• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Blog

Blog

10 minit waktu emas bersama anak

January 29, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Selepas aku selfie dengan anak-anak tadi, tetiba aku rasa bersyukur sebab berpeluang menghantar anak pergi sekolah setiap hari. Bukan semua orang dapat peluang macam ni bak kata kawan-kawan aku. Ini juga satu bentuk rezeki. Rezeki masa dengan keluarga, dengan anak-anak.

Ada yang berkongsi hari-hari pergi kerja dan balik kerja anak masih tidur atas faktor kerja. Especially kawan-kawan aku yang bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Keluar awal-awal pagi nak elak jammed, balik pula terpaksa dilewatkan.

Aku di Kuantan ni ok lagi walau pun pagi-pagi kalau area Indera Mahkota tu time 7 pagi dah start jem lah sikit. Tapi masih ok lah. Laluan utama aku adalah jalan Kuantan-Bypass dari Indera Mahkota ke Pandan. Kalau nasib tak baik jika ada eksiden jalan by pass tu, memang jenuh la weh.

Setiap hari aku memang dah set untuk keluar dari rumah jam 7 pagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Perjalanan mengambil masa 10-15 minit ke Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas. So sepanjang perjalanan itulah, biasanya aku dapat titipkan pesanan dan nasihat, bercerita atau mendengar cerita, atau kadang menjawab pelbagai soalan luar kotak diorg ni. Waktu ni memang diorang dalam keadaan fresh, kepala tengah kosong lagi, maka apa yang terlintas insyaAllah diorang akan terima dengan baik. Jangan lupa banyak-banyak doa, selawat dan zikir dalam bersembang tu.

Jadi kalau korang ada peluang macam ni, gunakanlah sebaiknya. InsyaAllah amat bermanfaat pada mereka dan kita. Sebaliknya kalau takde kesempatan seperti aku, cubalah cari masa yang sesuai. InsyaAllah mesti ada, semoga dipermudahkan.

Filed Under: General Tagged With: child, Golden time, kereta, moment, parenting, school, sekolah, waktu emas

Nasi Padang Sumatera Kuala Terengganu

January 27, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Sekarang ni kalau aku datang singgah Kuala Terengganu, aku dah ada port baru makan tengahari. Nak kata baru tak jugak, first time dulu 2017 masa ada reunion sekolah di Kuala Terengganu. Cuma sesekali bila mai Terengganu kita singgah, rasa macam baru je hahaha. Sekali dah kenal, memang tiap kali datang memang wajib datang singgah la sini.

Nasi Padang Sumatera ni terletak betul-betul depan Sekolah Khairiah. Kalau korang nak pergi, boleh Google atau Waze Restoran Mei Fikri Nasi Padang Sumatera, atau Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. 

Bagi penggemar nasi kandar, memang aku rekemen cuba. Apa kaitan nasi kandar dan nasi padang? Takde kaitan pun, cuma style dia macam nasi campur, ada sayur dan lauk macam-macam dan aku memang mintak kuah campur macam makan nasi kandar jugak. Memang padu beb. Hehehe. 

Filed Under: Jalan-jalan Cari Makan, Places, Travel Tagged With: jalan-jalan cari makan, jjcm, kuala terengganu, luch, makan tengahari, nasi berlauk, nasi campur, restoran mei fikri, sekolah menengah agama khairiah, terengganu, visit malaysia, visit malaysia 2020, visit terengganu

Ritual agama berlebihan jejas prestasi murid?

January 27, 2020 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Baru-baru ni kecoh di media sosial ada ibu bapa yang komplen tentang aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di sekolah MRSM dan yang menjadi lebih panas, komplen ini datangnya daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka di sekolah MRSM! Ibu bapa berkenaan juga mengaku x-MRSM! Wahhh kritikal ni.

Aku tak pastilah betul atau tidak parent yang komplen ni bekas pelajar MRSM. Mengikut perkiraan aku, mereka ini mungkin pertama kali menghantar anak mereka ke MRSM. Jika benar parent ni bekas pelajar MRSM, lain macam benar komplen mereka ini. Mungkin mereka terlupa, atau mungkin MRSM dahulu tak seperti sekarang mungkin. Seingat aku dulu zaman aku bersekolah, MRSM memang dah terkenal dengan kecemerlangannya, terkenal dengan sistem pembelajarannya. Jadi adakah dahulu MRSM tidak menekankan aktiviti keagamaan waktu itu? Mustahil… Sama ada MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), SBP (Sekolah Berasrama Penuh) atau pun mana-mana sekolah berasrama, malah sesetengah sekolah harian juga semuanya mempunyai sistem yang membantu pelajar cemerlang dari segi akademik dan juga rohani.

Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama, aku tak pernah merasakan sistem kehidupan asrama yang perlu dilalui terlalu keagamaan dan menekan pelajar. Sistem berkenaan lebih kepada mendisiplinkan pelajar, menjadikan pelajar lebih berstruktur dalam menguruskan hal keduniaan tanpa mengetepikan pembentukan sahsiah dan jatidiri pelajar. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebebasan beragama, dimana setiap agama mengajar manusia untuk menjadi lebih baik, maka pendekatan agama adalah terbaik.

Sebagai seorang muslim. Islam adalah cara hidup, is a way of life. Kita tak boleh pisahkan kehidupan beragama. Malah agama itu adalah kehidupan. Setiap saat takkan berlalu tanpa ingatan kita pada Pencipta. Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu, malah Allah melimpahkan kita dengan rezeki didunia tanpa kita mampu terfikir pun. Namun adakah kita sentiasa ingat sapadanya? Maka apalah sangat dengan adanya sebuah sistem yang menggalakkkan pelajar untuk meluangkan masa bertahajud dan berdoa kepada Allah tanda syukur atas nikmat yang diberikan. Setakat solat berjemaah waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya setiap hari, bacaan yasin setiap malam Jumaat, solat sunat Tahajud dan Tasbih sekali setahun, solat sunat Hajat setiap kali nak peperiksaan, tadarus berkumpulan 30 minit selepas Zohor setiap kali bulan Ramadhan, adakah ini membebankan? Tepuk dada tanya Iman. Tanya kita sebagai parent, ada buat amalan ini di rumah? Muhasabah diri sebaiknya.

Sistem ini dah berpuluh tahun, jika tidak tahu silalah rujuk kepada yang pernah lalui kehidupan berasrama. Buatlah kajian terlebih dahulu sebelum mendaftarkan anak ke mana-mana sekolah berasrama. Jangan aniaya anak-anak mengikut kehendak kita dengan memaksa mereka masuk sekolah berasrama. Tidak semua sesuai dengan kehidupan berasrama. Mungkin kurang seronok, tetapi kerana sistem inilah majoriti berlumba-lumba menghantar anak-anak ke sekolah berasrama. Even sekolah harian pun ada juga aktiviti keagamaan. Jika tidak sesuai didiklah dengan acuan sendiri di rumah lebih baik. Buatlah homeschooling sendiri yang menjadi trend juga sekarang ni.

Janganlah nampak liberal sangat bang. Tak suka, pindahkan sahaja anak kesekolah lain.

 

Filed Under: General Tagged With: agama, asrama, hajat, harian, home schooling, mrsm, qiamullail, sbp, sekolah, solat jemaah, solat sunat, tadarus, tasbih, yasin

Tips ringkas bagaimana mengisi tajuk foto editorial shutterstock dan microstock lain

January 15, 2020 by ghazalitajuddin

Post kali ini aku nak share dengan korang tips ringkas  bagaimana menulis caption foto editorial.

Mari kita lihat dahulu format dan contoh tajuk yang pernah aku guna pakai.

*Untuk penerangan lebih detail tentang editorial boleh rujuk dokumentasi Shutterstock disini https://shutr.bz/36F2ZVA

FORMAT

Format tajuk foto editorial adalah seperti berikut

CITY, STATE/COUNTRY – MONTH DAY YEAR: Factual description of the image content, including who and what the image portrays and a qualifying newsworthy statement of objective fact (if necessary).

Contoh yang pernah aku gunakan

KUANTAN, 26 JANUARY 2018 – View of child section at Kuantan Public Library with unidentified children read books.

MECCA – MAY 26 : A close up view of Kaaba at Masjidil Haram Mosque with the ray of light at the back May 26, 2013 in Mecca. Muslims all around the world face the Kaaba during prayer time.

KUANTAN, 15 AUGUST 2019 – Unidentified people waiting and queue at post office counter.

 

TIPS

Biasanya bagi memudahkan aku menulis tajuk foto editorial, aku akan melihat kepada elemen-elemen 5W1H berikut:

  • Where – Di mana lokasi (Wajib)
  • When – Bila tarikh dan masa kejadian berlaku (Wajib)
  • Who – Siapa yang terlibat (Optional)
  • How – Bagaimana ia berlaku (Optional)
  • What – Apa yang berlaku (Optional)
  • Why – Kenapa ia berlaku (Optional)

Seperti contoh diatas, LOKASI dan TARIKH perlu ada pada setiap foto editorial. Manakala sekurang-kurangnya dua atau lebih kombinasi daripada elemen optional yang lain dapat membantu menerangkan lagi gambar adalah terbaik. Jika korang buat seperti yang dinyatakan, insyaAllah lulus.

PENUTUP

Sebenarnya foto editorial ni mudah sahaja, cuma kita kadang malas nak tulis tajuk dan description panjang-panjang. Tajuk foto editorial menceritakan tentang gambar. Editing pun tak perlu cantik sangat. Apa yang penting gambar jelas, caption dan description tele dengan gambar.

Good luck!

Filed Under: Microstock Photography, Photography, Technology Tagged With: caption, editorial, microstock, shutterstock, title

Applikasi telefon pintar untuk para ibu bapa dan guru

January 12, 2020 by ghazalitajuddin

Sesi persekolahan tahun 2020 baru sahaja bermula. Huru-haranya tetap sama. Buatlah persediaan serapi bagaimana pun menjelang tahun baru, pasti akan ada yang terlupa, tertinggal, tersilap, baik bagi pihak ibu bapa, mahupun sekolah. Itu biasa.

Bezanya 30 tahun dulu dan sekarang adalah, kebanyakan ibu bapa dan guru kini mempunyai sekurang-kurangnya satu teknologi pintar iaitu “Smartphone”. Setiap telefon pintar ini mempunyai keupayaan untuk dimuatkan dengan pelbagai applikasi yang dapat membantu ibu bapa dan guru dan persediaan dan pengurusan sekolah anak-anak.

Jadi aku nak share tentang applikasi telefon pintar dan juga teknologi lain yang dapat membantu ibu bapa dan guru dalam pengurusan anak-anak. Perisian ini korang boleh search di Apple App Store(iPhone) atau Google Play Store (Android).

  • Gmail

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah applikasi email percuma daripada Google. Melalui pendaftaran akaun Gmail korang juga akan dapat menggunakan applikasi lain dalam ekosistem Google seperti Google Document, Google Drive, Google Form, Google Contact dan lain-lain. Dengan adanya email segala urusan berkaitan ibu, bapa dan anak-anak boleh diemailkan kepada guru, atau sebaliknya. Resit bayaran yuran, bayaran buku dan segalanya juga boleh diemailkan menjadikan transaksi lebih rasmi. Tidak perlu lagi mengharapkan anak prasekolah untuk serahkan resit kepada cikgu yang entah sampai entah tidak. Kenal pun tak ntah?

  • CamScanner

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah applikasi yang digunakan untuk mengambil gambar sebarang dokumen fizikal dan ditukarkan ke bentuk digital seperti imej dan pdf. Contohnya salinan ic, resit, surat beranak. Semua dokumen berkenaan boleh disimpan dalam telefon pintar korang atau diemel kepada penerima bila memerlukan. Sudah-sudahlah share takwim sekolah dan jadual kelas dalam bentuk snap gambar. Dah lah gelap, kabur, senget pulak tu. Upgrade lah sikit dengan menggunakan PDF! Dengan applikasi ini mesti korang akan belajar ambil gambar dokumen dengan lebih baik.

  • Google Form

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah applikasi percuma yang digunakan untuk mencipta borang online. Dibangunkan oleh Google, hanya memerlukan akaun email Gmail bagi menggunakannya. Buatlah banyak mana pun. Maklumat yang diisi boleh disimpan dalam file excel atau dicetak. Ia juga boleh memaparkan maklumat dalam bentuk infografik yang mudah dikongsi dengan org lain. So sekarang tiap kali cikgu nak mintak sumbangan boleh buat satu google form untuk parent isi utk update cikgu. Tak perlu dah nak update panjang berjela dalam group WhatsApp. Nama sumbangan ikhlas tapi kena update list dalam group public????. Kena copy bnyak kali pulak tu!

  • Snapseed

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah applikasi yang digunakan untuk mengedit gambar. Kalau ada gambar nak adjust brightness, cropping ke, semua boleh dibuat dengan snapseed.

  • Canva

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah applikasi yang digunakan untuk menghasilkan imej grafik. Amat berguna bagi menghasilkan digital banner, digital poster, digital menu, invitation card dan lain-lain. Turut menyediakan gambar percuma dan berbayar yang boleh digunakan untuk rekabentuk grafik.

  • Google Drive

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah applikasi Google yang menyediakan “Cloud Storage” percuma bagi menyimpan fail. File berkenaan juga boleh dikemaskini dan dikongsi dengan orang lain. Storan ini boleh dicapai dimana sahaja kawasan yang mempunyai akaes internet.

  • Dropbox

System: IOS, Android

Penerangan: Sebuah lagi applikasi “Cloud Storage” percuma seperti Google Drive. Mempunyai plan premium sekiranya memerlukan storan yang lebih besar.

  • Wunderlist

System: IOS, Android

Penerangan: Wunderlist adalah sebuah applikasi yang digunakan untuk menguruskan “Todo List” korang. Antara applikasi pengurusan kerja yang amat praktikal dengan cara kerja aku setakat ini. Ia juga boleh di install pada pc dan “sync” dengan telefon pintar korang menjadikan ia lebih praktikal. Aku memang rekemen korang untuk mencuba applikasi ini.

Penutup

Setakat ini itu sahaja applikasi yang aku ingat. Aku rasa ada banyak lagi applikasi yang bagus nanti aku akan update list ni dari masa ke semasa.

Aku harap applikasi diatas dapat membantu korang dalam menguruskan hal ehwal anak atau sekurang-kurangnya kerja-kerja harian.

Kalau korang ada cadangan applikasi lain boleh lah kongsi dengan aku ya.

Bye!

Filed Under: General Tagged With: applikasi sekolah, applikasi telefon pintar guru, applikasi telefon pintar ibu bapa, bapa, guru, ibu, sekolah, tahun baru, telefon pintar

2020

January 11, 2020 by ghazalitajuddin

Salam.

Aku harap tak terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang yang baca posting ni. Terima kasih sebab singgah dan meluangkan masa scrolling apa-apa yang dihajati disini. Semoga tahun 2020 ini membuka lebih banyak peluang, lebih banyak kejayaan kepada korang semua insyaAllah.

Agak lama juga aku tak update blog ni. Since October 2019, aku agak sibuk dengan beberapa projek yang memerlukan perhatian lebih masa. Alhamdulillah terkejar-kejar dibuatnya. Ditambah pula hujung tahun 2019, sibuk dengan cuti sekolah dan dengan persediaan anak aku nak masuk form 1. Nak pilih sekolah satu hal, pergi interview pun satu hal. Apa nak buat, dapat peluang banyak, syukur Alhamdulillah. Kiranya macam-macam projek dan aktiviti lah cuti sekolah kali ni.

Cuma dalam kesibukan itu aku realize satu perkara. Especially buat kita yang dah berkeluarga. Betapa pantasnya masa kita yang sibuk 247 mencari rezeki. Rasa pendek benar, terlalu gigih siang malam mencari peluang menambah pendapatan? Atau hanya sekadar menyelesaikan urusan dunia? Atau duk saja? huh tanda akhir zaman. Sedar tak sedar sesuatu yang selama ini sentiasa bersama kita, yang kita simpan dan gilap, sudah sampai masa mula keluar membawa haluannya sendiri. Contohnya anak aku yang sulong telah pun melangkah masuk sekolah berasrama. Pantas beb, serious tak sedar. Panic jap. Adakah aku terlepas sesuatu? Ada hutang atau janji tak tertunai tak? Mula lah menggelabah hahaha. Tapi aku ni kira bernasib baik juga, diberi kesempatan masa dengan diorang sentiasa, since aku bekerja sendiri, banyak masa dengan mereka. Tapi itu pun terasa juga lah. Hahaha. Jadi moralnya, hargai apa yang kita ada, jangan terlalu kejar apa yang belum tentu rezeki kita.

So azam aku tahun ni, ingin memanfaatkan masa dengan lebih baik. Untuk busines dan keluarga, dunia dan akhirat. Walaupun baru masuk tahun baru beberapa perancangan yang telah diatur telah pun dilaksanakan. Aku harap kita dapat lihat growth lagi tahun ini. InsyaAllah.

2019 telah pun berlalu. Pergi tak kembali. Dah, dah cukup untuk intro tahun baru!

So moh kita moh!

 

 

 

Filed Under: General Tagged With: 2019, 2020

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 10
  • Page 11
  • Page 12
  • Page 13
  • Page 14
  • Interim pages omitted …
  • Page 57
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Popia basah terbaik di Kuantan?

Minuman Diet

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •