• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Kuantan

WordPress Gutenberg, RESTful API & Custom Post Types

September 24, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

WordPress akan berubah.

Sebenarnya WordPress sentiasa berubah. Sentiasa ada patches update. Hehehe. Tapi kali ni perubahan lebih besar.

WordPress Gutenberg

Aku ada perasan dalam 2,3 bulan lepas ada keluar notice pada dashboard berkaitan plugin Gutenberg. Tapi baru 2,3 hari lepas baru ada masa nak godek-godek apa dia WordPress Gutenberg ni. Nampak macam wordpress dah ada new content editor menggantikan yang lama. Menarik juga kalau dah tak perlu nak sign up Divi atau Elementor. Tak perlu susah-susah reload, semua terus edit on the spot. 

https://wordpress.org/gutenberg/
https://wordpress.org/gutenberg/
https://wordpress.org/gutenberg/
https://wordpress.org/gutenberg/

Menariknya selepas google sana-sini, rupa-rupanya bukan takat content editor sahaja. Bukan setakat plugin Guternberg, malah lebih besar dari itu. Banyak dah debate sana-sini berkaitan innovasi oleh WordPress. Kita tunggu jela nanti WordPress 5.0 macam mana.

Untuk maklumat lanjut visit https://wordpress.org/gutenberg/ .

WordPress API

Aku sebenarnya tertarik dengan perkembangan WordPress API. Sebelum ni pernah buat API sendiri dengan laravel dan guna vue atau angular as front end. Disebabkan API ni, WordPress boleh  diapplikasi lebih jauh daripada yang fungsinya sekarang contohnya ia boleh jadi backend untuk mobile apps. So kalau korang buat website guna WordPress, insyaAllah boleh terus buat mobile apps. Kalau kita lihat dengan adanya Gutenberg ni memang jelas WordPress dah kearah Single Page Application jugak seperti applikasi yang berasaskan restful API yang lain. Kalau compare dengan Wix, memang wordpress ketinggalan.  Sebab  itu WordPress.com yang baru dah ada admin dashboard baru yang bernama Calypso. Boleh lihat sini https://developer.wordpress.com/calypso/. Serious ohsemmmmmmm!

Ada gaya teknologi react? Yerp WordPress pilih React.

https://developer.wordpress.com/calypso/
https://developer.wordpress.com/calypso/

 

Custom Post Types

Ini pun satu part lain yang aku tak kesempatan nak explore lagi. Dah lama wujud, tapi belum betul-betul dapat utilize lagi. Sebab setakat ni kebanyakan customer sekadar guna fungsi asas WordPress dah mencukupi. Tetapi dengan adanya Custom Post Types kita boleh extend wordpress bukan sekadar posts dan pages, kita boleh tambah products, locations dan pelbagai lagi jenis post types. 

Aku ada nampak beberapa plugin yang bagus untuk digunakan. Tapi tak pernah cuba lagi. Then, aku pulak lebih suka code sendiri so mudah nak custom ikut kehendak dan keperluan customer. 

Akhiran

Kesimpulannya, kepada pengguna wordpress dah kena mula bersedia untuk alert dan absorb perubahan baru WordPress. Mungkin kena belajar perkara baru juga. Kepada yang dah biasa dengan Rest API, SPA  aku rasa tak terasa sangat la. Apa pun diharapkan WordPress tak berpecah macam Joomla & Mambo. WordPress kekal yang satuuu! Bye

 

 

 

 

Filed Under: Kuantan, Technology Tagged With: calypso, custom post types, Gutenberg, single page application, wordpress, Wordpress API

Cendol Terbaik Di Kuantan

September 21, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Ok kali ni aku nak share port cendol terbaik pilihan anak tekak aku. Hahaha. Sudah tentu bukan aku sorang la, sekeluarga. Ada few tempat lain ok di Kuantan ni, nanti ada peluang aku buat la entry untuk port lain pulak ya. 

So kedai cendol ini terletak di simpang masuk ke Jalan Air Puteh daripada Jalan Beserah. Betul-betul depan Pasaraya Nirwana. Nantilah aku dapatkan coordinate, asyik lupalah.

Kenapa sini terbaik? Sebab tak kedekut, dia boh cendol penuh, santan penuh, gula penuh, memang sesuai untuk org yang tak ada masalah kencing manis. Sesekali boleh bang, selalu jangan cari pasal hahaha. 

Korang boleh pilih nak minum situ, atau nak tapaw balik. Dalam cup atau bungkus plastik. Tapi kalau nak minum situ hati kena banyak sabar. Sebab ramai sangat org. Nasib tak baik memang lama menunggu. Memang kebiasaannya begitu. Cina, India, Melayu semua ada. 

Jenis cendol yang ada…

  • Cendol
  • Cendol Campur
  • Cendol Kacang
  • Cendol Jagung
  • Cendol Pulut
  • Cendol Campur Pulut
  • Cendol tapai Pulut
  • ABC
  • ABC Jagung
  • Air Sirap
  • Air Bandung
  • Air Jagung

Aku rasa selain rasa cendol yang osem, kelebihan kedai cendol ni adalah harganya yang MURAH! Yerp… harganya boleh tahan murah! Untuk cup yang agak besar harganya RM2.50. Gerenti puas hati. Ni aku bukan dapat komisen review ni tau. Ada peluang boleh try.

P/S: Maaf gambar cendol cupnya lupa nak shoot hahaha… tak sempat dah habis dulu…  hahaha

Filed Under: Foods, Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Places, Travel Tagged With: abc, air batu campur, cendol, jalan-jalan cari makan, jalan-jalan cari makan kuantan, jjcm, jjcm kuantan, minum petang, pahang tourism, Pahangtourism, revisit pahang 2018, visit pahang

Update Garmin Map di Kuantan

September 19, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Ada lagi ke yang guna device Garmin sekarang ni? Kalau takat user biasa yang ada smart phone tu semua dah pakat guna Waze atau Google Map je sekarang.

In case kalau ada, kot la rider ka, cyclist ka… kalau tetiba korang cari official Garmin untuk update map Garmin korang to the latest version, boleh la singgah-singgah ke ECM. Dulu aku biasa buat kat Jalan Beserah. Tapi dah tutup rupanya. Nasib baik ada tempat baru kat ECM, aku rasa dah lalu banyak kali tak perasan pun ada Garmin kat tengah2 tingkat 1 tu hahaha.

Then yang tak tahan datang kedai gini bila cuci mata tengok garmin smartwatch! 

P/S: Update Europe Map RM250 + Free Malaysia Map

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”7″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

 

Filed Under: Kuantan, Lifestyle Tagged With: fenix 5s, fenix 5x, forerunner, forerunner 645, forerunner 935, garmin, gps, maps, navigation, vivofit 4, vivosmart 3, vivosport

Jom ke Pantai Batu Hitam

August 31, 2018 by ghazalitajuddin 2 Comments

Photo 11-08-2018, 8 25 07 AM
Area mana dipanggil Batu Hitam? Depan sikit dalam 100 meter dari lokasi gambar ini diambil.

Inilah kelebihan jadi orang pantai Timur ni. Banyak pantai cantik2 boleh pergi anytime bila suka hahaha. Biasa sama ada pantai atau sungai menjadi pilihan anak2 aku ni. Pantang dengar memang on selalu.

Antara pantai yang selamat untuk mandi-manda bersama keluarga di Kuantan, Pahang adalah Pantai Batu Hitam. Pantainya landai jauh ke depan, airnya pun bersih untuk mandi sekeluarga. 

Photo 11-08-2018, 8 24 48 AM
Pantai bersih sebab ada orang jaga

Kalau korang datang pagi dari bandar Kuantan, along the way ada banyak gerai2 makan, breakfast untuk beli tapau sebelum sampai ke destinasi. Memang banyak pilihan area jalan pantai beserah balok ni.

Disaran datang waktu pagilah, dalam jam 7 pagi. Kalau nak tengok sunrise kena datang lepas subuh. Datang awal boleh booking parking dekat. Matahari terik start jam 10.30 pagi. So biasa time pukul 11 tu dah selamat gerak balik dah.

Kelebihan Pantai Batu Hitam:

  1. Pantai landai
  2. Tandas bersih dan berhanpiran untuk salin pakaian
  3. Parking mudah
  4. Ada gerai & tempat makan
  5. Pantai bersih
  6. Tidak terlalu ramai orang
  7. Surau

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”6″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”75″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”35″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show as slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

Filed Under: Kuantan, Places, Travel Tagged With: batu hitam, mandi pantai, pantai, pantai balok, Pantai Batu Hitam

Sesi TT Fotografi

August 8, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Tadi aku tgk kat FB si Abe Faisal post invitation program Sesi TT di Kuantan. Then aku dapat pulak WhatsApp dalam beberapa group, jemputan menghadiri sesi berkenaan.

Ini perkara serious. Hahaha.

Teh Tarik Table Talk

Lama betul tak dengar Sesi TT Fotografi ni. Dulu Sesi “Teh Tarik” , sekarang sudah tukar Sesi “Table Talk”. Kreatif. Silap gaya ramai esok ni. Sebab dah lama sangat tak buat. Sejuk beku dah komuniti fotografi Kuantan. Semua pakat jumpa kat FB je.

Cerita Dulu

Dulu hari-hari mengadap gambar, siang malam edit gambar. Muntah. Hari-hari tak lekang dengan kamera. Zaman buat job foto. Shoot wedding, event, studio, stock photo. Hari2 bercakap pasal kamera, lighting, editing. Sedar tak sedar dah dekat 8 tahun tinggal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je start serious main kamera 2007 sampai 2010, cukup 3 tahun je lifespan busines aku dalam fotografi as full time photographer. Seriously enjoy lah masa tu. Business yang aku suka, kerja sambil berkarya. Sekarang ni, lebih kepada hobi, suka2 aje la. Nak bawak DSLR pn tak larat dah. Pakat pakai mirrorless aje. 

Tapi seriously, rindu weh buat job. 

TT

Sesi TT macam ni memang bagus sebenarnya. Aku start belajar kamera pun dulu dengan sesi macam ni lah. Sama-sama luangkan masa kongsi masalah, dan selesai masalah. Open. Business tolak tepi. Tak perlu terlalu official macam dalam kelas, boleh bagi pandangan secara terbuka, dan boleh dapat tips2 percuma daripada yang berpengalaman. Bukan lama pun, sejam dua mungkin. Memang susah nak commit, dengan macam2 kekangan nak buat, tapi impaknya amat bagus  untuk komuniti. Kalau ada persatuan dan kelab, TT ni memang wajib dijadikan aktiviti tetap. Aktiviti2 lain tu kira bonus. 

See u there

So sesiapa yang free tu jemputlah datang dan bawak laptop boleh belajar asas editing free.
See u…

Filed Under: Kuantan, Photography Tagged With: 2018, Jurufoto Kuantan, Kuantan Photographer, Sesi Teh Tarik, sesi tek tarik, table talk, teh tarik, Teh Tarik Session

Berapa kos membangunkan sebuah website?

August 6, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Wordpress
Open source = Free ???

Sebenarnya persoalan tentang kos pembangunan website ni memang tiada penghujung. Sentiasa ada perdebatan sana sini isu harga pembangunan sebuah website dikalangan pembangun website. Kebanyakan pelanggan menganggap kos pembangunan website terlalu mahal tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Walhal kerja pembangunan website ini kalau dilakukan ikut SOP yang betul, tersangatlah rumit.

Website Tidak Releven?

Tetapi isu sebenar pada aku bukan tentang harga, isu sebenar adalah ramai usahawan online menganggap website tidak releven masa sekarang. Bila mereka menganggap website tidak releven, sebab itu mereka merasakan harga membangunkan sebuah website adalah mahal, betul tak? Mereka lebih rasa Facebook dan Instagram cukup untuk membantu perniagaan mereka. Begitulah setakat pengalaman aku bersembang dengan usahawan2 yang berdekatan.

[Read more…] about Berapa kos membangunkan sebuah website?

Filed Under: General, Kuantan, Kuantan Web Developer, Technology Tagged With: buat website, digital marketing, harga website, kos buat website, kuantan web developer, website bajet

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Meraikan hari lahir di Loteng

Sarapan pagi di Warung Nasi Dagang Hujung Minggu Besut

Variasi Coconut Shake Hogoh De Coco

Aneka Kuih Tradisional

Cendol Terbaik Di Kuantan

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •