• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Blog

Blog

WhatsApp RetiredSmokers

September 4, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

 

 

Sedikit update daripada group WhatsApp RetiredSmokers. Tapi data ni tak menyeluruhlah, sebab form ni baru buat, input yang ada kebanyakannya rakan-rakan yang baru nak join group. So setiap kali ada new members, aku akan minta kerjasama untuk isi Google Form, so sedikit sebanyak data tu boleh kita proses jadi data yang berguna. 

Alhamdulillah group whatsap ni masih aktif, rakan-rakan keluar masuk bersilih ganti. Setakat ini, yang terkini dalam rekod ada dalam 400 juga contact number. 130 contact yang masih aktif dalam group. Selebihnya dah left, sama ada dah ok, gagal berhenti, atau pun masalah telefon or privacy, wallahualam. Group ini masih terbuka, tiada paksaan, so terpulang. Mana yang ok sikit akan bgtahu nak left sebab apa. Ada yang lebih luarbiasa, dari awal group wujud, sentiasa bagi support dan motivasi utk bantu yang lain berhenti juga. Alhamdulillah. Apa yang penting dapat tolong org terus berhenti rokok. Nak buat sorang tak mampu juga. Kalau ada sesiapa yang dalam proses berhenti merokok tu dialu-alukan join kami ya.

So berikut adalah hasil daripada collection form.

 

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bebas rokok, Berhenti rokok, nafas baru, retired smokers, retired smoking, retiredsmokers, stop smoking

Nak masuk tadika pun interview…

September 1, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Itulah cabaran budak-budak sekarang. Kalau zaman kita dulu takde macam ni. Ada yang tak pergi tadika pun. Ada yang masuk tadika buat syarat je, tapi seminggu tu ada la 2,3 kali je datang. Dulu darjah satu pun belum tentu boleh membaca mengira.

Sekarang ni tak boleh dah macam tu. Atleast untuk sekolah ni. Sebelum masuk tadika kalau boleh dah kenal huruf dan mengira. Siap ujian lisan tu. Tadika pun terpaksa saring pelajar. Tapi nak buat macam mana persaingan untuk sekolah yang bagus amat tinggi. Lagi-lagi di kawasan luar bandar. Sekolah tak banyak.

Nak kata aku memilih sekolah pun tak juga. Semuanya sebab abang dan kakak masuk sekolah sama. Dulu tak perlu interview macam sekarang. So memang tak boleh buat apa la hehehe. Letih pulak aku nak kena pergi ambil hantar sekolah lain-lain.

Apa pun pada aku kids is always kids. Aku biar je dia main sambil belajar tu. Dapat kenal huruf dan nombor pun kira oklah utk 6 thn. Basic je.

#Pray4Aliya…

Filed Under: General, Lifestyle Tagged With: 6 tahun, interview, interview tadika, sar, sekolah agama, Tadika

Pencerobohan Privasi Menggunakan Google Forms

September 1, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment


Siapa tak kenal Google? Takkan la tak kenal ye tak?

Antara big player teknologi ICT dunia, sama seperti Amazon, Apple dan Facebook yang mengeluarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berasaskan  teknologi. Tak terkira banyak produk yang dikeluarkan oleh Google ni. Antara yang paling banyak aku guna adalah Gmail, Google Drive dan Google Docs.

Cuma kali aku nak highlight sikit dengan satu applikasi  iaitu Google Forms.

Korang pakai tak Google Forms? Seperti yang kebanyakan tahu Google Forms adalah sebuah applikasi online yang menyediakan perkhidmatan borang bagi mengutip sebarang info yang kita perlukan dengan mudah.  Maknanya, kita boleh design borang kira, setup apa maklumat yang kita perlukan, generate link dan edarkan link kepada pengguna sasaran kita untuk diisi. Sangat mudah dan ianya adalah percuma!

Apabila pengguna sasaran kita itu telah mengisi borang dan submit kepada kita. Data tadi boleh dipersembahkan dalam bentuk laporan dan carta yang disediakan oleh Google secara percuma. Cuma kita sebagai owner form sahajalah yang boleh tengok. Memang applikasi yang amat mudah dan membantu.

Cth carta pai yang dihasilkan melalui Google Form

Kelemahan

Cuma aku nampak ada sedikit kelemahan disini. Mungkin korang pun perasan. Disebabkan ia percuma, bila ada akaun GMAIL, semua boleh setup Google Form. Bila dah menjadi kebiasaan isi form, ramai yang lupa tentang data privacy kita sebenarnya terdedah untuk dicuri dengan mudah. Bagaimana mereka buat tu? Modus operandinya adalah melalui iklan tawaran menarik dan minta anda isi form. Tapi jangan salah faham pula, ada iklan yang mmg dia mintak kita bagi info utk mereka salurkan maklumat. Kalau dah memang jelas iklan itu daripada syarikat yang kita kenal tu tak perlu risau lah. Apa yang aku maksudkan disini adalah iklan daripada mereka yang tidak kenali, yang mengaku mereka daripada organisasi sekian-sekian tetapi sebenarnya tidak. Mereka guna nama as cover up sahaja, untuk dapat kepercayaan orang ramai. All details on the ads very convinicng tapi sebenarnya sekadar untuk korang isi form sahaja. Pernah jumpa tak macam ni?

Contoh

Contoh mudah ada beberapa iklan di FB dan Instagram yang menggunakan nama Agensi Kerajaan  kononnya menawarkan iklan bantuan kewangan bagi perniagaan dengan kelulusan pantas. Bila kita klik link ia bawa ke Google Form yang collect maklumat peribadi seperti, nama, no fon, ic, alamat, dan lain2. Kalau diperhatikan pelik juga macam mana agensi kerajaan guna Google Form untuk urusan rasmi begini? Kemudian, jika dilihat pada Google Form berkenaan tiada pula sebarang info berkaitan agensi kerajaan berkenaan sedangkan ia adalah tawaran daripada institusi kewangan. .

Rumusan

Aku tidakla menghalang korang guna Google Form tu hahaha. Cuma hati-hati je bila isi maklumat yang diminta. Semak form baik2.

Jika korang berkhidmat dengan mana2 organisasi dan ada menggunakan Google Form, please sertakan detail dan contact ada pada Google Form bagi memudahkan pengguna hubungi untuk pengesahan. Bagi kita as user ni berhati-hati ya. Sangat-sangat berhati-hati. Jika salah maklumat yang kita dedahkan, kita juga akan susah nanti atau privacy kita terganggu.

Selamat!

 

 

Filed Under: Kuantan Web Developer, Technology Tagged With: Data Privacy, Data Protection, Frauds, gmail, google, Google Doc, Google Form, Phising, Scammers

Jom ke Pantai Batu Hitam

August 31, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Photo 11-08-2018, 8 25 07 AM
Area mana dipanggil Batu Hitam? Depan sikit dalam 100 meter dari lokasi gambar ini diambil.

Inilah kelebihan jadi orang pantai Timur ni. Banyak pantai cantik2 boleh pergi anytime bila suka hahaha. Biasa sama ada pantai atau sungai menjadi pilihan anak2 aku ni. Pantang dengar memang on selalu.

Antara pantai yang selamat untuk mandi-manda bersama keluarga di Kuantan, Pahang adalah Pantai Batu Hitam. Pantainya landai jauh ke depan, airnya pun bersih untuk mandi sekeluarga. 

Photo 11-08-2018, 8 24 48 AM
Pantai bersih sebab ada orang jaga

Kalau korang datang pagi dari bandar Kuantan, along the way ada banyak gerai2 makan, breakfast untuk beli tapau sebelum sampai ke destinasi. Memang banyak pilihan area jalan pantai beserah balok ni.

Disaran datang waktu pagilah, dalam jam 7 pagi. Kalau nak tengok sunrise kena datang lepas subuh. Datang awal boleh booking parking dekat. Matahari terik start jam 10.30 pagi. So biasa time pukul 11 tu dah selamat gerak balik dah.

Kelebihan Pantai Batu Hitam:

  1. Pantai landai
  2. Tandas bersih dan berhanpiran untuk salin pakaian
  3. Parking mudah
  4. Ada gerai & tempat makan
  5. Pantai bersih
  6. Tidak terlalu ramai orang
  7. Surau

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”6″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

Filed Under: Kuantan, Places, Travel Tagged With: batu hitam, mandi pantai, pantai, pantai balok, Pantai Batu Hitam

Blogging dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris?

August 30, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Gambar Hiasan

Dulu, bila nak berblog ni, ramai yang pilih guna bahasa inggeris. Semua angkara nak naikkan ranking page ke kedudukan yang bagus sikitlah. 

Tapi sekarang ni dah tak boleh guna trick tu. Kurang berkesan. 

Sekarang ni zaman content, kalau kau jenis update blog hari-hari, memang potensi google naik kan ranking ko cepat. Kriteria pun dah canggih sekarang. Bukan setakat keywording dan tagging, inbound link our outbound link, macam2 kriteria dah diorg tengok.

Dari segi bahasa pun, Google lagi prefer kita guna bahasa lokal kita. Cuma ya lah, tentang pemilihan bahasa ni subjektif. Kalau dah content ko perlu guna bahasa inggeris, guna je bahasa inggeris. Kalau boleh guna bahasa melayu pun tiada masalah. 

Macam aku, kalau content banyak berkaitan programming, aku akan guna bahasa inggeris sebab banyak terms programming ni dalam bahasa inggeris. Kalau sharing, santai, tutorial bukan teknikal mungkin banyak bahasa melayu. Macam fotografi, mungkin boleh guna dwi bahasa, bahasa melayu dan bahasa inggeris. Uish jenuh juga nak translate all technical word dalam malay kan? Hahaha. 

Tapi memang bahasa ni, Google sendiri galakkan guna bahasa local masing2. Mungkin dia pun faham dan nak galakkan lebih banyak content dalam bahasa lokal. Aku setuju bab ni, sebab antara perkara menyedihkan bila mencari bahan di internet, amat kurang bahasa melayu. Bahasa indonesia banyak. Itu menunjukkan betapa kurangnya kita berkongsi pengetahuan melalui penulisan. Tak tahulah kalau org Malaysia ni banyak menulis dalam english. Hehehe.

So geng. Just tulis je guna bahasa mana yang korang selesa. Mintak maaflah kalau aku guna bahasa rojak. Bahasa santai lagi barai.

Filed Under: General, Lifestyle, Technology Tagged With: bahasa, bahasa inggeris, bahasa melayu, blog, english, malay, penulisan

Towing Takaful Etiqa

August 29, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Korang pakai takaful apa untuk kenderaan korang?

Aku ni bukannya nak promote Etiqa Takaful sangat sebenarnya. Tapi kebetulan ada customer aku duk tanya pasal towing etiqa ni macam mana? Ada limit atau unlimited. 

Contact Etiqa Auto Assist

Nak tau lebih tepat boleh terus terus telefon depa atau lawat website Etiqa Auto Assist.

Etiqa Auto Assist Malasia
Phone: 1-800-88-6491
Website: http://www.etiqa.com.my/en/etiqa-auto-assist

Nak lagi smart boleh download Apps Etiqa Auto Assist di Google Play atau App Store, bagi bagi dapatkan update terkini mereka.

Towing Etiqa Takaful

So setakat aku tanya orang ETIQA, towing adalah unlimited to the nearest workshop available  selected by Etiqa Auto Assist. Gitu. 

Maksimum adalah 200km, lebih daripada itu dikenakan charge tambahan. Aku baca ada yang RM1.50 dan ada yang RM3.00. Nanti aku confirmkan kemudian na. Kalau aku lupa mintak tolong korang ingatkan bahagian komen. 

So begitulah adanya. Jangan pulak nanti terkejut kejap cakap unlimited, tapi bila towing dari Perlis sampai Rompin kena bayar pulak. Haru nanti viral kat FB hehehe.

Sekian.

Filed Under: General Tagged With: etiqa, etiqa auto assist, jarang towing, towing, towing distance, towing kenderaan

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 19
  • Page 20
  • Page 21
  • Page 22
  • Page 23
  • Interim pages omitted …
  • Page 57
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Singgah beli keropok di Keropok Warisan Losong Kuala Terengganu

Coke Coffee Caramel ~ Not recommended!

Cendol Terbaik Di Kuantan

Minuman Diet

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •