• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop
You are here: Home / Blog

Blog

Alkisah Hari Raya 2010

September 17, 2010 by ghazalitajuddin 2 Comments

Salam,

Disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin, kepada semua kenalan dimana juga anda berada.

Tahun ni, aku beraya kat singapore. Aku bukan org sana, aku pure Malaysian citizen born in Kuantan, Pahang. Tak percaya meh la jumpe aku, kite dengo betapa pure loghat pahang aku. Tapi Singapore adalah kampung aku sebelah mak. Dimana sekarang ni aku ada nenek seorang sahaja disebelah mak aku, arwah tok aku meninggal around 2005 camtu la. Manakala sebelah ayah aku pn dah takde, dah pergi masa aku tengah belajar lagi.

Actually aku rasa this year suppose beraya sebelah wife aku. Tapi aku ubah plan as kakak ipar aku, dan dua adik ipar aku pregnant, aku suggest utk reunite hari raya next year. Sure best coz ada 3 org ahli keluarga baru ada sekali tahun depan. Tahun ni still aku balik, tapi tak rasa cam balik pun coz rumah mertua aku ni dekat je. 10mnt je dah sampai. Actually selang seminggu dua, kitorang akan visit diorang lah, sama la ngan umah mak aku, pn dekat je. So aku takde la feel balik kampung sangat hahahaha. Cuma bila balik Singapore, mmg rasa lah sket. Tp penat.

Perjalanan Kuantan – Singapore amek masa dalam 5 jam sebenarnya. Tapi bila hari2 perayaan ni, dengan konvoi 2,3 bijik kereta, dengan jem nya, bleh pergi sampai 9 jam. Baru ni memang amek masa 9 jam. Bawak keter dalam 100kmj je. Aku memang pemandu yang berhemah. Sesekali je la pergi 120kmj. Mau tak bro, perjalanan aku dari Kuantan – Singapore melalui Bandar Muadzam Shah, ke Segamat, ke Yong Peng, masuk highway terus ke JB dan Singapore, paling aku tak suka adalah jalan Kuantan – Segamat. Mmg cam haram la. Kereta banyak, jalan sempit dan gelap. Lum kira jalan rosak dan tengah repair, mmg sakit la.

Apa yang puas atinya trip balik raya tahun ni, first sekali alhamdulillah takde masalah sepanjang perjalanan. Walaupun 2,3 kali nak bertembung dengan keparat2 yang tak sabo2 memotong, tapi semua selamat alhamdulillah, second adalah aku dapat solat subuh kat Masjid Sultan Abu Bakar johor. Aku ni mmg suka benda2 bersejarah, mintak maaf la yer. Barang2 antik semua aku suka. Hahhaha. So dapat solat kat situ kira best gak aaaa. Cuma tak sempat nak amek gambo je, tak jumpe angle yang best dari atas tu.

Then tahun ni ntah pesal, kesihatan baik mood baik, masa pn baik, aku ajak adik2 aku gi Pasar Geylang kat singapore. Pasar Geylang ni memang pasar melayu terbesar la kat singapore nh. Memang kebiasaanya malam2 raya memang meriah giler. So aku terasa macam ini last peluang aku untuk jejak kaki ke Pasar Geylang, coz tatau la tahun2 depan dapat datang lagi ke tidak kesini. So kali ni aku tak lepasla peluang amek gambo ape patut enjoy the time and moment dengan adik2 and cousin aku.

Nak jadi citer, ntah pesal jugak, kul 3 pagi raya aku dah bangun. Tak leh tido till solat raya. Kitorang plan plak ke Masjid Sultan Singapore. Sama jugak ngan reason takut2 lepas ni dah tak berpeluang dah kesini, so kitorang pakat2 p solat raya kat sana. Actually ada masjid dekat ngan flat nenek aku tu. Tapi tu la nak jadi citer kan. Hahahah.

Masjid Sultan ni dah lama kitorang tak pergi. Last time 2005 lah masa arwah atuk aku meninggal. Dia disembahyangkan disini. Actually arwah moyang dan arwah tok aku pernah jadi imam masjid ni masa hayat mereka. Cucu cicit je cam hantu. Hahaha. Masa kitorang kecik2 dulu pun dia selalu bawak kitorang sembahyang raya kat sini. Masjid bersejarah yang menjadi kebanggaan orang2 melayu di singapore. Sebelah masjid ni adalah tapak istana Sultan terdahulu, sultan mana aku tak pasti plak. Rasa cam Sultan Johor. Tapi kena bukak kitab sejarah balik la kalau nak tau hahaha.

Aku jarang bawak kamera dalam masjid, tapi tu lah, nak jadi kisahnya kan, aku bawak bag kamera aku semayang raya tu. Nasib baik leh amek gambo, aku ingat aku sorang je shoot dalam masjid tu. Leh tahan ramai gak fotog chinese dam juga videoman yang dari mata aku ni suka2 amek gambo. Termasukla aku sekali. Memang terbaek la solat raya tahun ni, dah la bangun awal nak mampos, sampai masjid pn awal giler, bawak kamera dan shoot guna fisheye, bahagia siot hahaha leh berkarya di pagi raya. Peluang jarang datang bergolek, sudah tentu tak dilepaskan. Huhuhuhu.

Filed Under: Photography Tagged With: Arab Streets, Geylang, Hari Raya, Hari Raya Aidul Fitri, Kampung Glam, Pasar Geylang, Singapore

ImsyadZain.com

September 7, 2010 by ghazalitajuddin 2 Comments

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak website ImsyadZain.com, professional photographer from Kuala Lipis ni. Website ni dibangunkan sepenuhnya from scratch with php/jquery because of the concept itself adalah idea daripada beliau sendiri. Syukur jugak la sepanjang proses takde masalah kerana beliau memberikan kerjasama secukupnya. Walaupun aku kat kuantan, dia kat LEPIH, tapi takde masalah discussion trough email n ym.Thanks bro!

Apa pun leh la test drive web beliau di http://www.imsyadzain.com.

Filed Under: Technology

XAMPP: Executing PHP.EXE from Command Prompt

August 24, 2010 by ghazalitajuddin Leave a Comment

To execute PHP from command prompt, you need to go to php directory in xampp, allocate the php.exe, then type the code like this…

C:\xampp\php>php C:\xampp\framework\yiic webapp C:\xampp\htdocs\yii

Filed Under: Technology Tagged With: command prompt, xampp, yii

www.blog.my vs www.blogspot

August 22, 2010 by ghazalitajuddin

Aku baru menyiapkan design web www.blog.my. Currently web ni dah ada, cuma ia masih baru dan masih belum beroperasi sepenuhnya. Ia merupakan website client aku yang merupakan owner kepada Blog.my. Blog.my dah already dilancarkan untuk pendaftaran! FOC!

www.blog.my & blog.my

www.blog.my dan blog.my merupakan dua website yang berbeza. www.blog.my adalah social networks untuk memasarkan blog korang, manakala blog.my adalah web percuma yang boleh anda miliki dengan pendaftaran mudah.

Blog.my & WordPress

Actually kalau korang belum pernah guna WordPress, korang leh try daftarkan diri korang disini http://blog.my yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti Blogspot.com. Malaysia punye version. Ini bermaksud korang boleh memiliki blog korang sendiri dengan subdomain(cth: namakorang.blog.my) korang secara percuma. Free je bang, FOC! Terdapat banyak template dan plugin yang telah diinstall untuk kegunaan korang. Pakai je.Bila dah pandai nanti, leh la beli domain and hosting sendiri. Install wordpress dan manage web sendiri.

Aku takde la dapat komisen pn dok cerita kat korang ni. Benda leh daftar free, so air liur aku pn free gak lah. Just kasi support pada kawan2 anak Malaysia ni yang rajin berusaha dan kreatif. Tanpa support dari kawan2 lain, memang tak lama la projek2 camni. So apa lagi, sokonglah barangan buatan Malaysia(walaupun 50-50)! hahaha…

Filed Under: General, Technology

Tanggungjawab Dan Pengorbanan

August 19, 2010 by ghazalitajuddin 5 Comments

Minggu lepas aku bergegas ke Jabatan Imigresen Kuantan untuk renew passport aku yang akan expired by October 2010 this year. Gara2 adik aku wat call suh standby sebab nenek aku kat Bedok, Singapore, dimaklumkan terlalu uzur selepas patah kaki jatuh toilet sebulan lepas memang ketor kepala jugak la. Beb, aku balik singapore setahun tu 2,3 kali la. Tapi Kebelakangan ni raya baru aku balik. Walaupun dia dah ingat2 lupa, tapi aku ingat dia. At least sempat aku mintak maaf apa patut sepanjang aku kecik2 dulu, kot aku ada rembat duit raya ke ape ke…

Walaupun passport aku akan expired by oktober 2010, tapi imigresen telah menetapkan syarat bahawa kita tidak dibenarkan keluar negara dalam tempoh 6 bulan sebelum passport expired. Itu yang menyebabkan aku gabra giler, padahal baru je jejak opis, terus cabut ambil passport kat rumah dan ke pejabat imigresen di IM. Aku sekadar sempat submit borang sahaja untuk renew sebab dah lewat, terpaksa ambil passport esok harinya.

Pagi2 aku sampai kat Imigresen, ramai beno pejuang2 negara kita sedang menunggu untuk membuat passport. Aku tak tau lah ni kontinjen mana, tapi memang penuh lah dengan pakaian seragam hijau sekitar pejabat imigresen tu.

Tapi dalam ramai2 pakaian seragam tu aku ternampak kelibat seseorang yang pernah aku kenal atau sekurang2nya aku cam. Aku pasti aku pernah nampak dia masa aku kat skudai dulu.

Selamber aku tegur, betulka orang nya pernah di skudai dulu. Its true and her name is Siti Aminah. Ex coursemate aku masa kat UTM Skudai. Kalau tgk orgnya, aku memang tak saspek dia ni join tentera.

Aku: Sejak bila pulak ko masuk askar ni?

SA: Kita habis belajar aku terus apply. Aku rasa dah rezeki kat sini.

Aku: Ko dulu PALAPES ke? Or ATMA?

SA: Tak, aku memang apply kerja.

PALAPES adalah singkatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, aku rasa hampir setiap universiti ada. Macam aku kat utm skudai dulu ada  pasukan ni. FOC, dia akan kasi semua uniform, ada latihan dan sebagainya. Secara jelasnya memang program PALAPES ni lebih baik daripada PLKN, kerana rata-rata yang masuk memang berminat untuk berkhidmat kepada negara. Program ni just sambilan. Aktiviti pada hari2 tertentu sahaja. Waktu kuliah ko bebas berpakaian biasa.

ATMA pulak sedikit berbeza, kena apply dari awal kalau tak silap. Kalau sukses ko memang akan dapat pangkat Leftenan Muda if ko amek degree lah. Sekarang ni aku tak pasti. Pembelajaran kalau aku tak silap sepenuhnya disponsor oleh ATMA, tetapi ko terikat dengan ATMA lah, pergi kuliah pn berpakaian tentera. Kemas gitu. Lepas grad ko akan kerja dengan MOD.

So berbalik pada perbualan tadi. Pada aku memang aku respek pada orang yang masuk badan beruniform ni, at least dari segi tahap disiplin yang tinggi.

Aku: Jadi sekarang ko tinggal habisla apa belajar dulu kat Fakulti Sains Komputer?

SA: Tak lah. Aku sekarang kat bahagian Millitary Communication.

Aku: Perkh! Menarik tul.

Aku: Eh, diorang wat passport ramai2 ni nak pergi mana? Ko nak pergi mana ni?

SA: Oooo kitorang akan dihantar ke Sudan.

Aku: Uiks! Bila?

SA: Oktober ni.

Aku: Untill???

SA: Oktober next year…

Aku: Setahun yek….

Then sampai pada soklan yang biasa pada umur aku.Ketor jugok nak menanya.

Aku: Ko dah kahwin ke?

SA: Dah. Husband aku tentera jugak. Dia kat Lubnan sekarang…

Aku: What? Siyes? Anak?

SA: Kat rumah mak aku.

Aku: Aku kagum. Besar tanggungjawab ko. Besar pengorbanan ko.

Setahun tu bro tinggal anak, tak jumpa suami. How do you think? Kepada SA, suami dan keluarga, moga selamat pergi, selamat pulang dan dirahmati dan dibawah lindungan Allah selalu.

Sepanjang jalan aku mikir, apa tanggungjawab aku dan pengorbanan aku….

Filed Under: General Tagged With: Askar, ATMA, Bedok, Jabatan Imigresen, Ministry Of Defense, PALAPES, Singapore, Tentera

YAHUDI dari perspektif bukan ISLAM?

August 12, 2010 by ghazalitajuddin 2 Comments

Biasa bila aku buat kerja kat rumah, aku akan letak notebook aku atas meja jepun aku depan tv sambil biarkan tv astro terpasang. 1- Sebab nak ada bunyi bising sket nak elak ngantuk. 2- Sebab leh ubah fokus sket, takdela juling bijik mata aku ngadap notebook neh, ada gak jeling2 ke tv tu.

Biasanya aku layan astro channel 551-555 dan 701-702. Wife aku plak perkenalkan aku channel 710-712, layan gak, mmg juling gak bijik mata aaa. Channel 555 merupakan channel yang biasa buat aku terpana lah. Pasal sejarah dalam dan luar negara. Aku tunggu jugak bila la pasal Al Maunah nak kuar ni, gezzet dah kuar bukan main.

Skrg ni Channel H ada siarkan satu rancangan agak menarik, Shanghai: The Port Of Last Resort. Berkaitan bagaimana orang yahudi mula berpindah keluar dari German ke Shanghai dan Amerika apabila Nazi start operasi penghapusan kaum2 yahudi besar2an. Bagaimana penerimaan orang2 di Shanghai terhadap Yahudi…

Then, terlintas jap dalam kapla. Apa sebenarnya yang menyebabkan kejadian Holocaust yang menyebabkan orang2 yahudi ni jadi pelarian? Dan macammana pulak la diorang leh hinggap kat Palestin? So aku pn gatal2 tangan la men”google”kan diri mencari maklumat dengan keyword “Why Nazi Hate Jews”. Rupanya banyak jugak org bertanya soklan yang sama, jadi banyakla info aku bley dapat.

Apa yang menariknya selain informasi pada laman web ni http://www.jewwatch.com/ yang mengandungi banyak giler maklumat2 anti-jews dan pergerakan2 yahudi sekian lama.. Yelah, biasa kita lihat daripada perspektif ISLAM, daripada pandangan ISLAM terhadap orang2 yahudi ni. Biasa kita dengar orang kita, tetapi susah nak dengar pandangan orang bukan ISLAM terhadap Yahudi. So dalam laman web tu mengandungi pandangan dan maklumat2 yang sumbernya daripada semua perspektif dan menjurus kepada apa orang yahudi dah buat pada dunia masa kini? Sebagai contoh peta ni, yang aku ambil daripada web tu yang menunjukkan bagaimana tanah palestin diambil sedikit demi sedikit dan lihatlah apa yang tinggal…

Ok beb, Selamat Membaca, Selamat berpuasa dan menunaikan ibadah terawikh!  See u later beb!

Filed Under: General Tagged With: anti-jews, history channel, hitler, ISLAM, jermany, nazi, yahudi, zionist

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 47
  • Page 48
  • Page 49
  • Page 50
  • Page 51
  • Interim pages omitted …
  • Page 57
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Breakfast di De Aisyah Kuantan

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.

Kuih Keria Viral di Kuantan???

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •