Another reminder for me
function remove_the_content() {
remove_action(‘thematic_indexloop’, ‘thematic_index_loop’);
}
add_action(‘init’, ‘remove_the_content’);
Another way to do is create a template theme for the static page.
Another Kuantan Blogger
Another reminder for me
function remove_the_content() {
remove_action(‘thematic_indexloop’, ‘thematic_index_loop’);
}
add_action(‘init’, ‘remove_the_content’);
Another way to do is create a template theme for the static page.
SEMPHOT – Special Photography Outing, yang bakal dianjurkan pada 3 dan 4 April 2010 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Hulu Yam merupakan suatu program terbaru yang dianjurkan oleh Suku Sakat Raja Lanun dan Gezzeg Photowork. Program ini merupakan suatu program yang merangkumi sesi fotografi potret, jalanan dan lanskap yang dianjurkan secara PERCUMA tanpa kos untuk disertai oleh semua pihak yang berminat.
SEMPHOT merupakan satu solusi kepada Suku Sakat RajaLanun dan Gezzeg Photowork team yang menghadapi tekanan mental dan fizikal dalam melaksanakan tuagasan kami sebagai wedding photographer. Wooooo giler tensen wt job wedding ni oooo. Paling tensen adalah dalam menyiapkan album-album. Dari proses pemilihan gambar-gambar terbaik, kemudian proses editing dan design sehinggalah ke proses mencetak album. Ketelitian sangatlah penting dalam menyiapkan album untuk memastikan proses delivery nanti takde masalah. Sapelah taknak tengok customer tersnyum simpul bila dapat album. Itulah matlamat yang disasarkan sebagai seorang jurufoto perkahwinan.
Berbalik kepada SEMPHOT. Ia adalah percuma sepenuhnya. Segala kos, ditanggung sendiri. Mengapa percuma? kerana program ini asalnya dirancang untuk team kami keluar dari kepompong wedding photography dan mencuba skil2 baru. So ia seperti suatu freedom kepada kami. Jadi segala program yang dirancang merangkumi semua, dari potret kepada jalanan, kepada nightshoot, dan juga konsepsual. Selain itu kami juga ingin berkenalan lah dengan rakan2 baru kat luar sana tu, jumpa kawan2 lama yang berjuang dalam seni fotografi ini sekian lama. Ada sesetengahnya tak pernah berjumpa pun, sekadar tegur di yahoo messanger or facebook sahaja.
So jika korang berpeluang. Join lah program kami, paling tak sempat pun Teh Tarik session pn jadi ok??
3 patah perkataan yang simple tapi tinggi nilainya. Dalam life kita yang memerlukan kita untuk membuat pilihan, kadang2 membuat kita tersepit untuk membuat sebarang keputusan. Setiap masa, kita berhadapan dalam menentukan pilihan yang kita mahu.. Bangun dari tido jer dah kene pikir, nak mandi dulu or nak start enjin dulu. On pc jer dah nak kene pilih nak cek email dulu or edit gambo dulu. So making decision bukan perkara yang luar biasa, malah merupakan suatu yang memang terlalu mendalam dan tak dapat dipisahkan dalam life seorang manusia. Setiap pilihan pula, ada kesan positif dan negatifnya.
Aku baru je email pakcik aku, somebody yang aku hormati sebagai seorang yang lebih tua kepada aku dalam salasilah keluarga, dan juga seorang yang dihormati sebagai seorang yang berpengaruh dalam sebuah organisasi kerajaan. Aku memohon nasihat dan pandangan daripada beliau berkaitan dengan pilihan yang aku nak buat berdasarkan pertimbangan dan pengalamannya sebagai seorang pegawai dan intelek.
Kebiasaannya aku menerima panjang lebar penerangan berkaitan pilihan yang bakal aku nak buat. Tapi kali ini, tidak lagi. Simple je jawapan dia. Itu ler tiga patah perkataan yang memulakan write up aku bagi penutup hari ni, “Just Do It”. Aku tidaklah mengharapkan penerangan panjang lebar tiap kali memohon pandangan daripada sesiapa. Pandangan aku, jikalau ada kesempatan penerangan dan penjelasan yang panjang dan mendalam adalah lebih baik. Tetapi, sekiranya pendek, kadangkala lebih baik dan berkesan.
Jawapan yang diberikan pancik aku ni membuat aku senyum sendiri. Bukan kerana jawapan beliau tak memuaskan hati aku. Tetapi betapa, jawapan itu sebenarnya dah sebati pada diri aku. Just Do It. Tak perlu pikir banyak, just buat. Lagi banyak kita pikir, lagi banyak andaian2 yang mengarut, lagi banyak rasa ragu-ragu, lagi banyak masa habis tanpa tindakan dah akhirnya segala peluang yang datang terlepas begitu sahaja. Kita berjaya atau gagal bukan urusan kita, walaupun ia sebenarnya pilihan kita, tetapi sebelum membuat sebarang pilihan atau tindakan atleast kita hendaklah bersedia terlebih dahulu, then baru laksanakannya. Yelah “Just Do It” bukan bermakna kita “bodo2” jer buat tanpa berfikir, melakukan tanpa perimbangan sewajarnya. Tetapi Just Do It ni, kene fikir juga. Cuma bila dah fikir sewajarnya, just bulatkan hati dan jalan terus, jangan pandang belakang. Else, kita akan diganggu perasaan ragu-ragu dan was-was. Bila macam tu mula keyakinan diri hilang. Akhirnya kita LOST dalam perjalanan.
So, begitulah adanya. Thanks lah pada pakcik aku tu. If dia baca blog aku ni. Jgn di ungkit kat mana-mana sudah hahahaha. Apa pun aku faham maksud dia. Multimedia Development Corporation here i come!!! yeeehaaaaaaaaaaa!
Tadi aku bawak ibu dan dina kuar ke Megamall. Biasanya dina kesukaan lah bila sebut Megamall ni. To her, Megamall tu ada satu benda je dia ingat. Dia punya horse and rabbitlah. Kalau korang perasan if korang pergi Megamall, kat depan bookstore popular tu ada horse mekanikal tu. Aku tak tau la plak org panggil apa. Tapi tu lah benda yang harus dilawati oleh kitorang sekeluarga. Just for mem kecik aku ni la. Kalau dah singgah Megamall mmg tak sah jumpa horse and rabbit dia.
Kebiasaannya aku singgah jap lah kat popular tu, jenguk2 buku2 baru yang ada. Malangnya pada aku, kedai2 buku yang ada kat Kuantan ni takde yang pernah update buku berkaitan ICT. So quite boring la. Sekarang ni kebanyakan buku yang berlambak2 adalah buku2 berbentuk motivasi, tip2 kaya, tip2 org cina, tip2 org jepun berniaga dan macam2 lagi jenis buku yang berbentuk ‘rahsia menjadi kaya’. Aku bukannya tak baca buku2 ni. Semua buku2 ni bagus. Cuma bagi aku, kalau boleh biarlah update jugak kategori2 lain ni. Mungkin reader sekarang ni suka baca buku2 yang berkaintan menjadi kaya je. Apa yang menarik dan membuat aku bangga jugaklah, makin lama, makin ramai rakyat Malaysia menulis buku. Sebab aku tgk makin ramai nama2 penulis baru yang tak pernah aku kenal yang berkongsi ilmu dan kemahiran masing-masing. Nak tgk lagi ramai adalah melalui blogspot. Bersepah2 penulis2 yang bagus2 menyampaikan pelbagai topik ilmiah mahupun berkaitan kehidupan masing2.
Kerana apa aku menulis? Aku sebenarnya nak mengasah kemahiran menulis. Dalam kepala aku ni ada macam2 perkara yang nak aku luahkan tapi tak kuar2. Aku menulis jugak sebenarnya untuk keluarkan diri aku dari apa kebiasaan yang aku buat. Menulis bukanlah kemahiran aku, tapi boleh la nak menulis bersantai macam ni. Aku pn tak nak tgk web aku ni jadi macam galeri gambar sahaja. At least ada benda aku nak merepek2 kat sini.
Baru-baru ni dia ada cakap kat aku dia agak kebosanan dengan kerjayanya sekarang as pensyarah. Hmmm aku pernah sampai tahap itu. Kerja memang membosankan bila kita buat berulang-ulang kali untuk suatu tempoh yang lama. Aku rasa, ramai orang ada perasaan itu. If tiada tindakan diambil, sama ada posting ke tugasan lain or try to create new workflow, lama-lama sama ada performance menjunam jatuh, atau merana sepanjang hayat kerana kebosanan. So apa aku leh pesan pada wife aku, carilah hobi. Wat something luar dari kebiasaan. Reading? Cooking? Drawing? atau apa2 sajalah yang rasa happy dan seronok untuk dibuat supaya focus lari dari kebiasaan. Aku galakkan wife aku terus menulis blog dia, update and upgrade apa patut. Shes a good bloggers.
Jadi pada sapa2 yang menghadapi masalah yang sama, boring dengan kerja2 yang sama bertahun2. Jom pakat2 cari hobi yek.
This is my latest job. Aku menghadapi masalah ngan wordpress 2.9.2 ni bila nak upload gambar. Dia nyer kualiti macam drops sket. Aku dah surf and jumpa la 2,3 website yang ada discuss pasal ni. Aku pn tak pasti kenapa, cuma aku ada wat research sket tentan wordpress ni. Apa aku jumpa if u guna wordpress 2.8 below still ada solution dia untuk pastikan gambar u sharp on the web, but for 2.9.2 seems no solution yet. Boring ol lah bila tgk gambar looks blurry. Tapi nak wat camne up jer lah mana yang dah edit tu.
Aku dah lama tak up gambo banyak2 ni. 2 tahun lepas aku memang bz giler dengan kijer2 manager Gezzeg Photography and Design. Lani aku dah lepas jawatan pada Tom Ramzul untuk manage kompeni sebab aku dah tahap ketepuan, undermotivate dan mental abes bila tengok gambar wedding. Leh giler kalau tak gi berubat. Nasib baik Tom Ramzul come to the resque. Kalu idak sengal jugak la.
Apa yang berlaku is, bila kita dah terlalu lama ambil gambar wedding ni. If kita tak berusaha untuk cari kelainan. Lama2 kita akan jadi bosan. Especially cam aku ler. Aku ni jenis tak leh wat sesuatu benda tu lama2 sangat. Lama tu dalam kategori 2,3 tahun la. Siang malam pulun punye. Kalau tak cari alternatif, macam bersukan ke, or apa2 hobby lain. Lagi cepat sengal kepala otal. Nasib baik this year ada kawan2 yang leh ajak main badminton. Dulu ada gak main futsal, tapi la ni dah takde geng nak main coz fotog ramai yang dah season cam aku ni yang dah muatan berlebihan. Nak join geng office lama time cuti lak, time cuti kitorang jkijer. So lupekan jer la nak main futsal tu wat masa sekarang. Main badminton jer la.
So aku rasa, ok la kot apa aku up ni. Boleh la sket2. Tapi tu ler, tak sharp. Boring2!
[nggallery id=1]
This shot taken at somewhere in Kuantan. Dont know the name of the place. Added some graphic manipulation.