• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

pahang tourism

Mengidam Sekilau Donat pulak

July 20, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Rupanya ada orang mengidam makan donut daaa. Lebih spesifik, donut bukan sebarang donut, donut dari Sekilau Donat! Hahaha.

Aku pun sebagai peminat tegar donut, baik Big Apple, Dunkin Donut ka, donut kampung ka, asal nama sejenis donut mmg on aje la bila ada orang ajak makan donut ni. Haritu ada try Dofi satu lagi lokal brand donut, tapi tak sempat nak review. InsyaAllah next time kita repeat.

Jadi berbalik kepada Sekilau Donut @ SEDO ni. Ini adalah pertama kali aku sampai ke SEDO ni. Nampak nice jugalah tempatnya bila dah masuk dalam. Daripada luar nampak macam bakery biasa-biasa. Mungkin signboard kat atas tu mengganggu mataku. Tapi tak apa, abaikan semua itu. Dont judge the book by its cover bro!

Seperti namanya, Sekilau Donut atau Sekilau Bakery & Cafe ni terletak di Bukit Sekilau Kuantan. Bersebelahan dengan kedai printing iCetak. Mereka ada sebuah branch lain terletak di Balok. Jadi korang boleh pilihlah mana yang berdekatan.

Orang lain punya lah sorok harga sikit2 PM tepi. Diorg buh kat depan siap-siap. So jangan tanya dah pasal harga! Hahaha
You want some coffee bro?
Uuu tempting weh. Aku tak boleh tengok coklat-coklat cips bertaburan tu…

Kitorang tak sempat nak lepak lama sebab nak kejar asar then nak hantar Danial training bola. So kitorang sekadar takeaway. Macam biasalah, kita serah pada yang ngidam order dulu. Sambil-sambil tu sempat lah aku jadi paparazi snap apa yang patut.

Baru sampai dah ada orang que. Mujur servis laju.
Kitorang test beli pakej 12 pcs RM26.
Senarai donut pilihan yang ado
Kaunter Sekilau Donut. Kemas kan? Pandai ID dia design. Nampak menarik.
Masuk je terus ke lorong que. Sebelah kanan tu rak roti.

Keseluruhannya pengalaman yang menarik bila datang kesini. Cuma agak sempit juga kalau datang ramai-ramai. Untuk couple no problem. Kalau takeaway pun ok, servis pantas. Kedai very presentable. Belum makan lagi boleh kata dah win.

SEDO ~ Sekilau Donut. Ingat tu!
Siap ada contest pulak. Aku baru perasan weh. Rm250 untuk dimenangi! Bijak-bijak saje je ko ye nak suh aku datang lagi.

.

.

…~ Selepas test ~…

Review aku sekeluarga. Honestly sedap weh! Boleh beat Big A ni. Roti lembut gilak, gebu abis! Toppingnya juga sedap, manis yang sedap. Bukan manis gula semata. Rasa coklat ka, kacang ka, cheese ka, ngam! Seriously terbaik! ???

Tahniah SEDO! Recommended!

Filed Under: Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: big apple, donut gebu, donuts, dunkin doughnut, gebas, gebu, jjcm, jjcm kuantan, Kuantan, kuantan viral, pahang tourism, Pahangtourism, revisit pahang 2018, sekilau donut, visit pahang, visitpahang

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

July 20, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Kuantan sekarang ni ada banyak pilihan nasi kerabu. Kalau dulu korang mungkin akan mencari Nasi Kerabu Kemira, sekarang korang boleh cuba pula nasi kerabu Mekla.

Selain Nasi Kerabu, ada pelbagai lagi menu pagi yang boleh membuat korang serba salah untuk membuat pilihan contohnya laksam, nasi minyak dan nasi berlauk. Aku sendiri pun bila datang sini memang buat pilihan dalam kereta siap-siap then nanti sampai terus pergi beratur ambil order sahaja tak perlu tinjau sana sini hahaha.

Hari ni aku order nasi minyak semata-mata nak share dengan korang!
Nasi minyak. Nampak tak betapa vibrant color nasi dan lauk tu. Uuu…

Antara lauk pauk nasi berlauk. Kari kambing tu!!!
Sapa tak suka kambing bakar? Hehehe

Lokasi Mekla ni berada di Sungai Isap Jaya, Kuantan. Lokasinya agak rumit sikit nak diterangkan, so boleh cuba google map atau waze untuk dapatkan lokasi. Kalau korang tahu simpang empat Masjid Sungai Isap lama, dari jalan utama masuk simpang menghala ke Sungai Isap. Tapi tempatnya memang besar, bersih dan selesa. Cuma kalau datang hari minggu macam biasalah penuh dengan umat manusia.

Kebetulan aku datang ni pada hari bekerja, awal pagi dan tengah bulan. So memang nampak tak ramai. Tapi percayalah, kalau weekend sangat ramai. Kena banyak bersabar. Waktu operasi Mekla ni dari awal pagi sampai malam. Hebat kan?

Tempat buat air. Kita panggil untuk order…
Makan budu? Budu untuk dijual hehehe

Selain daripada menu yang berat-berat seperti nasi dan laksam. Ada juga kuih-muih bagi yang sekadar nak alas perut.

Kalau korang peminat jus mangga. Disini ada jual jus mangga yang sedap. Selain itu mereka juga ada buat sangkar burung besar di belah belakang berhampiran tempat parking khas untuk pelanggan.

Kitorg datang awal sangat kali ni. Melepasss…

Ok guys. Itu saja entry aku pada kali ni. Till next time.

Bye!

Filed Under: Foods, Kuantan, Places, Travel Tagged With: breakfast, budu, dinner, gulai kambing, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jjcm, jjcm kuantan, jus mangga, kambing bakar, laksam, makan malam, mekla, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi kerabu kemira, nasi kerabu mekla, pahang tourism, Pahangtourism, revisit pahang 2018, sarapan pagi, sungai isap, visit pahang

Meraikan hari lahir di Loteng

July 18, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Semalam aku celebrate birthday buah hati intan payungku di Loteng, Teluk Cempedak, Kuantan.

Kami hanya kemari bila ada special event sahaja. Setakat ni, dinner office dan juga sambut birthday.

Cafe ini tidak sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet kerana harganya pada aku yang agak exclusive. Namun kelebihan kepada mereka yang ingin kelainan kerana cafe ini terletak di tepi pantai dan mempunyai roof view. Syok ooo sambil makan sambil dibelai angin pantai…

Hujung minggu aku dimaklumkan ada live band. Tapi aku tak pernah la pulak datang weekend. Sure ramai orang kat sini.

Yang hijau tu adalah Matcha Yen @ teh hijau yang wajib korang try bila ke Loteng

Kenapa kami pilih Loteng? Sebabnya hanya kerana dia berdekatan dengan Teluk Cempedak. Lepas makan terus turun jalan-jalan tepi pantai. Kalau bawa budak-budak memang suka sangat lah, terus berlari kesana-kemari. So within short period of time, boleh celebrate birthday dan juga entertain family. Itu aje.

So, kalau korang rasa-rasa nak mudah dan selesa, ada bajet lebih sikit, masa pulak limited tapi tak nak lepaskan peluang meraikan yang tersayang, boleh cuba di Loteng.

Bye!!!

Filed Under: Events, Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: aglio olio, birthday, cha yen, chicken chop, dinner, green tea, jjcm, klasik, Kuantan, loteng, lunch, matcha yen, old school, pahang tourism, revisit pahang 2018, roof, spaghetti carbonara, teh, teh hijau, teluk cempedak, visit pahang

Kopi Vietnam di Kuantan Pickers

July 17, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Pernah tak korang teringin minum pagi dalam suasana “hipsters”, atau tiba-tiba ko rasa nak baca buku-buku dan majalah lama atau mencari port “olskool” yang penuh dengan item-item antik dan klasik. Bolehlah singgah di Kuantan Pickers yang terletak di Jalan Besar(Jalan Benteng) Bandar Kuantan, berhampiran Hotel Mega View Kuantan.

Pintu pun boleh jadi modal tarikan pelanggan. Kalau dah kreatif…
Banyakkan barang antik diorg?

Kot la korang nak baca buku kan…

Suasana dalam cafe ini amat unik. Seumpama kembali pada era 70an 80an dengan pelbagai barangan-barangan lama menjadi perhiasan di sini. Ini ditambah pula keunikan Kopi Vietnam yang menjadi pilihan bila bertandang kemari. Sedap! Tapi sikit, tak cukup secawan!

Jangan lupa mencuba Kopi Vietnam tau!

Boleh tahan juga pelbagai pilihan menu di sini dan kalau bernasib baik korang boleh jumpa pelbagai kuih-muih tradisional yang dijual disini yang sukar dijumpai di tempat lain. Ini kerana Kuantan Pickers rajin mencari pengusaha-pengusaha kuih-muih dan membawa juadah mereka ke sini.

Pada aku Kuantan Pickers berjaya bawa satu kelainan. Memang sesuai dijadikan tempat pertemuan dan perbincangan tidak rasmi, santai atau tempat berehat sekejap sambil menenangkan fikiran jauh daripada kesibukan harian. Melihat kehidupan daripada perspektif berbeza. Gitu.

Jadi kalau korang kebetulan lalu di Jalan Besar Kuantan ni jangan lupa singgah Kuantan Pickers. Rugi kalau tak cuba kopi vietnam tu!!!

Bye.

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places, Travel Tagged With: breakfast, jalan benteng, jalan besar, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jjcm, jjcm kuantan, Kopi Vietnam, Kuantan, malaysiatrulyasia, minum pagi, nasi lemak, Pahang, pahang tourism, revisit pahang 2018, visit pahang, visitmalaysia2020, vm2020

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

July 16, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town
Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Jikalau korang tiba-tiba datang mengidam nak makan nasi ayam di Kuantan, silalah jemput datang ke nasiayampapa di Bandar Indera Mahkota Kuantan.

Ia terletak berhampiran Burger King dan Restoran Vanggey, sebaris dengan pejabat SSM yang baru.

Pertama kali aku datang sini, selepas beberapa kali terbaca posting rakan-rakan facebook yang telah pun sampai kemari.

Tempatnya terbuka, namun selesa walau pun dalam keadaan cuaca panas terik. Parking kenderaan juga tiada masalah. Kebersihan kedai memang tip-top, cuma bila korang datang berjemaah mungkin akan menghadapi masalah sikit nak kena susun meja.

Menu utama disini sudah tentulah nasi ayam hainan. Pada pandangan aku sekeluarga memang sedap, boleh kata sebaris dengan Chicken Rice Shop. Sepanjang berada kat situ pun, memang orang tak putus keluar masuk. Servis bagus, harga juga berpatutan. Confirm boleh repeat lagi.

So kalau korang mencari lokasi untuk lunch boleh lah datang sini cuba.

P/s: Tiba-tiba aku teringat Nasi Ayam Aida’s. Feymes juga tu di Kuantan. InsyaAllah ada kesempatan next time pulak lahhh…

Klik Info Lanjut Nasi Ayam Papa

Filed Under: Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places Tagged With: aidas, Burger King Indera Mahkota, dinner, hainan, indera mahkota, jjcm, jjcm kuantan, lunch, nasi ayam, nasiayampapa, pahang tourism, restoran vangger indera mahkota, revisit pahang 2018, visit pahang

Cendol Terbaik Di Kuantan

September 21, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ok kali ni aku nak share port cendol terbaik pilihan anak tekak aku. Hahaha. Sudah tentu bukan aku sorang la, sekeluarga. Ada few tempat lain ok di Kuantan ni, nanti ada peluang aku buat la entry untuk port lain pulak ya. 

So kedai cendol ini terletak di simpang masuk ke Jalan Air Puteh daripada Jalan Beserah. Betul-betul depan Pasaraya Nirwana. Nantilah aku dapatkan coordinate, asyik lupalah.

Kenapa sini terbaik? Sebab tak kedekut, dia boh cendol penuh, santan penuh, gula penuh, memang sesuai untuk org yang tak ada masalah kencing manis. Sesekali boleh bang, selalu jangan cari pasal hahaha. 

Korang boleh pilih nak minum situ, atau nak tapaw balik. Dalam cup atau bungkus plastik. Tapi kalau nak minum situ hati kena banyak sabar. Sebab ramai sangat org. Nasib tak baik memang lama menunggu. Memang kebiasaannya begitu. Cina, India, Melayu semua ada. 

Jenis cendol yang ada…

  • Cendol
  • Cendol Campur
  • Cendol Kacang
  • Cendol Jagung
  • Cendol Pulut
  • Cendol Campur Pulut
  • Cendol tapai Pulut
  • ABC
  • ABC Jagung
  • Air Sirap
  • Air Bandung
  • Air Jagung

Aku rasa selain rasa cendol yang osem, kelebihan kedai cendol ni adalah harganya yang MURAH! Yerp… harganya boleh tahan murah! Untuk cup yang agak besar harganya RM2.50. Gerenti puas hati. Ni aku bukan dapat komisen review ni tau. Ada peluang boleh try.

P/S: Maaf gambar cendol cupnya lupa nak shoot hahaha… tak sempat dah habis dulu…  hahaha

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: abc, air batu campur, cendol, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jjcm, jjcm kuantan, minum petang, pahang tourism, Pahangtourism, revisit pahang 2018, visit pahang

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Cendol Terbaik Di Kuantan

Meraikan hari lahir di Loteng

Coke Coffee Caramel ~ Not recommended!

Lain macam Nasi Kerabu Mekla ni

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •