• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Microstock Photography / Boleh tak nak jual balik gambar stock photo yang kita download?

Boleh tak nak jual balik gambar stock photo yang kita download?

December 29, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Terkejut jap bila ada orang tanya macam ni. Sebenarnya hari ini ada orang whatsapp aku tentang shutterstock ni. Biasanya orang whatsapp macam mana nak mula berkecimpung dalam stock photography. Tetapi lain pula kali ini.

Beliau menceritakan pada aku bahawa  salah satu task pekerjaan beliau adalah sebagai tukang download gambar. Company tempat beliau bekerja aku rasa mungkin advertising agency, dimana ada customer yang request gambar tertentu pada bos beliau, dan bos beliau akan upah beliau untuk cari dan download gambar berkenaan daripada Shutterstock. 

Jadi mungkin entah bagaimana. Mungkin koleksi stock photo beliau dah banyak, beliau terlintas untuk jual balik koleksi foto yang telah beliau download itu kembali ke stock photo market. Lalu dengan pantasnya beliau contact aku.

Boleh ke?

Jawapannya sudah tentu tidak boleh tanpa kebenaran daripada pemilik gambar berkenaan. Walaupun korang beli dan download gambar korang daripada stock photo, ia tidak bermakna korang berhak menjual gambar berkenaan. Korang membayar dan download, untuk kegunaan sendiri atau bagi pihak customer korang sahaja. “Royalti Free” bermaksud korang boleh gunakan gambar berkenaan tanpa membayar royalti dengan syarat-syarat tertentu. Atau dengan kata lain, korang diberikan lesen untuk menggunakan gambar tanpa bayar royalti. Gambar berkenaan tidak dilesenkan untuk dijual. 

Sekiranya didapati berbuat demikian, kalau di agensi seperti Shutterstock.com, akaun  boleh di suspend, atau terminate terus. Lebih parah jika ada laporan dan tindakan diambil terhadap korang yang boleh memberi kesan mungkin kepada diri dan perniagaan korang. 

Kes lain

Pernah ada satu kes seakan sama. Tanpa sengaja seorang jurufoto mengambil gambar artwork berupa gambar cetak daripada photographer lain dan submit ke sebuah agensi stock photo. Pada awalnya lulus dan lepas masuk dalam galeri, tetapi tak lama lepas itu sampailah email dari pihak agensi yang menyatakan ada report tentang submission berkenaan. Pemilik artwork berkenaan telah membuat report tentang hasil kerja beliau dicuri. Selepas siasatan dibuat, akaun jurufoto berkenaan telah di suspend walaupun jurufoto berkenaan menyatakan tidak sengaja dan telah meminta maaf. Setakat ini, kes sebegini memang tiada maaf bagimu. Lebih malang, jika koleksi anda sendiri dan cecah ribuan tak boleh di hantar semula. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau boleh elakkan melanggar isu hak cipta. Sebab dalam industri stock photography ni hak cipta sangat penting. Melanggar hak cipta boleh memberi kesan kepada peluang anda menjana pendapatan dalam industri ini. Kalau rasa boleh lepas, silakan. Hehehe. 

 

 

 

Filed Under: Microstock Photography, Photography, Technology Tagged With: buat duit, buat duit dengan microstock, buatduit dengan shutterstock, copyright, hak cipta, microstock, plagiat, resell stock photo, shutterstock, stock photography

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Sarapan pagi di Arked Sri Gambut

Minuman Diet

Kopi Vietnam di Kuantan Pickers

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Kopi Acah-acah Diet

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •