• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Kuantan

Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

December 31, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Lama betul aku tak singgah port lejen ni. Dulu aku kerap juga ke mari makan tengah hari lepas tusyen kat Bangunan Mara sebelah. Ni cerita zaman 90-an dulu hahaha.

Tapi sekarang ni pun masih sama, kalau tengah hari, memang penuh dengan orang pejabat di sekitar yang akan datang makan tengah hari. Pilihan pun banyak sebenarnya disini. Ada beberapa gerai yang menjual lauk-pauk, sup-sup, mee kari, nasi ayam dan pelbagai lagi menu yang menarik. [Read more…] about Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places Tagged With: breakfast, lauk-pauk, lunch, makan tengah hari, mee jawa, mee kari, mee soto, mee sup, nasi ayam, nasi berlauk, nasi lemak, rojak, rojak ayam, sarapan pagi

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

November 15, 2020 by ghazalitajuddin 4 Comments

Kalau nak diet, jangan singgah Kuantan. Jahanam diet. Hahaha. Terlalu banyak pilihan tempat makan best-best. Dari sarapan pagi sampai ke makan malam.

Hari ni aku nak kongsi 7 lokasi terbaik nasi dagang di Kuantan. Walau pun Nasi Dagang dikatakan berasal dari Terengganu dan Kelantan, Pahang juga ada Nasi Dagang sedap tau! 

Cuma aku nak pesan, mostly tempat ni boleh tahan ramai, jadi kena bersabar ya!

1. De’Aisyah Kitchen (Jalan Kuantan-Bypass)


Kalau singgah De’Aisyah Kitchen ni ada banyak pilihan. Nasi, lempeng, mee, roti jala, dan pelbagai kuih muih boleh didapati di sini. Boleh termenung juga nak buat pilihan nak makan apa, memang rasa nak cuba semua. So nasi dagang disediakan oleh Kemira, yang juga terkenal dengan Nasi Kerabu Kemira yang juga ada dijual disini.
https://www.visitpahang.my/listing/deaisyah-kitchen/

2. Cafe Di Hujung Landasan (Jalan Gambang)


Di sini juga terdapat Nasi Dagang yang disediakan oleh Kemira. Selain itu juga ada pelbagai pilihan sarapan pagi. Memang sesuai untuk bawa keluarga.
https://www.visitpahang.my/listing/cafe-hujung-landasan/

3. Nasi Dagang Ubai (Jalan Kuantan-Pekan)


Ok, Nasi Dagang Ubai ni dalam kategori “Lejen”. Tak perlu diperkenalkan lagi, dah beroperasi berpuluh tahun, dari kedai kayu sampai kedai batu. Kalau sebut Nasi Dagang di Kuantan, ramai akan teringat Nasi Dagang Ubai yang terletak di jalan Kuantan-Pekan. Jauh sikit tapi berbaloi-baloi. Ramai cyclist dari kuantan check point kat sini sekarang ni. Kalau korang kaki kayuh, boleh cuba route Kuantan-Pekan ni!
https://www.visitpahang.my/listing/nasi-dagang-ubai-restaurant-restoran-nasi-dagang-ubai/

4. Nasi Minyak Warisan Eda Yasin (Taman Gelora)


Restoran Eda Yasin ni memang “faymes” dengan nasi minyak warisan turun temurun, tetapi ada juga nasi dagang yang tak kurang power! Kena try jugak cek mek molek dia sekali weh. Koi kabo awal-awal! Sedak!
https://www.visitpahang.my/listing/nasi-minyak-warisan-eda-yasin/

5. Restoran Selera Padang (Jalan Mahkota)


Haaa, Restoran Selera Padang ni pun antara kedai “Lejen” di Kuantan. Sudah berpuluh tahun beroperasi. Kalau korang mencari lempeng, sini jga adalah salah satu lokasinya. 
https://www.visitpahang.my/listing/restoran-selera-padang/

6. Norda Tomyam (Tanjung Api)


Sebelum sampai di sini pastikan korang dah set dalam fikiran nak makan Nasi Dagang, kalau tidak confirm boleh berubah fikiran nak cuba nasi berlauk pula bila melihat pelbagai pilihan lauk yang ada disini.
https://www.visitpahang.my/listing/norda-tomyam/

7. Kedai Makan KNF Fateen (Jalan Beserah)


Kalau korang menghala ke Beserah, korang boleh singgah di kedai makan KNF Fateen. Boleh tahan ramai juga ni, selain ada Nasi Dagang, ada juga Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan Nasi Berlauk termasuklah pelbagai kuih-muih. Roti canai sarang burung pun ado!
https://www.visitpahang.my/listing/knf-fateen-restaurant-kedai-makan-knf-fateen/

Jadi begitulah 7 lokasi Nasi Dagang terbaik di Kuantan. Apa komen korang? Kalau ada tempat lain yang best bolehlah tinggalkan komen di bawah. Nanti lain kali boleh aku cuba!

Filed Under: Foods, Kuantan, Places, Travel Tagged With: Brunch, Cafe Di Hujung Landasan, De'aisyah Kitchen, Kedai Makan KNF Fateen, Kuih-muih, Nasi Dagang Ubai, Nasi Minyak Warisan Eda Yasin, Opor, Restoran Selera Padang, sarapan pagi

Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

November 12, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

 

Dulu selalu juga orang sebut, kalau nak cari laksam terbaik di Kuantan, ada satu kedai di Pasar Besar Kuantan. Tapi bila tanya tempat, diorang cakap tak tahu sebab dah lama tak pergi, ada kata dah pindah dan sebagainya. So disebabkan tak cukup info tidaklah mencari sangat. Tak pastilah sebenarnya memang kedai tu memang betul-betul tutup or pindah, cuma memang tersohor lah namanya.

[Read more…] about Laksam Terbaik Di Kuantan, Sanggup Menunggu Sejam

Filed Under: Foods, Kuantan, Places, Travel Tagged With: jalan-jalan cari makan, jjcm, Kuantan, laksa, laksam, pasar besar kuantan

Nasi Kandar Kuantan

November 2, 2020 by ghazalitajuddin 2 Comments

Bila bercerita tentang nasi kandar ni benchmark aku mungkin sama seperti ramai yang lain mestilah Nasi Kandar di negeri-negeri belah utara la. 

Antara yang pernah aku try Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Line Clear. Fuhhh belum apa-apa dah kecur air liur. Ni kira nama-nama hebat yang aku ingat pernah pergi.

Jadi bila dah benchmark tu tinggi memang expectation tu tinggilah. Aku rasa dah banyak dah percubaan try buat nasi kandar di Kuantan ni. Tolak tepilah pengusaha dari luar seperti Vanggey yang dah establish tu hahaha. Kebanyakannnya tak berjaya mungkin disebabkan rasa yang tidak sampai standard, kurang promosi atau faktor-faktor lain. Sebab aku ada lihat beberapa pengusaha lokal yang ada potensi, tetapi mungkin lokasi kurang sesuai dan promosi kurang menyebabkan mereka kurang mendapat sambutan.

Tapi setelah sekian lama, baru ni aku try Nasi Kandar Reno selepas dapat recommendation daripada kawan-kawan. Aku tak pasti bila diorang ni start, tapi disebabkan review bagus aku pun cubalah baru ni  selepas keluar kurungan PKP baru ni.

So apa komen aku? Not bad. Seriously not bad. Memang boleh repeat. 

Antara lauk yang ada telur masin, ayam goreng rempah, sotong masak merah dan kari kambing dan kari kepala ikan. Sayur pulak bendi rebus dan kobis tumis.  Nak korang tengokla sendiri gambar aku snap ni. Rasanya memang padu, satu keluarga suka!

 

So esok lusa bolehlah cuba nasi kandar diorang ni macam mana rasa ya! Owh korang boleh try grabfood juga untuk order!

VisitPahang.my: Reno Nasi Kandar Kuantan

Filed Under: General, Kuantan, Travel Tagged With: Bendi, Bendi Rebus, Kari Kambing, Kari Kepala Ikan, Kobis Tumis, nasi kandar, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Deen Maju, nasi kandar kuantan, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Reno, nasi kandar terbaik di kuantan, perintah kawalan pergerakan, PKP, Sotong Msak Merah, Telur Masin

Bila youtubers masuk Bukit Pelindung, Kuantan

September 20, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Baru-baru ni berpeluang naik Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang bersama abang Fitri daripada Channel Youtube Kaki Godek. Dulu selalu naik sama-sama, sekarang dah ada anak bini timing semua lari. Hahaha.

Aku baru buka youtube channel aku di https://www.youtube.com/ghazalitajuddin. Jemput visit dan subscribe!

So kalau korang yang suka aktiviti hiking, korang boleh lah cuba try naik Bukit Pelindung. Nak naik ada dua jalan, satu jalan biasa iaitu jalan tar, dan satu lagi ikut jalan hutan.

Dua-dua seronok, dua-dua ada feel dan thrill masing-masing. Kalau orang dah biasa tak thrill mana lah hehehe. Kalau ikut jalan tar, kalau berjalan biasa mengambil masa setengah jam untuk naik sampai ke gate atas. Kalau jalan hutan, mungkin ambil masa lebih sikit. Tapi tak jauh bezanya.Aku suggest korang try dua-dua, so boleh rasa pengalaman berbeza.

Bukit Pelindung ni memang popular di Kuantan ni sebab ia berada dalam kawasan bandar Kuantan. Korang boleh google atau waze je untuk sampai ke sini. Kalau tahu Sekolah Teknik Kuantan, ia betul-betul berhampiran sekolah berkenaan.

Segala lapisan masyarakat korang boleh jumpa disini. Dari muda sampai ke tua. Memang tiada masalah untuk membawa sekeluarga beriadah di Bukit Pelindung. Selamat mencuba ya!

 

Filed Under: Kuantan, Lifestyle, Travel Tagged With: back pack, bukit panorama, Bukit Pelindung, Hiking, Kuantan, pahang tourism, Pelindung Hills, revisit pahang, revisit pahang 2018, visit pahang

Rojak Pak Lah Taman Gelora

August 25, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Salah satu lokasi yang banyak pilihan tempat makan di Kuantan adalah Taman Gelora. Haritu aku ada review tentang Coconut Shake Gegor. Kali ni aku nak share tentang legendary Rojak Pak Lah. So kalau korang mencari rojak, boleh try rojak Pak Lah ni. Disini juga ada nasi ayam.

Rojak Pak Lah ni boleh consider legend sebab dah terlalu lama di Taman Gelora ni. Bukan setakat lama, rasanya pun sedap juga! Aku kalau makan rojak disini memang puas hati sebab dia letak macam-macam dan banyak pulak tu. Ko tengok aku order kali ni, memang rasa menyesal. Jenuh nak kena habiskan.

So nantilah rojak Pak Lah ni. Dibuka hari bekerja, tengahari sampai petang, weekend aku tak pasti.

Pilih, pilih, pilih!
Siapa datang sini tak try rojak Pak Lah memang menyesal la…
Ini pun satu hal gak. Aku try order, sekali besarlah pulak!
Macam-macam ado!

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: jalan-jalan cari makan, jjcm, jjcm kuantan, nasi ayam, nasi ayam pak lah, revisit pahang 2018, rojak, rojak ayam, rojak kuantan, rojak mee, rojak pak lah, visit pahang, visitpahang

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Interim pages omitted …
  • Page 8
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Popia basah terbaik di Kuantan?

Roti Canai Pulau Gerai Mat Zam-Zam

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Minuman Diet

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •