• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Technology

Frontend Backend bersama Angular Laravel

September 29, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Nota kaki tentang pembangunan applikasi menggunakan Angular sebagai front end dan Laravel sebagai back end melalui API. Biasalah, nak cari reference bukan senang, ni kira nota kaki untuk diri sendiri. Takpe, pelan2 kayuh. Nanti ada peluang aku buat tutorial aku punya pulak okeh.

Untuk pengetahuan semua (mana yang tak tahu ler), trend pembangunan applikasi sekarang adalah pemisahan antara frontend(UI/UX)) dan backend. Maksud aku jika dahulu pembangunan applikasi melalui kedua-dua proses, dimana apabila ada keperluan untuk view data / insert data, kita terpaksa develop juga page untuk view data, tapi sekarang ni ia tak perlu, kita boleh lakukan kemudian. Backend developer cuma develop dan uji API yang dibangunkan. Pemisahan ini menjadikan proses pembangunan lebih pantas dan teratur. Namun persediaan awal, seperti kajian keperluan menjadi lebih kritikal bagi melancarkan proses pembangunan backend dan ketika proses pembangunan frontend pula nanti. Yelah, just imagine, develop separate backend dan front end, buatnya silap kat backend, frontend tak boleh nak buat kerja, atau output tak dapat seperti dikehendaki client. Kena betulkan, cost lagi!

  • Create a Laravel and Angular Single Page Comment Application
  • Laravel 5.3 with Angular 2 – Setup
  • https://github.com/eliyas5044

Filed Under: Technology Tagged With: angular laravel, api, back end, front end, laravel angular

Angular: Add Bootstrap

September 14, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Bagaimana nak add bootrap dalam Angular?

Buka teminal. Create new angular project.

ng new angular-project
cd angular-project

Install bootstrap menggunakan npm

# untuk version 3.x
npm install bootstrap --save

# untuk version 4.x
npm install bootstrap@next --save

#guna command "sudo" jika perlu

Command diatas akan install bootrap module. Boleh linat dalam direktori node_modules/.
Last sekali configure .angular-cli.json

"apps":[
...
...,
"styles":[
"../node_modules/bootstrap/dist/css/bootstrap.min.css",//<-- tambah line ni
"styles.css"
],

 

 

Filed Under: Technology Tagged With: add, angular, bootstrap

Applikasi Google Drive Bakal Ditamatkan

September 9, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Korang guna Google Drive tak? Google Drive adalah salah satu applikasi yang dibangunkan oleh Google bagi membantu pengguna menguruskan file dan dokumen. Google Drive membolehkan kita sync dokumen pada gajet (seperti smart phone, ipad, tab, ) dengan pc atau notebook korang. Google Drive merupakan storan awan(hahaha cloud storage), yang hanya memerlukan capaian internet, anda boleh akses dokumen anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Google Drive ini boleh digunakan secara percuma apabila kita mendaftarkan email Gmail juga secara percuma. Kebiasaanya orang yang menggunakan smart phone android pasti akan mempunyai account Gmail. Jadi seharusnya korang biasa dengar produk-produk google yang lain.

Aku memang recommend orang guna Google Drive ni sebagai backup data penting, atau sebagai tempat utk share dokumen. Percuma pulak tu. Selain itu aku juga recommend Google Contacts utk backup nombor telefon. Cuma berita terkini daripada Google, mereka bakal tutup service Google Drive pada 2018. Ia akan digantikan oleh sebuah applikasi baru iaitu Backup And Sync. Ia bakal menggantikan Google Drive dan Google Photos.

Jadi kalau korang memang pengguna Google Drive dan Google Photos, so boleh mula perlahan-lahan memindahkan dokumen korang ya. Jangan terkejut pula nanti andaikata tiba-tiba dah tak boleh buka akaun Google Drive.

Untuk maklumat lanjut boleh baca disini

https://www.blog.google/products/photos/introducing-backup-and-sync-google-photos-and-google-drive/

Filed Under: Technology Tagged With: cloud, documents, drive, files, google, google docs, google drive, Shut down, storage

Learning Laravel 5 Building Practical Applications

September 3, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Sedar tak sedar ada banyak juga buku aku beli online. Mostly buku programming ler. Mostly format PDF. Pernah juga beli hardcopy, tapi lebih practical dalam softcopy. Senang nak share dan copy source code. Selepas bayar terus bleh download, kalau hardcopy mungkin ambil masa untuk courier ke Malaysia pulak.

So hari ni aku nak review sebuah buku Laravel oleh Nathan Wu. 

Tajuk : Learning Laravel 5 Building Practical Applications
Pengarang : Nathan Wu
Url :  https://learninglaravel.net/laravelbook
Bahasa  : English
Harga : USD49 USD35
Pakej :
  • Lifetime access to the online book. (Read 70% of the book for FREE!)
  • Digital books: PDF, MOBI, EPUB (Premium Only)
  • Full source code (Premium Only)
  • Access new chapters of the book while it’s being written (Premium Only)
  • A community of 10000+ students learning together.
  • Amazing bundles and freebies to help you become a successful developer.
  • iPhone, iPad and Android Accessibility.

Buku ni aku beli semasa 1st Edition(Laravel 5.2) lagi, ketika post ini ditulis buku ni dah keluar 3rd Edition(Laravel 5.4). Korang akan membangunkan dua applikasi, Support Ticket System dan Blog Application. Pembangunan dua applikasi ini cukup untuk membawa pembaca mengenali, memahami, dan menggunakan Framework Laravel dari ground up. Installasi server, installasi laravel framework, installasi vendor, konfigurasi model, controller, view, eloquent, relationship etc. 

Cara Penulisan

Secara umumnya, buku ini amat sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh pengguna baru dan lama. NW memberi penerangan yang jelas dan menggunakan pendekatan praktikal dari awal sehinggalah akhir bab, dari installasi sehinggalah kepada deploy. Penerangannya disokong oleh kod-kod yang boleh digunakan dan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Jadi, kepada yang suka kaedah baca dan praktik dalam mempelajari sesuatu memang sesuai dapatkan buku ini.

Pengisian

Chapter 1 – Installing Laravel

Chapter 2 – Building Our First Website

Chapter 3 – Building A Support Ticket System

Chapter 4 – Building A Blog Application

Chapter 5 – Deploying Our Laravel Applications

 

Kesimpulan

Secara peribadi antara buku terbaik laravel. Kalau korang memang berniat nak beli, silakan. Dengan harga USD49 USD35, amat berbaloi. Sebab setiap kali ada versi terkini, korang pun akan dapat download versi terkini berkenaan, dalam masa sama yang lama still pun boleh download. Tiada yang lebih berbaloi! 

Bintang

Aku bagi 4/5 bintang ajela. Mana ada perfect! 

Sekian!

Filed Under: Technology Tagged With: book, ebook, laravel, Learning Laravel 5 Building Practical Applications, pdf

Update PHP Version

August 28, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Pernah tak ada masalah untuk install certain script because of PHP version yang lama. So tutorial ni adalah untuk update path PHP version.

Dalam terminal 

vim ~/.bash_profile

Type i untuk  edit, masukkan code berikut (semak dalam MAMP yang betul)

export PATH=/Applications/MAMP/bin/php/php7.1.1/bin:$PATH

Tekan ESC, type “:wq” untuk write dan quit.

Dalam terminal

source ~/.bash_profile

Semak php -v. 

Filed Under: Technology Tagged With: command. terminal, PHP, update, upgrade, version, vim

Laravel: Upgrade Laravel 5.4 to 5.5

August 28, 2017 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Update Composer.json

tukar dependencies framework 5.4 kepada 5.5 

"require": {
        "php": ">=5.6.4",
        "laravel/framework": "5.5.*", //<-- tukar drpd 5.4.*
        "laravel/tinker": "~1.0"
    },

tukar php unit 5.6 kepada 5.7

"require-dev": {
        "fzaninotto/faker": "~1.4",
        "mockery/mockery": "0.9.*",
        "phpunit/phpunit": "~5.7"//<-- tukar daripada 5.6
    },

run composer update

composer update

Boleh refer

https://laravel.com/docs/5.5/upgrade

https://laracasts.com/discuss/channels/laravel/upgrading-to-55-from-51

 

Filed Under: Technology Tagged With: laravel, lts, upgrade

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 9
  • Page 10
  • Page 11
  • Page 12
  • Page 13
  • Interim pages omitted …
  • Page 24
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Aneka Kuih Tradisional

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

7 Lokasi Nasi Dagang Terbaik di Kuantan

Diet snack untuk abang-abang kacak

Minuman Diet

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •