Skip to content

Tolonglah Berhenti Merokok Sekarang!

Assalamualaikum w.t.h & Salam Sejahtera!

Korang ape kabo wei? Harap2nya sihat2 belaka lah.

Mesti korang akan terkejut ape hal tajuk post pasal rokok lagi. Takde modal dah ke? Hahahha. Aku pun ingat cerita aku ni dah abis, tapi rupanya belum lagi. Masih ada cerita yang perlu disampaikan. So hari ni aku nak share dengan korang latest update tentang Berhenti Merokok.

Bro, baru-baru ini tiba2 rasa pendek nafas tu datang balik. Rasa tu actually macam paru2 ko tu cam ketat dan berat gitu lah. So aku nak membayangkan camne tu, lebih kurang semput lah. Ko kena tarik nafas pelan2 dan dalam2 baru ko puas.

So nak jadi citer, Jumaat, 2 Nov 2012 aku busy dengan persiapan workshop Basic Stock Photography. Pagi tu aku ada wat exercise macam hari2 biasa yang dah aku wat selama 2 bulan ni. Yep every day weekdays, aku p jog dalam sejam. Nak turunkan berat badan sikit lah kononnya. Actually takde masalah apa pun so mungkin hari berkenaan aku penat sikit.

So lepas jog pada pagi tu, aku takde lah wat kerja2 berat sangat just ada sibuk sikit menguruskan bengkel untuk esoknya. Cuma pada petang tu ketika drive, tiba2 aku rasa cam nafas aku agak sedikit luar biasa pendek dan laju, rasa cam semput2 dengan heart beat tiba2 jadi laju lebih daripada biasa. Masa tu aku rasa kaki dan tangan aku jadi sedikit kebas, dan aku rasa cam nak blackout lah.

Alhamdulillah, walaupun kuantan jem jugak la masa tu, aku terpaksa lalu 2 traffic light yang agak panjang. I just make it bro, memang cuak + semput terus drive ke Kuantan Medical Centre. Aku dari simpang empat tanjung lumpur.  Itu je yang terdekat, tak terpikir dah nak gi GH ka apa ka. Siyes rasa cam nak putus nyawa memang tak sempat pikir apa dah.

Aku sampai2 terus diberi neb, alah benda cam org kena asma pakai tu untuk melegakan nafas aku. Tp aku sampai kat hospital tu pun dah lega sikit lah, masa drive sebelum tu aku tak tau nak buat apa dah. Is it end of me? Memang terbayang wajah anak isteri ajer masa tu ditambah pulak amalan2 yang tak seberapa…

Nurse tu dah start tanya macam2 masa diorg bagi aku pakai neb tu. First sekali dah tentu adakah aku pesakit asma? Sudah tentu tidak. Aku terus bagi tau aku baru berhenti merokok pada mac 2012.

So on the spot diorng amek darah, check blood pressure, check jantung dan juga x-ray. Dalam kepala aku macam2 benda dah terfikir ni, adakah jantung? Darah tinggi ka? diebetes ka? hadoi memang saspen betul.

So, lepas 2 jam, terus aku dapat result yang everything clear! Doktor yang bertugas nyatakan bahawa semua ok, cuma blood pressure tinggi sikit tapi normal. Diorang cakap mungkin aku mengalami anxiety atau panic attack. So perasaan aku pun agak kompius. Diorang ada tanya aku sama ada nak warded atau tidak, so diorang leh monitor dan on monday leh jumpa pakar. Aku cakap takpelah, aku ada kerja esoknya nanti aku gi sendirilah.

Jadi, aku p jumpa pakar on wednesday. Apa lagi beb wat Stress Test la huhuhu. Hurmmm hasilnya alhamdulillah doktor pakar cakap, physically semua sihat. Cuma mungkin disebabkan dulu merokok, ada kahak yang menyebabkan stress pada lung. Gitu la lebey kurang. So kesannya macam asma lah. Hadei memang jeng bak ah. Tapi at least lega lah sikit takdelah berfikir bukan2…

So selepas 8 bulan berhenti, rupanya tak semudah itu kesan merokok boleh hilang. Walau pun dalam 2 bulan ni, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat setiap pagi aku joging untuk bagi support pada kesihatan yang lebih baik. Belum tentu lagi nampaknya.

Paling azab adalah ketika nak tido malam2, huhuhuhu. Sejam yang pertama, mungkin sejam yang pertama ko terpaksa azab bernafas yang tidak selesa. Subhanallah. Aku harap pulih atau sekurang2nya aku dapat biasakan, aku doa2 sangat ia tidak melarat. Nauzubillah.

Apa pun thanks pada doktor pakar, yang terus sokong aku untuk berhenti. Sebab ada ramai yang menyatakan agar aku hisap rokok balik.

No Way Man!

Mungkin ada sebab Allah panjangkan umur aku waktu ini. Bukan suka2 aku nak share ngan korang pengalaman aku ni. Just aku rasa korang perlukan pengalaman aku ni. Mohon maaf kepada sapa2 yang ada terasa ati pada diri aku ni walaupun korang tak pernah jumpa ok. Mana la tau, sekali lagi strike, aku tak sempat jumpa korang. Terima kasih ok!

So geng! Tolonglah berusaha untuk berhenti ketika anda masih sempat! Gud luck! Aku doakan korang terus berusaha dan berjaya dengan kesihatan yang lebih baik daripada aku.

Amin.

Kaya lah macammana sekalipun, jika kesihatan takde tiada gunanya! Kalau korang jenis layan bersukan and ada guna Endomondo.com, add aku mr.ghazali@gmail.com! ok!

Published inGeneral

5 Comments

  1. wann_91 wann_91

    baru 2 bulan berenti mcm2 rasa

  2. […] updates than previous article Personal Tips to Quit Smoking , Stop Smoking Personal Tip # 2  and Help Stop Smoking Now!  Sapa never read again, fair read. This fact beb, peribadi record, not auta, not reka2, not Doctor […]

  3. Farok karim Farok karim

    Thank bro..memang sengsara na berhenti rokok..apa lgi bab dada sempit tu..pher..tpi bila sa baca2 pasal cerita ini..alhamdulila..nafas sa tenang balik..jdi seblum tidur biasa nya sa baca la nasihat2”kesan2 witdawal ini..tu ja cara dia sa buang semua kesan ini,dan skrang sa da stop rokok 6 bulan..tpi still pandai semput..na isap balik rasanya da fed up la,bila ingat balik kesan2 tu rasa takut balik..apa2 pun thanks bro byk2 naik kan semangat sa utk stop smoking..thorbaik bro..

  4. Rocky09 Rocky09

    Thank bro..memang sengsara na berhenti rokok..apa lgi bab dada sempit tu..pher..tpi bila sa baca2 pasal cerita ini..alhamdulila..nafas sa tenang balik..jdi seblum tidur biasa nya sa baca la nasihat2”kesan2 witdawal ini..tu ja cara dia sa buang semua kesan ini,dan skrang sa da stop rokok 6 bulan..tpi still pandai semput..na isap balik rasanya da fed up la,bila ingat balik kesan2 tu rasa takut balik..apa2 pun thanks bro byk2 naik kan semangat sa utk stop smoking..thorbaik bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

{"value":"\n