• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Archives for August 2018

Genesis Child Theme: Post Excerpt With Read More

August 10, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ada sesiapa pengguna Genesis Theme?

Ni filter utk add excerpt dan link baca seterusnya. Tak sama untuk main theme. 

/** Customize Read More Text */
add_filter( 'excerpt_more', 'child_read_more_link' );
add_filter( 'get_the_content_more_link', 'child_read_more_link' );
add_filter( 'the_content_more_link', 'child_read_more_link' );
function child_read_more_link() {
 
return ' ... <a href="' . get_permalink() . '" rel="nofollow">[ BACA SETERUSNYA ]</a>';
}

Untuk main theme boleh tgk sini.

Filed Under: Technology Tagged With: excerpt, function.php, genesis, link, more, pluginc, studiopress, wordpress

Sayangilah dan Lindungi Data Anda

August 10, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Korang ada install tak antivirus dalam komputer  or laptop korang? Jangan buat main-main bang. Kalau tak kena takpe, kalau dah kena boleh bawak kemurungan berbulan-bulan.

Baru-baru ni aku dapat job install antivirus sebuah jabatan kerajaan. Total lebih kurang dalam 30 biji PC. Semua dah kena virus baru panggil nak install anti virus. Masalah bila kalau ada file yang dah infected, wassalam aje la silap gaya. 

Data Adalah Aset

Tuan-puan, data adalah aset korang, data adalah aset syarikat. Bagi pengguna windows, silalah ambil langkah berhati-hati dengan instal antivirus. Tak payah pikir lama-lama, memang sistem pengoperasian windows senang terdedah kepada virus. Harga Kapersky Antivirus untuk sebuah PC lebih kurang RM70 sahaja untuk setahun. Jauh lagi murah berbanding harga untuk perkhidmatan recovery data yang rosak, atau hilang yang boleh mencecah ratusan malahan ribuan ringgit.

Digital Risk

Kerja sambil selfie…

Lawyer, cikgu, dan phd student antara mereka yang pernah contact aku untuk bantuan recovery data yang disebabkan virus atau corrupted disk. Diorg maklumkan kos untuk recover data kat luar makan ribuan ringgit. Mahal satu hal, high risk pun ye. Especially kalau jenis hard disk corupt. Sesiapa sahaja pengguna data digital, korang ada risiko ini. So jangan percaya pada hardware anda, mereka boleh gagal.

Digital Era

So hati-hati dengan zaman digital ni. Data boleh rosak dan hilang. Kena selalu buat preventive maintenance pc korang ye. Backup pun kena selalu buat. Nanti ada masa aku share camne aku buat untuk backup data-data penting.

Jangan lupa install antivirus ye bang. Heh.

 

Filed Under: Kuantan Web Developer, Technology Tagged With: antivirus, corrupt, data recovery, disinfected, hard disk, infected, kaspersky, maintenance, preventive

Sedikit Pujian Buat Sistem ePerolehan

August 9, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Korang pengguna sistem eperolehan? Sistem eperolehan merupakan sistem elektronik yang memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan ini adalah cara terkini untuk sebarang urusan projek pembekalan dan perkhidmatan dengan kerajaan.

Secara umumnya banyak juga improvement sistem eperolehan ini sejak tahun ini. Walaupun masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki contohnya takde pejabat ePerolehan di Kuantan!!!, still pada aku boleh lah nak bagi sedikit pujian sistem ini sudah mula menampakkan keberkesanannya. Aku dah lama ada akaun ePerolehan ini, tetapi disamping nak menggunakannya agak leceh dan memerlukan dongle yang cepat rosak, sistem ini juga tidak digunakan oleh majoriti badan2 kerajaan pusat dan juga negeri. 

Ini menjadikan sistem ini diketepikan oleh para kontraktor dan vendor. Aku rasa since syarikat aku ditubuhkan 2010, dah ada eperolehan. Tapi 2018 baru betul-betul digunakan. Bayangkan.

Berikut antara improvement yang aku nampak tentang sistem ePerolehan sekarang.

KATALOG PRODUK
Nak update katalog pun pada aku lebih mudah. Banyak improve dalam UI/UX. Walaupun mula2 tu pening juga, apa dia product, apa dia extension…  tapi bila call support setakat ni ada org jawab. Senang la sikit.

STATUS PROGRESS / DOKUMEN
Untuk semakan status document, invois, do dan sebagainya pun boleh dlakukan dalam sistem ePerolehan. Aku tak pasti la dulu macam-mana. Tapi sekarang ni dah boleh tracking dokumen tu online je. Kalau tengok tak clear boleh terus call jabatan berkenaan follow up.

SEBUTHARGA
Apabila dapat jemputan sebutharga dalam sistem ePerolehan. Kita hanya perlu mengisi dokumen2 secara online dan upload dokumen2 lain yang diperlukan juga secara online. Almost semuanya secara atas talian. Tak perlu lagi nak kena pos dan sebagainya. Amat mudah.

SUPPORT
Support alhamdulillah, by phone call dan email. Boleh lah, walaupun sometimes payah nak dapat. But boleh diterima lagi. Banyak lah improvementnya. Serious.

PENGUATKUASAAN
Ini paling penting. Aku rasa tahun ni memang MOF betul2 kuatkuasakan penggunaan ePerolehan ini. Walau pun masih tidak sepenuhnya, tapi nampak banyak projek2 yang dah mula keluar dalam sistem. Almost every week akan ada request sebutharga. Alhamdulillah.

Namun, seperti aku kata tadi masih banyak kelemahan disana sini. Harapannya agar sistem ini dapat improve dari masa ke semasa.

Tahniah ePerolehan & MOF! All the best!

Filed Under: General, Technology Tagged With: eperolehan, kementerian kewangan, ministry of finance, mof

Sesi TT Fotografi

August 8, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Tadi aku tgk kat FB si Abe Faisal post invitation program Sesi TT di Kuantan. Then aku dapat pulak WhatsApp dalam beberapa group, jemputan menghadiri sesi berkenaan.

Ini perkara serious. Hahaha.

Teh Tarik Table Talk

Lama betul tak dengar Sesi TT Fotografi ni. Dulu Sesi “Teh Tarik” , sekarang sudah tukar Sesi “Table Talk”. Kreatif. Silap gaya ramai esok ni. Sebab dah lama sangat tak buat. Sejuk beku dah komuniti fotografi Kuantan. Semua pakat jumpa kat FB je.

Cerita Dulu

Dulu hari-hari mengadap gambar, siang malam edit gambar. Muntah. Hari-hari tak lekang dengan kamera. Zaman buat job foto. Shoot wedding, event, studio, stock photo. Hari2 bercakap pasal kamera, lighting, editing. Sedar tak sedar dah dekat 8 tahun tinggal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je start serious main kamera 2007 sampai 2010, cukup 3 tahun je lifespan busines aku dalam fotografi as full time photographer. Seriously enjoy lah masa tu. Business yang aku suka, kerja sambil berkarya. Sekarang ni, lebih kepada hobi, suka2 aje la. Nak bawak DSLR pn tak larat dah. Pakat pakai mirrorless aje. 

Tapi seriously, rindu weh buat job. 

TT

Sesi TT macam ni memang bagus sebenarnya. Aku start belajar kamera pun dulu dengan sesi macam ni lah. Sama-sama luangkan masa kongsi masalah, dan selesai masalah. Open. Business tolak tepi. Tak perlu terlalu official macam dalam kelas, boleh bagi pandangan secara terbuka, dan boleh dapat tips2 percuma daripada yang berpengalaman. Bukan lama pun, sejam dua mungkin. Memang susah nak commit, dengan macam2 kekangan nak buat, tapi impaknya amat bagus  untuk komuniti. Kalau ada persatuan dan kelab, TT ni memang wajib dijadikan aktiviti tetap. Aktiviti2 lain tu kira bonus. 

See u there

So sesiapa yang free tu jemputlah datang dan bawak laptop boleh belajar asas editing free.
See u…

Filed Under: Kuantan, Photography Tagged With: 2018, Jurufoto Kuantan, Kuantan Photographer, Sesi Teh Tarik, sesi tek tarik, table talk, teh tarik, Teh Tarik Session

Diet snack untuk abang-abang kacak

August 7, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Biasa kalau time diet ni, aku mmg akan kurangkan carbs sebanyak mungkin.

Gula, nasi, roti, buah, kuih-muih semua aku taruk tepi la.

Air manis apa tah lagi. Memang pantang besar tu, memang korang akan jumpa aku usung STEVIA la hehehe.

Kalau korang biasa diet sure tahu ni style diet atkins kan. Tapi biasanya aku buat dalam weekdays lah, Monday to Friday je. Jumaat malam sabtu dah kelaut dah hahaha. Tp kesesuaian diet atkins ni yang menyebabkan aku copy jadikan lifestyle. Tidaklah terlalu strict kan?

So, berbalik tentang snack tadi.

Dasar org lelaki yang malas macam aku. Aku akan cari benda yang simple. Hahaha. So kekacang adalah pilihan aku. Sebelum2 ni aku minum air masak je tiap kali lapar. Ni baru nak belajar ambil light snack. 

Apa snack korang? Lapo weh.

Kenapa aku pilih kacang? Sebab kacang sumber protein yang bagus untuk sistem penghadaman. Ia juga membantu buat rasa kenyang. Sebab tu aku pilih kacang. Tapi masalah kacang ni pulak kos agak mahal kalau ko beli kat pasaraya atau 7e. Tau tak mana nak cari supplier?

Biasanya kacang pilihan aku adalah:

  • Almond
  • Cashews
  • Penuts 

Tapi tulah, kalau ko tengok list atas paling murah peanuts. Tapi tinggi kolestrol pulak! Hahaha.  Lepas tu biasanya 3 ni je ada di pasaraya kebanyakannya, padahal ada je jenis lain yang bagus2. 

So wahai abang-abang kacak sekalian, apa snack korang sebenarnya? Cuba la share sket!

Filed Under: Foods, Kesihatan Tagged With: almond, atkins, chashews, diet, diet snack, nuts, peanuts, snack, stevia, sugar

Cerita Tentang Stevia

August 6, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

GULA ADALAH MASALAH

Masalah utama rakyat Malaysia sebenarnya adalah gula. Especially processed sugar, gula putih. Dalam setiap pemakanan kita hari2 memang tak lepas dari gula. Lagi2 kalau makan kat luar. Aduyai memang confirm ada gula. Dari kecil sampai ke besar kita dah biasa dengan gula.

Aku dulu pun tak ambil port sangat pasal gula ni, sehinggalah aku start diet selepas berhenti merokok  dalam 5 tahun lepas. Masa tu memang gigihlah jaga makan minum dan bersenam pagi petang, rasa macam dah betul dah diet. Tapi berat tak turun-turun. 

Gigihlah google kat internet, baca kat forum dan artikel kesihatan online. Bagaimana nak turunkan berat badan sebenarnya. Cuba diet itu ini, experimen macam2 jenis diet. Sehinggalah betul2 faham apa dia kalori, protin, karbo dan sebagainya. Dulu belajar sebab nak ambil exam je. Tak tahu applikasinya dalam kehidupan. Sebenarnya diet ni mudah, cut your sugar totally you are done.

Memang betul. Aku tak ambil gula terus masa tu dan memang berat pun mula turun hari demi hari. Nampak jelas kesan gula kepada tubuh badan. Ko tgk gambo bawah ni, ni bukan edit tau.

Dah tu kenapa dengan stevia?

STEVIA

Takde ape, aku sekadar nak share tentang manfaat stevia ni. Bila ko dah start cut sugar ni. Sometimes lemau juga minum air masak sentiasa kan? Mulalah mencari cari alternatif kepada processed sugar. Masa tu jumpalah pasal STEVIA. Korang tau tak apa STEVIA? Alah boleh google sikit. Alhamdulillah sampai sekarang aku guna STEVIA ni.

Lately ni aku ada terbaca tentang banyak pulak isu gula alternatif ni. Ada pakar kata, jangan guna stevia, instead guna guna coconut sugar. So aku pn tak pasti kenapa dan base on kajian mana. Sebab doktor pakar yang aku kenal pulak rekemen pakai  STEVIA sebagai alternatif kepada gula.

PESAKIT KENCING MANIS & STEVIA

Pakar yang aku kenal ni pulak bukan nasihat pada aku, nasihat pada client aku. Pesakit kencing manis yang merupakan juga seorang kawan rapat aku. Beliau ada adalah living proof stevia user yang dah ada kencing manis, dan menggunakan stevia tanpa ada apa-apa side effect pun pada masalah kesihatan beliau. Setiap kali pergi mana2 ngetey dia boleh join, takde masalah apabila STEVIA disisi. Itulah mujarabnya stevia ciptaan Allah. 

Aku bukannya nak menjual STEVIA, tapi nak share dengan korang tentang pengalaman aku tentang STEVIA ni sahaja. Even aku sendiri, kadang bila diet nak air panas la, kopi ke, teh ke, STEVIA la jawapannya. Memang takde kesan pada diet aku. 

So apa pandangan korang? Pernah cuba STEVIA? atau pernah cuba COCONUT SUGAR? Meh kongsi sikit ngan aku feedback korang. Thanks!

 

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: coconut sugar, diabetic, gula alternatif, gula kabung, gula melaka, kencing manis, stevia

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Minuman Diet

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Kopi Vietnam di Kuantan Pickers

Kuih Keria Viral di Kuantan???

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •