Lama betul aku tak singgah port lejen ni. Dulu aku kerap juga ke mari makan tengah hari lepas tusyen kat Bangunan Mara sebelah. Ni cerita zaman 90-an dulu hahaha.
Tapi sekarang ni pun masih sama, kalau tengah hari, memang penuh dengan orang pejabat di sekitar yang akan datang makan tengah hari. Pilihan pun banyak sebenarnya disini. Ada beberapa gerai yang menjual lauk-pauk, sup-sup, mee kari, nasi ayam dan pelbagai lagi menu yang menarik. [Read more…] about Sarapan pagi di Arked Sri Gambut
Sekarang ni kalau aku datang singgah Kuala Terengganu, aku dah ada port baru makan tengahari. Nak kata baru tak jugak, first time dulu 2017 masa ada reunion sekolah di Kuala Terengganu. Cuma sesekali bila mai Terengganu kita singgah, rasa macam baru je hahaha. Sekali dah kenal, memang tiap kali datang memang wajib datang singgah la sini.


























