
Selepas anda menentukan Jenis Web Hosting yang akan digunakan, tibalah masa untuk melihat pakej web hosting dengan mengenali spesifikasi web hosting yang dinyatakan pada pakej yang ditawarkan.
Penyedia Perkhidmatan Web Hosting akan menetapkan spesifikasi yang terbaik dengan harga yang menarik bagi menarik pelanggan. Jadi kita harus melihat semua spesifikasi yang ditawarkan memenuhi keperluan apllikasi kita dan juga bajet sebelum kita membuat keputusan.
Dalam artikel ini kita akan lihat terma-terma yang digunakan dalam spesifikasi pakej web hosting bagi memudahkan kita memilih pakej yang sesuai.
Setiap penyedia perkhidmatan webhosting (Web Hosting Provider) menawarkan jenis-jenis web hosting yang berbeza. Setiap jenis web hosting ini pula mempunyai pelbagai plan web hosting dengan spesifikasi yang berbeza-beza.
Jenis website boleh ditentukan mengikut Fungsi/Modul (Contohnya carian, katalog, blog, forum) dan Pengisian(Content) yang terdapat pada website berkenaan.
Antara perkara paling penting dalam membangunkan laman web adalah pemilihan nama domain.
I just finish installing