• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

General

Laravel: Create Table

March 29, 2016 by ghazalitajuddin Leave a Comment

MIGRATION

Untuk create table dalam Laravel. Kita akan menggunakan Migration.

Migration adalah satu features dalam Laravel yang memudahkan developer track database scheme.

Laravel menggunakan migration untuk apa perubahan yang telah kita lakukan pada database kita.

Kelebihannya, anda dengan mudah boleh buat kemaskini atau revert balik perubahan dengan sekadar command ringkas.

Cth:

php artisan migrate:reset

CREATE NEW MIGRATION FILE

Create file migration dengan nama create_tickets_table (atau nama lain pun boleh).

php artisan make:migration create_tickets_table

File migration akan dhasilkan dan ditempatkan dalam direktori database/migrations.

File migration akan mempunyai timestamp diawal nama file seperti berikut

2015_06_15_150120_create_tickets_table.php


use Illuminate\Database\Schema\Blueprint;
use Illuminate\Database\Migrations\Migration;
class CreateTicketsTable extends Migration
{
/**
* Run the migrations.
*
* @return void
*/
public function up()
{
//
}
/**
* Reverse the migrations.
*
* @return void
*/
public function down()
{
//
}
}

Bila anda buka file berkenaan ada 2 method penting:

  • Method Up: Utk add table, column kepada database
  • Method Down: Untuk reverse apa up buat

CREATE MIGRATION dengan opsyen ‘–CREATE’

Dengan menambah ‘–create’ diakhir command create migration, Laravel secara otomatis akan generate code tickect table untuk anda.

Cuba delete file migration create ticket table yang terdahulu

2015_06_15_150120_create_tickets_table.php

Kemudian cuba run command berikut

php artisan make:migration create_tickets_table --create=tickets

public function up()
{
Schema::create('tickets', function (Blueprint $table) {
$table->increments('id');
$table->timestamps();
});
}

Jika anda lihat method Up mempunyai

$table->increments(‘id’);

merupakan id column dan merupakan primary key pada table berkenaan

$table->timestamps();

merupakan method special dalam Laravel yang menghasilkan kolum created_at dan update_at. Laravel menggunakan kolum ini untuk mengetahui perubahan table berkenaan.

refer disini untuk maklumat penuh migration http://laravel.com/docs/master/migrations

CREATE TABLE SEBENAR

Ubahsuai generated code berkenaan



public function up()
{
Schema::create('tickets', function (Blueprint $table) {
$table->increments('id');
$table->string('title', 255);
$table->text('content');
$table->string('slug')->nullable();
$table->tinyInteger('status')->default(1);
$table->integer('user_id');
$table->timestamps();
});
}

Selepas berpuas hati run command berkenaan untuk create table dan kolum

php artisan migrate

Sepatutnya sekarang table database telah dicipta. Boleh semah pada phpmyadmin.

Jika ada error semasa migrate, sila semak user permission dan juga config file database dan file .ENV.

Filed Under: General Tagged With: artisan, Framework, laravel, migration, MVC, PHP, table

Laravel Artisan

March 29, 2016 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Artisan adalah Laraavel’s CLI (Command Line Interface). Kita akan banyak menggunakan Atisan untuk membangunkan applikasi Laravel. Artisan boleh digunakan untuk create tables, masukkan data dan lain2.

Cth sebelum ini:

php artisan make:controller PagesController

Untuk melihat senarai command Artisan

php artisan list

Untuk rujukan

http://laravel.com/docs/master/artisan

Filed Under: General Tagged With: Framework, laravel, MVC, PHP

How to check Laravel Version On Microstoft Window

March 28, 2016 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Kepada pengguna XAMPP

Just masuk command prompt

Go to laravel directory

Execute command

php artisan --version

Filed Under: General Tagged With: Framework, laravel, MVC, PHP

Dah berhenti merokok? Jom bersukan!

February 28, 2015 by ghazalitajuddin Leave a Comment

IMG_2073.JPG

 

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Dengan izinnya dan rahmatNya, berpeluang juga nak update blog hari ni.

Dari sehari ke sehari teringat nak update blog tapi tak berkesempatan. Hari ni tersadai hantar kereta servis. Dengan izinNya berpeluang akhirnya nak update!

Status berhenti merokok.

Ok, aku ada nak update sikit tentang tahap kesihatan aku sekarang selepas berhenti merokok since 16 Mac 2012.

Alhamdulillah setakat ni, semua masalah sakit dada, susah nak bernafas atau panic attack tu dah takde. Kalau ada pun sangat jarang. Malah sekarang aku dah boleh buat macam2 aktiviti kardio. Even currently plan to join my first mini marathon just for fun.

Jom kardio!!!

So, baru ni aku terjumpa something yang aku rasa bagus share dengan mereka2 yang menghadapi masalah panic attack akibat berhenti merokok. Siapa2 yang berhenti ok je, tak payah ambil tahu pun tak apa. Hahaha.

Personally aku mengambil masa agak lama juga nak baik. Hanya Allah je tau macam mana nak harung first year dengan perasaan down, perasan sakit macam2 yang orang lain tak paham pun. Tapi alhamdulillah, Allah maha penyayang sentiasa mendengar dan memberi ilham kepada kita kepada perubahan. Untuk yang menghadapi masalah pernafasan, rasa sempit dada, rasa sukar bernafas, aku memang cadangkan korang mula bersukan. Mulakan aktiviti kardio. Siapa pandai swimming silalah swimming, macam aku ni jogging ajelah. Mula2 memang ko akan rasa macam nak mati, just abaikan perasaan tu. Kalau ko mak segera pulih, paksa diri buat sekerap mungkin. Paling kurang 3 kali seminggu.

Korang tgk graf yang aku print screen endomondo aku ni. Ni adalah rekod performance aku passed 3 years.

Daripada data di atas:

  • 2012 – 55.55km – Sangat kurang aktiviti bersukan. Masa ni berat aku sekitar 94 – 95 kg weh. Dah la besar kurang exercise lak tu. So pada tahun ni lah aku stop merokok. Sekitar bulan mac (16 Mac 2012). Masa ni mental masih down lagi sebab panic attack@ anxiety. Especially masa awal2 berhenti, bila main futsal tak sampai 5 minit dan rasa sesak nafas, terus keluar tak masuk court balik. Memang total lost mental masa tu. So masa ni makan memang bedal aje. Malas nak pikir.
  • 2013 – 32.71km – Masih sangat kurang, malah makin kurang bersukan. Semua gara-gara panic attack. Mental down terus nak bersukan beria. Walau setahun masa  berlalu berhenti merokok, tetapi kesan panic attack tu tak hilang2. Memang rasa macam menunggu hari je. Start berubah bila tiba hujung tahun masa musim tengkujuh. Tiba2 mari datang sakit kepala teruk, cek2 doktor cakap ada simptom darah tinggi. Hahaha.
  • 2014 – 357.63km – Kenaikan xtvt bersukan super drastik yang berpunca kenaikan berat badan dan simptom darah tinggi. Dengar je doktor kata suspek darah tinggi terus trigger semangat aku nak cuba kembali cergas ASAP! Ketor kepala hahaha! Manusia macam ni kan… Dah sakit baru nak bertindak!
  • 2015 – 39.83km InsyaAllah konsisten sampai hari ini. Alhamdulillah semakin hari semakin LUARBIASA bagus! 

Mostly just jogging dan tracking naik bukit biasa2 sahaja. 

Hasilnya, alhamdulillah improvement kesihatan yang banyak. Dah takde panic attack and im losing weight too! Bang, 94kg to 78kg!

Atas koranglah nak cuba buat atau tidak. Aku tak janji berkesan, tetapi dengan izin Allah boleh. Jangan terlalu bergantung kepada ubat dan suppliment semata2. 

BTW Sekiranya korang baru berhenti dan mengalami masalah yang sama. Jom join group whatsap kitorang bekas2 perokok yang mengalami masalah sama. Whatsap aku @0169212092. Ok!

IMG_1733.JPG
Jom bersukan!!!

Filed Under: General Tagged With: bagaimana berhenti merokok, bebas rokok, Berhenti rokok, masalah kesihatan, Panduan berhenti merokok, perokok, perokok tegar, rokok haram, tips berhenti rokok, tips kesihatan, tips selepas berhenti merokok

Berhenti Merokok, Suatu Perjalanan

May 10, 2014 by ghazalitajuddin 3 Comments

Salam,

Hari ni aku nak update tentang perjalanan aku berhenti merokok setakat ni. Ini entry setelah 2 tahun lebih berhenti merokok.

Yes, progress! Macammana progress??? Sure korang nak tau update latest daripada artikel terdahulu Personal Tips Berhenti Merokok, Personal Tips Berhenti Merokok #2 dan Tolonglah Berhenti Merokok Sekarang! Sapa tak baca lagi, wajar baca. Ini fakta beb, rekod peribadi, bukan auta, bukan reka2, bukan Doktor yang tak hisap rokok punya cakap. Ini aku yang cakap. Aku yang pernah hisap rokok 16 tahun, yang dah berhenti baru 2 tahun (InsyaAllah selamanya!). Jom jangan buang masa!

KESIHATAN

Alhamdulillah, setakat ini makin baik. Aku bersyukur sangat2, masa mula2 dulu kan aku pernah share ngan korang aku kena withdrawal simptom. Rasa panic, takut, nak mati, cemas dan sebagainya. Rasa dada sempit dan lain2 la. Masalahnya gi jumpa doktor doktor cakap sihat. Now semua tu dah kurang, macam dah takde. Alhamdulillah. Dulu masa kena panic attack tu, main futsal 5 minit je. Sekarang amek ko, 2 jam terus boleh main tgh court. Macammana aku buat. Last nanti aku share!

BERAT BADAN TURUN

Lepas berhenti memang berat badan aku naik sikit. Cecahla 94kg dengan tinggi 170. BMI aku suppose around 72kg. Dekat 20kg doh. Tapi syukur pada ALLAH, dalam banyak2 nasihat doktor cakap itu ini pasal kesan simptom berhenti tu, aku initiate untuk jaga kesihatan, g jogging, jaga makan and tidur. Akhirnya dengan tips dari rakan, secara tak sengaja berjaya menurunkan berat badan ke 78kg sekarang. Memang luar jangka. Tipsnya adalah diet karbo, dimana elakkan makan karbo. Ada orang panggil DIET PROTEIN, tapi aku panggil DIET KARBO sebab, memang semata2 tolak karbohodrat sahaja. Selain tu boleh bedal hehehe. Nama saintifiknua DIET ATKINS. Korang boleh join group fb KELAB DIET ATKINS MALAYSIA. Memang terbaekla untuk mereka yang tekad nak kurus!

NETWORKING

Untuk pengetahuan korang, ramai sebenarnya yang kena withdrawal simptom. Semua hampir sama. Aku malas nak describe kat sini. Nanti panjang berjela.  Tapi komuniti RETIREDSMOKERS ni dah membesar. Dari semenanjung ke sabah dan brunei. Semua trough wassap. So sapa2 menghadapi masalah boleh hubungi aku. Korang sebenarnya perlukan support sahaja.

TIPS

Kepada yang sedang berusaha, teruskan berusaha. ROKOK ITU HARAM. Niat kerana Allah s.w.t, insyaAllah Allah buka jalan. Niat kerana Allah sangat kuat impaknya daripada niat kerana manusia.

Kepada yang dah quit dan sedang menghadapi masalah withdrawal simptom. Nasihat aku:

  1. Banyakkan minum air masak
  2. Banyakkan riadah, kalau boleh aktiviti kardio seperti jogging bagi mempercepatkan proses pemulihan.
  3. Kurangkan berat badan
  4. Jaga waktu makan, mostly yang berhenti merokok ni kena serangan angin dikenali sebagai GERD. Itu yang kita rasa sempit dada etc.
  5. Jaga waktu tidur. Tidur biar cukup bos.
  6. Elakkan stress, banyakkan aktiviti luar, jumpa orang, elakkan fikir sangat tentang sakit tu.
  7. Come join RetiredSmokers Wassap Group. Wassap aku kat 0169212092. Memang kitorang mengalu2kan rakan2 baru.

Semoga berjaya!

 

Filed Under: General Tagged With: panic attack, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, tips berhenti merokok, tips berhenti merokok terpantas

Streamyx owh streamyx…

November 22, 2013 by ghazalitajuddin Leave a Comment

  • Aku adalah pengguna tegar internet. Maka Streamyx dirumah adalah wajib bagi aku. Takde internet, maka takda life hahaha. Betapa aku adalah salah satu contoh hamba teknologi. Aku akui kebenarannya.
  • Dengan adanya teknologi, seperti media sosial twitter dan facebook, aktiviti kunjung mengunjung makin lama makin luput. Ziarah menziarahi makin ditinggalkan. Tak payah cakap orang lain. Sendiri rasaaaa…
  • Maka apa kes dengan Streamyx? Dulu aku memang ada akaun Streamyx, tetapi aku dah terminate. Sekarang aku menggunakan streamyx juga tetapi atas nama ahli keluarga lain. Kebetulan boleh dapat diskaun pelajar. Guna ajalah kan…
  • So nak jadi cerita, last time aku setel bill dan terminate akaun aku adalah Jan 2011. Banyak kali aku tanya tentang akaun aku untuk pastikan semua clear  sebab tak mau ada masalah kemudian hari.Bill aku rekod paling tinggi masa tu RM1k++. Huhuhu. Aku pun terkejut jugak camne boleh lepas setinggi tu. Setahu aku sekarang ni pun kalau 1 bulan lebih je lewat dia dah block. Tapi tak kisahla kan. Sebab masa tu aku memang pakai pon, so aku pun setel semua selamat. Alhamdulillah.
  • Sekarang Dis 2013, ko bayangkan lah. Semalam aku dapat call. “Salam En. Ghazali, saya daripada telekom malaysia nak maklumkan berkaitan bill streamyx encik tertunggak RM1,900++. Encik dikehendaki membuat pembayaran segera.” Demmm! Nak luruh jantung jap. Ni bill mana la pulak. Kot ya pon nak duit, ini bukan caranya. Semua akaun aku dah terminate, mana datang akaun lagi ni? Aku tanya dia bill ni atas alamat rumah mana? Dia cakap atas rumah aku duduk sekarang. Lagi gila! Sebab rumah aku takde line streamyx atas nama aku pun. Aku bayarkan bill sekarang pun atas nama rang lain. Aku tanya punya tanya, dia cakap takpelah kalau tak nak buat pembayaran sekarang atau rasa kena scam, dia suruh aku pergi sendiri cek dengan Streamyx.
  • Nak jadi cerita, actually ini kali ke2 aku dapat panggilan. Last month, lelaki menggunakan talian 013xxxxxxxx. Pun sama tapi aku bolayan lah. Sebab apa hal Streamyx call aku guna 013, pelik jugak. Tapi semalam sebab nombor naik 03. So aku p jugak la TM POINT kuantan wat semakan. Nasib baik, aku ada simpan bill 2011 tu. (Dulu bengang punya pasal bayar bill 1k++ siap tampal resit kat dinding hahaha… ). Alhamdulillah ler, memang atas nama aku dulu ada 4 akaun, tapi semua dah clear 2011. Alhamdulillah. Maka siapakah yang call semalam? Ko bayangkan KALAU la dia ni scam. Then kalaula aku ni lurus bendul. Dia suh bayar or bank in duit ke akaun tertentu untuk setel bil tak ke nayaaaaaaaaaa? Fuhhh giler tol.
  • So sistem Streamyx or Telekom melantik syarikat kredit kutip hutang ni bagus bagi pihak dia lah. Tapi ada lobang yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan pelanggan diorang sendiri. Jika tak hati-hati actually sedikit banyak merosakkan bisnes diorang.
  • Just pesanan kepada u ols. Berhati-hati jika ada orang suh buat bayaran ka apa ka. Buat semakan dulu jangan tergesa-gesa dan ambil mudah. Kita ada undang-undang. Bukan semudah itu undang-undang nak jatuh hukuman.
  • Till Then, take care!

 

Filed Under: General, Lifestyle, Technology

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 12
  • Page 13
  • Page 14
  • Page 15
  • Page 16
  • Interim pages omitted …
  • Page 28
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Diet snack untuk abang-abang kacak

Minuman Diet

Lunch di Nasi Kukus Alom

Berpagian di Restoran Astana Cafe

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •