• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

diet

Minuman Diet

January 15, 2019 by ghazalitajuddin 1 Comment

Diet is a lifestyle

Diet ni sebenarnya adalah satu cara hidup, its a lifestyle. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan untuk satu tempoh, dan untuk satu bahagian tertentu sahaja. Ia bukanlah boleh dibuat sekadar untuk sebulan berpuasa, tak makan tak minum semata-mata. Kalau sekadar berlapar, pada aku tak cukup. At least pada pendapat aku la.

Mungkin orang lain berbeza lah pandangannya. Mungkin bergantung pada niat diet untuk apa? Mungkin kalau untuk kurus memadailah berpuasa. Tapi pada aku sekarang bukan untuk kurus sahaja, malah untuk sihat juga. Kurus dan sihat. Slim dan fit. Nak fit jantung kena kuat, tubuh kena sentiasa bertenaga.

Air kosong terbaik

Hari ni aku nak share tentang minuman diet. Pada aku minuman terbaik adalah air kosong sahaja. Seriously air kosong ni memang tak lekang. Air kosong 1.5l ada sebotol dalam kereta, di bilik tidur dan dan di meja pejabat. Amalkan minum air kosong. Jadikan habit dalam kehidupan. Mula-mula memang tak lalu, tapi lama-lama biasa.

Kadang-kadang nak minum manis macam mana?

Tapi kadang-kadang ada masa nak minum air manis, hahaha. Apa ko buat? Agak bernasib baik sekarang ni sebenarnya seiring dengan kesedaran orang ramai tentang pentingnya kesihatan, mestilah ada pihak yang turut sedar peluang membuat keuntungan melalui produk kesihatan. 

Sekarang dah boleh jumpa beberapa produk yang zero sugar, di pasaraya. Tapi, niat aku bukanlah nak menggalakkan korang bertukar ke minuman sebegini. Bukan nak promote apa-apa pun. Sekadar nak share lah apa pandangan aku bila consume produk-produk ini. Atleast ada lah alternatif jika craving nak benda-benda manis ni.

Coca-cola No Sugar – Terbaik. Memang rasanya hampir sama yang sugar version. Memang aku tak rindu langsung la version bergula tu.

 

WONDA Coffee – Ada dua flavor aku jumpa kat 7e. Tapi aku baru try yang ni. Rasanya taklah sesedap macam kopi asal bergula tu, tapi not bad. Memang tak manis. Boleh lah ganti kalau dalam keadaan terdesak hahaha.

 

PEPSI – Pepsi ada keluarkan yang no calorie version. Rasanya mungkin sama macam pepsi asal, cuma aku tak boleh nak compare coz aku peminat coke. Memang aku lebih prefer rasa coke. Tapi pada aku not bad juga.

 

Pepsi Vanilla No Calorie – Ini paling tak best, aku tak rasa macam vanilla, rasa macam air asam boi hahaha. Serious should try. Tapi lepas confirm korang tak nak minum dah hahha. Aku beli masa promo RM1 /sebotol.

Ulang Suara

Diulang sekali lagi, minuman begini tidak bagus untuk kesihatan. Minum air kosong lebih baik. Jadi jangan amalkan selalu pula bila dah tahu tentang minuman ini. Jangan amalkan selalu! Hahaha.

Btw mungkin ada jenis-jenis lain yang pernah korang jumpa. Boleh lah share sikit minuman diet pilihan korang dalam ruang komen dibawah ya! Thank you!

Filed Under: Foods, Kesihatan, Lifestyle Tagged With: atkins, coca-cola, coke, diet, intermittent fasting, kurang gula, kurang manis, minuman diet, no calorie, no sugar, pepsi, wonda

Diet snack untuk abang-abang kacak

August 7, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Biasa kalau time diet ni, aku mmg akan kurangkan carbs sebanyak mungkin.

Gula, nasi, roti, buah, kuih-muih semua aku taruk tepi la.

Air manis apa tah lagi. Memang pantang besar tu, memang korang akan jumpa aku usung STEVIA la hehehe.

Kalau korang biasa diet sure tahu ni style diet atkins kan. Tapi biasanya aku buat dalam weekdays lah, Monday to Friday je. Jumaat malam sabtu dah kelaut dah hahaha. Tp kesesuaian diet atkins ni yang menyebabkan aku copy jadikan lifestyle. Tidaklah terlalu strict kan?

So, berbalik tentang snack tadi.

Dasar org lelaki yang malas macam aku. Aku akan cari benda yang simple. Hahaha. So kekacang adalah pilihan aku. Sebelum2 ni aku minum air masak je tiap kali lapar. Ni baru nak belajar ambil light snack. 

Apa snack korang? Lapo weh.

Kenapa aku pilih kacang? Sebab kacang sumber protein yang bagus untuk sistem penghadaman. Ia juga membantu buat rasa kenyang. Sebab tu aku pilih kacang. Tapi masalah kacang ni pulak kos agak mahal kalau ko beli kat pasaraya atau 7e. Tau tak mana nak cari supplier?

Biasanya kacang pilihan aku adalah:

  • Almond
  • Cashews
  • Penuts 

Tapi tulah, kalau ko tengok list atas paling murah peanuts. Tapi tinggi kolestrol pulak! Hahaha.  Lepas tu biasanya 3 ni je ada di pasaraya kebanyakannya, padahal ada je jenis lain yang bagus2. 

So wahai abang-abang kacak sekalian, apa snack korang sebenarnya? Cuba la share sket!

Filed Under: Foods, Kesihatan Tagged With: almond, atkins, chashews, diet, diet snack, nuts, peanuts, snack, stevia, sugar

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Minuman Diet

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Rojak Pak Lah Taman Gelora

Aneka Kuih Tradisional

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •