• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

General

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

July 16, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town
Nasi Ayam Papa ~ Best Hainan Chicken Rice In Town

Jikalau korang tiba-tiba datang mengidam nak makan nasi ayam di Kuantan, silalah jemput datang ke nasiayampapa di Bandar Indera Mahkota Kuantan.

Ia terletak berhampiran Burger King dan Restoran Vanggey, sebaris dengan pejabat SSM yang baru.

Pertama kali aku datang sini, selepas beberapa kali terbaca posting rakan-rakan facebook yang telah pun sampai kemari.

Tempatnya terbuka, namun selesa walau pun dalam keadaan cuaca panas terik. Parking kenderaan juga tiada masalah. Kebersihan kedai memang tip-top, cuma bila korang datang berjemaah mungkin akan menghadapi masalah sikit nak kena susun meja.

Menu utama disini sudah tentulah nasi ayam hainan. Pada pandangan aku sekeluarga memang sedap, boleh kata sebaris dengan Chicken Rice Shop. Sepanjang berada kat situ pun, memang orang tak putus keluar masuk. Servis bagus, harga juga berpatutan. Confirm boleh repeat lagi.

So kalau korang mencari lokasi untuk lunch boleh lah datang sini cuba.

P/s: Tiba-tiba aku teringat Nasi Ayam Aida’s. Feymes juga tu di Kuantan. InsyaAllah ada kesempatan next time pulak lahhh…

Klik Info Lanjut Nasi Ayam Papa

Filed Under: Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places Tagged With: aidas, Burger King Indera Mahkota, dinner, hainan, indera mahkota, jjcm, jjcm kuantan, lunch, nasi ayam, nasiayampapa, pahang tourism, restoran vangger indera mahkota, revisit pahang 2018, visit pahang

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.

July 14, 2019 by ghazalitajuddin 2 Comments

Signitures Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman

Semalam aku bawa keluarga pergi breakfast di Restoran Zaman Kuantan.

Bagi orang kuantan, tidak perlu diperkenalkan lagi restoran ini yang sangat terkenal dengan nasi lemak kukusnya. Aku rasa dah lebih 30 tahun ia beroperasi dan menjadi salah satu destinasi wajib dikunjungi di Kuantan.

Restoran ini mula beroperasi seawal 7 pagi sehingga 12 tengahari. Kedudukannya di tepi jalan besar Kuantan-Gambang, berhampiran kem TUDM dan airport Kuantan. Kalau boleh datang awal pagi bagi mengelakkan kesesakan. Kalau datang masa peak hours dalam jam 9 pagi hari minggu pun boleh bersesak, apatah lagi musim cuti sekolah.

Keadaan biasa waiting que di dapur. Kalau time luarbiasa? Lagi panjang jawabnya hahaha

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman

Teh tarik dia pun boleh layan…

Selain nasi lemak kukus, ada juga menu lain seperti roti canai, mee goreng, nasi dagang, mee rebus dan laksam. Waiting que untuk roti canai pun kadang kala boleh tahan juga panjangnya.

Roti canai antara pilihan lain disini

Agak lengang waktu kami datang, tapi berbaris juga

Sampai hirup kuah dal tu… memang kuah pekat likat selera kanak-kanak

Cuma kalau korang cari kuih-muih kat sini tak ada pilihan sangat lah. Ada vendor lain open table kat depan, tapi tak berapa banyak.

So memang aku recommend sangat singgah Restoran Zaman ni kalau rasa nak makan nasi lemak. Kalau korang nak ke Air Terjun Pandan pun lalu sini juga kalau dari bandar Kuantan boleh lah singgah beli sarapan.

So till then, bye!

P/s: Maaf kurang gambar lokasi, lupa. Lain kali aku update pulak ok.

Filed Under: Foods, General, Jalan-jalan Cari Makan, Places Tagged With: airport, breakfast, jalan gambang, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jjcm, jjcm kuantan, kem, Kuantan, kukus, nasi lemak, nasi lemak kukus, pagi, Pahang, Pahangtourism, restoran zaman, revisit pahang 2018, tudm, visit pahang

Renew roadtax pantas

July 12, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Salam.

Aku baru sudah renew roadtax kenderaan customer aku ni. Macam biasa aku akan pergi lewat petang, alang-alang nak keluar office boleh balik terus. Sekarang ni cuaca di Kuantan selalu panas terik. Kalau keluar office tu kecik-kecik mata nak keluar. Musim panas panjang lain macam, mujur sesekali hujan dalam sebulan. Itu pun hujan sekejap-sekejap. Bolehlah. Alhamdulillah.

Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat. Kebiasaannya memang ramailah orang nak berurusan di pejabat kerajaan. Jadi aku gamble ajelah pergi renew petang ini walaupun aku dah agak memang ramai orang.

Lokasi JPJ

Kalau time macam ni, salah satu cara nak renew roadtax dengan pantas adalah pergi renew di JPJ UTC Kuantan, jangan renew di Bangunan JPJ Indera Mahkota. Walaupun utc ramai orang, tetapi proses kerja renew agak pantas compare dengan pejabat jpj. Ini kerana di UTC fokus kepada renew roadtax dan juga perkhidmatan biasa yang lain, yang tidak memerlukan masa yang lama. Di pejabat JPJ mereka akan layan segala jenis urusan, mungkin itu antara puncanya.

Gunakan Mesin Renew Roadtax

Cara lain adalah gunakan mesin renew roadtax layan diri. Gambar kertas angka giliran tu adalah gambar sebenar masa aku pergi JPJ Indera Mahkota. Punya ramai que. Hampir 60 orang depan aku. Tapi aku tak guna pun sebab aku tengok mesin renew roadtax tu ada 3 orang je. Jadi aku terus potong que dan renew guna mesin.

Cuma mesin renew roadtax tu boleh renew kenderaan peribadi sahaja. Untuk motor dan kenderaan syarikat masih kena buat di kaunter ya.

Aku bukan apa, memang aku selalu perhatikan baik di Pejabat JPJ atau UTC, selalu orang que panjang, sedangkan di mesin renew roadtax tu takde orang. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada untuk renew roadtax @ cukai jalan dengan pantas.

Bye!

Filed Under: General, Kuantan, Lifestyle Tagged With: jabatan pengangkutan jalan, jpj, Kuantan, mesin renew roadtax, myeg, pantas, renew insuran motor, renew roadtax, renew takaful motor, roadtax

Pertama kali guna servis Bateriku.com

July 9, 2019 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Alhamdulillah.

Pagi semalam sedang elok aku nak keluar kerja tiba-tiba kereta breakdown lah pulak. Padahal sebelum tu aku pergi subuh di surau, elok ada boleh start.

Check battery macam ok. Tapi bila cuba start bunyi “Tik! Tik! Tik!”

Fikir punya fikir, teringat tentang perkhidmatan Bateriku.com.

Hah apa lagi, aku terus google tentang Bateriku.com. Nak tanya dulu macam mana servis mereka ni. Mana lah tahu mahal sangat ke. Sebab aku pun tak sure apa masalah kereta aku ni sebenarnya. Kalau memang masalah bateri oklah boleh mintak mereka tukarkan.

Jadi aku pun google juga lah Customer Service Bateriku.com. Rupanya mereka juga guna WhatsApps untuk memudahkan pelanggan. So aku pun cuba WhatsApp mereka. Dalam masa 10 minit mereka reply then diorang redirect ke branch di kuantan. Sebelum tu hq call dulu mereka bagitahu jika memang bateri problem, kos bateri adalah RM308. Kalau bukan masalah bateri, tiada servis charge dikenakan pulak tu. Pada aku kira murah lah tu, aku tak payah buat apa-apa kesana kemari nak check dan cari bateri. Selepas confirmation satu sms report masuk termasuk maklumat quotation. Dalam masa 15 minit support kuantan call. Cepat juga servis diorang ni. 

Pendek cerita memang aku puas hati lah, support Bateriku.com yang datang juga ramah. Mereka datang check bateri dulu, then dah confirm rosak then baru mereka ganti. Kemudian mereka juga check alternator dan lain-lain yang berkaitan. Memang terbaik. 

So aku memang rekemenlah pada korang semua untuk cuba guna servis Bateriku.com nanti. InsyaAllah puas hati weh.

boleh lawati https://www.bateriku.com

[ngg src=”galleries” ids=”8″ display=”basic_thumbnail”]

Filed Under: General Tagged With: amaron, bateriku, bateriku.com, century, enjin tak boleh start, kereta tak boleh start, masalah bateri

Promosi 2019 Udemy.com Hanya RM40.00++

January 2, 2019 by ghazalitajuddin 1 Comment

Biasanya kalau kita nak belajar sesuatu di internet, search engine seperti Google boleh bantu kita mencari tutorial. Sekarang ini kita boleh guna Google Youtube pula untuk mencari video tutorial atau apa sahaja video yang kita mahu.

Bagi aku pulak, selain daripada rangkaian Google, aku juga guna perkhidmatan Udemy.com. Aku rasa ramai dah kenal Udemy.com ni. Udemy.com ni adalah sebuah website yang menawarkan pelbagai kursus secara atas talian (online) dengan harga yang murah dan berpatutan. Korang juga boleh download kursus yang korang beli itu ke handphone atau laptop korang jika perlu. 

Kelebihan kursus di Udemy.my pada aku:

  1. Promosi
    • Udemy kerap buat promosi. Terlalu kerap. Jangan beli dengan harga yang asal. Tunggu harga promosi.
  2. Kursus percuma
    • Haaa ada juga kursus percuma! Biasanya ada trainer yang baru akan buat kursus percuma bagi memperkenalkan perkhidmatan mereka dalam Udemy. Jadi tak rugi pun daftar di Udemy! Daftar pun percuma!
  3. Lifetime
    • Semua kursus yang dibeli adalah lifetime subscription. So bayar sekali sahaja, tengok sampai bila-bila.
  4. Accessible
    • Course online, boleh buka bila-bila masa dan dimana jua. Nak download pun boleh.
  5. Trainer
    • Ramai trainer bagus-bagus dalam Udemy ni. Mereka semua daripada pelbagai latarbelakang. Jadi cara mereka approach berbeza-beza. So kita boleh tengok dulu sample presentation mereka sebelum membeli.
  6. Content
    • Korang boleh mencari content yang spesifik mengikut keperluan. Setiap kursus trainer akan pecahkan dalam masa 5-10 minit mengikut topik. Jadi anda boleh view dari awal atau jump terus ke topik yang anda mahu.
  7. dan banyak lagi sebab nak subscribe…

PROMOSI 2019

So sebenarnya aku nak bgtau ni. Sempena tahun baru 2019, Udemy ada buat promosi harga besar-besaran. So boleh sign up dulu buka akaun secara percuma di Udemy dan lihat-lihat kursus apa yang korang perlukan. Klik image link dibawah atau key in maklumat berikut:

Start Date: 12/31/18
End Date: 01/10/19
Promo Code: AFFUDENY19

Filed Under: General, Technology Tagged With: 2019, belajar online, kursus atas talian, online course, promosi 2019, promosi harga, udemy

Larangan Merokok di Premis Makanan bermula 1 January 2019

December 29, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

https://youtu.be/-MnRbcjI9L0

Terbaik Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mengambil langkah awal menyebarkan pengumuman tentang kawasan larangan merokok kepada awam. Aku rasa ramai lagi tak tahu atau yang terlupa tentang ni. Nak masuk tahun baru 2019, banyak lagi hal lain nak fikir! Kan? 

Ok video diatas memaklumkan bermula 1 Januari 2019, semua kawasan premis makanan adalah kawasan larangan merokok. Antaranya adalah Restoran, Rumah Kedai, Kedai Kopi, Kedai Makan, Food Truck dan Gerai-gerai Makan Terbuka. Jaraknya adalah 3 meter daripada kawasan bangunan dan 3 meter daripada kerusi meja yang diletakkan diluar bagunan. 

Denda RM10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun untuk individu yang didapati melakukan kesalahan. Banyak tu! Paling sedih untuk pemilik premis la tak pasal2 boleh kena denda RM3,000 atau penjara 6 bulan! Memang confirm sape merokok kawasan premis tuan tokey kedai la p report dulu!

Nasib baikla aku dah quit merokok 6 tahun lepas. Dulu masa merokok takde la rasa mengganggu orang. Tapi dah berhenti mmg insaf la. Memang sangat mengganggu orang lain. Semoga perokok semua bertabahlah, aku doakan korang pun berjaya stop merokok one day! 

Jangan lupa weh! Denda mahal tu!

Filed Under: General, Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bebas rokok, berhenti merokok, individu penjara 2 tahun, individu RM10000, kawasan larangan merokok, kementerian kesihatan malaysia, kkm, pemilik premis penjara 6 bulan, pemilik premis RM6000, premis makanan, retired smokers, zon bebas rokok

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Interim pages omitted …
  • Page 28
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.

Lunch di Nasi Kukus Alom

Berpagian di Restoran Astana Cafe

Kopi Acah-acah Diet

Aneka Kuih Tradisional

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •