkara nak naikkan ranking page ke kedudukan yang bagus sikitlah. 

Tapi sekarang ni dah tak boleh guna trick tu. Kurang berkesan. 

Sekarang ni zaman content, kalau kau jenis update blog hari-hari, memang potensi google naik kan ranking ko cepat. Kriteria pun dah canggih sekarang. Bukan setakat keywording dan tagging, inbound link our outbound link, macam2 kriteria dah diorg tengok.

Dari segi bahasa pun, Google lagi prefer kita guna bahasa lokal kita. Cuma ya lah, tentang pemilihan bahasa ni subjektif. Kalau dah content ko perlu guna bahasa inggeris, guna je bahasa inggeris. Kalau boleh guna bahasa melayu pun tiada masalah. 

Macam aku, kalau content banyak berkaitan programming, aku akan guna bahasa inggeris sebab banyak terms programming ni dalam bahasa inggeris. Kalau sharing, santai, tutorial bukan teknikal mungkin banyak bahasa melayu. Macam fotografi, mungkin boleh guna dwi bahasa, bahasa melayu dan bahasa inggeris. Uish jenuh juga nak translate all technical word dalam malay kan? Hahaha. 

Tapi memang bahasa ni, Google sendiri galakkan guna bahasa local masing2. Mungkin dia pun faham dan nak galakkan lebih banyak content dalam bahasa lokal. Aku setuju bab ni, sebab antara perkara menyedihkan bila mencari bahan di internet, amat kurang bahasa melayu. Bahasa indonesia banyak. Itu menunjukkan betapa kurangnya kita berkongsi pengetahuan melalui penulisan. Tak tahulah kalau org Malaysia ni banyak menulis dalam english. Hehehe.

So geng. Just tulis je guna bahasa mana yang korang selesa. Mintak maaflah kalau aku guna bahasa rojak. Bahasa santai lagi barai.

Filed Under: General, Lifestyle, Technology Tagged With: bahasa, bahasa inggeris, bahasa melayu, blog, english, malay, penulisan

Towing Takaful Etiqa

August 29, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Korang pakai takaful apa untuk kenderaan korang?

Aku ni bukannya nak promote Etiqa Takaful sangat sebenarnya. Tapi kebetulan ada customer aku duk tanya pasal towing etiqa ni macam mana? Ada limit atau unlimited. 

Contact Etiqa Auto Assist

Nak tau lebih tepat boleh terus terus telefon depa atau lawat website Etiqa Auto Assist.

Etiqa Auto Assist Malasia
Phone: 1-800-88-6491
Website: http://www.etiqa.com.my/en/etiqa-auto-assist

Nak lagi smart boleh download Apps Etiqa Auto Assist di Google Play atau App Store, bagi bagi dapatkan update terkini mereka.

Towing Etiqa Takaful

So setakat aku tanya orang ETIQA, towing adalah unlimited to the nearest workshop available  selected by Etiqa Auto Assist. Gitu. 

Maksimum adalah 200km, lebih daripada itu dikenakan charge tambahan. Aku baca ada yang RM1.50 dan ada yang RM3.00. Nanti aku confirmkan kemudian na. Kalau aku lupa mintak tolong korang ingatkan bahagian komen. 

So begitulah adanya. Jangan pulak nanti terkejut kejap cakap unlimited, tapi bila towing dari Perlis sampai Rompin kena bayar pulak. Haru nanti viral kat FB hehehe.

Sekian.

Filed Under: General Tagged With: etiqa, etiqa auto assist, jarang towing, towing, towing distance, towing kenderaan

Hari Last Promosi Back To School Udemy

August 28, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Ada tak dikalangan korang yang guna servis Udemy?

Udemy ni menyediakan perkhidmatan video kursus yang kebanyakannya high demand. Ada pelbagai video high quality yang disediakan yang boleh dibeli secara online. Kursus-kursus yang ditawarkan seriously memang rare lah. Ada kursus yang memang susah nak cari trainer di Malaysia ni tapi ada di Udemy. Untuk mereka2 yang ada background IT ni memang terbaik kalau nak cari kursus2 yang rare yang susah nak dapat kat tempat kita ni. Tapi bukan takat IT je, engineering, business, psikologi, nlp, music, macam2 lagi lah. Sign up dan ulang tengoklah sampai nak muntah hahaha. Memang berbaloi. Sekali bayar untuk course tu selamanya milik anda… best tak? Tapi harga pun boleh tahan lah. 

Cuma Udemy ni selalu buat promosi. Kalau korang rajin buka memang kerap diorang buat promosi. Kadang harga asal Rm700 per course, tapi diskaun jadi RM50, hah kau, tak ke gila buang harga tu. 

Jadi ni aku nak bagitau la kalau sempat. Udemy tgh ada promosi RM39.90! USD9.90 oit! 

Nak bayar pakai apa? Paypal boleh, kredit or debit card pun boleh!!!

So cepat2 la sign up. Sehari je tinggal! 

 

Filed Under: General, Kuantan Web Developer, Technology Tagged With: Back To School, high demand video ccourse, online, promotion, udemy

Korang travel sana sini ada insuran tak?

August 11, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Mount Prau, Jogjakarta. Packing nak balik.

Baru-baru ni kita digemparkan dengan beberapa kejadian gempa bumi di Indonesia. 

Salah satu kejadian gempa bumi itu berlaku di Lombok, berhampiran dengan Mount Rinjani antara gunung tercantik didunia. Dimana kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan seorang rakyat Malaysia. Alfatihah.

Sememangnya tak dapat dinafikan hiking di Indonesia sangat la osem. Landscape gunung kawasan li

ngkaran gunung berapi ni memang sangat cantik. 2016 aku start belajar kenal gunung Indonesia, 2017 aku naik lagi. Kalau ikutkan plan tahun 2019 ni adalah tahun aku nak naik Rinjani sebenarnya. Tapi baru ni bila tgk viral di internet tanah runtuh yang berlaku betul2 seberang tempat perkhemahan para pendaki. MasyaAllah hebat kuasa Allah. Cuak juga lah.

Sun Rise at Mount Prau, Jongjakarta.

Supposely, sekarang ni aku follow trip Baluran – Ijen – Bromo. Tapi aku tak dapat join sebab anak sulung aku ada trial exam UPKK. So ada masalah logistic sikit. Dah jadi bapak2 camni lah. Btw rentung dah ni kena “bako” tgk gambar depa shoot milky way and lifstyle orang2 disana.

Sebenarnya bila berlaku kejadian musibah macam ni barulah aku terfikir betapa pentingnya travel insuran ni. Aku ni jenis concern sikit, mungkin sebab aku terlibat buat takaful kot. So bila dah faham fungsi takaful ni awareness lain la sikit. Memang setiap kali aku keluar negara mmg aku akan ambil takaful. Bimbang jika berlaku apa2 kat luar sana. 

Tapi ada dikalangan kawan2 aku yang tak ambil rupanya takaful travel ni. Pada pandangan aku, kalau boleh ambillah. Actually kosnya tak sampai RM100 pun kalau yang basic. Kalau yang ada activity adventurous macam hiking ka scuba diving ka bungee jumping ka… lagilah diwajibkan ambil. Apa2 jadi kat luar sana ada takaful tanggung.

Tau tak ada travel takaful tak cover adventurous activity?

Haaa… aku pun baru tahu sebenarnya. Tu pun selepas aku pergi training produk baru Etiqa TripCare 360 yang bakal di launch hujung bulan Ogos 2018 ni. So bila tgk produk baru nak launch ni baru aku tahu, tak semua plan travel yang ada coverage aktiviti lasak macam ultra marathon, hiking dan diving. Jadi kalau korang nak beli takaful travel tu bacalah polisi betul2 ttg coverage ni. 

Ni aku kepilkan sikit info tentang TripCare 360 by Takaful Etiqa. Nanti ada masa kita cerita panjang pasal plan ni.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”5″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

 

Filed Under: General, Lifestyle Tagged With: etiqa, protection, travel insurance, travel takaful, TripCare 360

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Interim pages omitted …
  • Page 28
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Popia basah terbaik di Kuantan?

Patin Tempoyak Frozen Resepi Temerloh

Roti Canai Pulau Gerai Mat Zam-Zam

Lunch di Nasi Kukus Alom

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •