• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

GhazaliTajuddin.com

Another Kuantan Blogger

  • Home
  • Blog
    • Kuantan
    • Foods
    • Technology
    • Health
  • Stock Photography
    • Senarai Microstock Agency
    • Membuka akaun contributor Shutterstock.com
    • Tips untuk 10 keping gambar pertama Shutterstock.com
    • Mengapa Shutterstock.com reject gambar / submission
    • Model Release
    • Bagaimana withdraw earning daripada Fotolia
    • Bagaimana untuk mengisi keyword kepada imej dengan menggunakan Adobe Photoshop

Lifestyle

Cerita Tentang Stevia

August 6, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

GULA ADALAH MASALAH

Masalah utama rakyat Malaysia sebenarnya adalah gula. Especially processed sugar, gula putih. Dalam setiap pemakanan kita hari2 memang tak lepas dari gula. Lagi2 kalau makan kat luar. Aduyai memang confirm ada gula. Dari kecil sampai ke besar kita dah biasa dengan gula.

Aku dulu pun tak ambil port sangat pasal gula ni, sehinggalah aku start diet selepas berhenti merokok  dalam 5 tahun lepas. Masa tu memang gigihlah jaga makan minum dan bersenam pagi petang, rasa macam dah betul dah diet. Tapi berat tak turun-turun. 

Gigihlah google kat internet, baca kat forum dan artikel kesihatan online. Bagaimana nak turunkan berat badan sebenarnya. Cuba diet itu ini, experimen macam2 jenis diet. Sehinggalah betul2 faham apa dia kalori, protin, karbo dan sebagainya. Dulu belajar sebab nak ambil exam je. Tak tahu applikasinya dalam kehidupan. Sebenarnya diet ni mudah, cut your sugar totally you are done.

Memang betul. Aku tak ambil gula terus masa tu dan memang berat pun mula turun hari demi hari. Nampak jelas kesan gula kepada tubuh badan. Ko tgk gambo bawah ni, ni bukan edit tau.

Dah tu kenapa dengan stevia?

STEVIA

Takde ape, aku sekadar nak share tentang manfaat stevia ni. Bila ko dah start cut sugar ni. Sometimes lemau juga minum air masak sentiasa kan? Mulalah mencari cari alternatif kepada processed sugar. Masa tu jumpalah pasal STEVIA. Korang tau tak apa STEVIA? Alah boleh google sikit. Alhamdulillah sampai sekarang aku guna STEVIA ni.

Lately ni aku ada terbaca tentang banyak pulak isu gula alternatif ni. Ada pakar kata, jangan guna stevia, instead guna guna coconut sugar. So aku pn tak pasti kenapa dan base on kajian mana. Sebab doktor pakar yang aku kenal pulak rekemen pakai  STEVIA sebagai alternatif kepada gula.

PESAKIT KENCING MANIS & STEVIA

Pakar yang aku kenal ni pulak bukan nasihat pada aku, nasihat pada client aku. Pesakit kencing manis yang merupakan juga seorang kawan rapat aku. Beliau ada adalah living proof stevia user yang dah ada kencing manis, dan menggunakan stevia tanpa ada apa-apa side effect pun pada masalah kesihatan beliau. Setiap kali pergi mana2 ngetey dia boleh join, takde masalah apabila STEVIA disisi. Itulah mujarabnya stevia ciptaan Allah. 

Aku bukannya nak menjual STEVIA, tapi nak share dengan korang tentang pengalaman aku tentang STEVIA ni sahaja. Even aku sendiri, kadang bila diet nak air panas la, kopi ke, teh ke, STEVIA la jawapannya. Memang takde kesan pada diet aku. 

So apa pandangan korang? Pernah cuba STEVIA? atau pernah cuba COCONUT SUGAR? Meh kongsi sikit ngan aku feedback korang. Thanks!

 

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: coconut sugar, diabetic, gula alternatif, gula kabung, gula melaka, kencing manis, stevia

Nafas Baru: 5 Tips Percubaan Berhenti Merokok Sempena Ramadhan

May 16, 2018 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Pinjam gambo KKM. Tak sempat nak buat gambo. Hehehe. Kipidap.

Lama sungguh aku tak update blog aku ni. Bersawang bagai dah. 

Alhamdulillah, dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan memasuki 1 Ramadhan 1439H, dan insyaAllah malam ni kita semua berpeluang, untuk menunaikan ibadah solat terawikh di surau atau masjid. 

Straight to the point. Seperti yang umum tahu, Ramadhan ini bukan sekadar aktiviti berlapar dan dahaga, banyak hikmah Ramadhan yang perlu kita hayati sebaik-baiknya. Kalau nak kupas satu-satu, tak habis barangkali, dan aku juga bukanlah ahlinya. Namun sebagai seorang muslim tiada ragu-ragu kelebihan Ramadhan kepada kita semua.

So aku nak tanya, ada tak yang nak berhenti merokok dalam Ramadhan ni? 

Haaa.. aku nak share beberapa tips, aku nak cabar korang buat tips-tips berikut sepanjang bulan Ramadhan ni! Silap hari bulan korang boleh berhenti terus! Jangan sahut cabaran aku, ko cabar diri ko sendiri lah! Tengok berapa jauh boleh pergi!

5 tips Percubaan Berhenti Merokok Sempena Ramadhan.

  1. Lewat2kan merokok
    • Cuba ambil peluang Ramadhan ni, selepas berbuka delaykan rokok yang pertama tu. Aku tahulah macam mana perasaan korang nak merokok tu. Kecur air liur. Tapi cuba delaykan selewat yang mungkin. Lagi lama lagi bagus.
  2. Tinggal2kan rokok
    • Bang, nak gi ishak kat surau tu tinggalkan aje kotak rokok tu kat rumah. Balik nanti la hisap. Nak hisap rokok kat masjid pun kena duduk luar pagar dah sekarang. Hehehe. 
  3. Kurangkan minuman manis
    • Haaa. Kenapa kurangkan minuman manis? Hahaha. Hanya perokok yang tahu, sambil minum teh tarik, dapat sepam dua syiok wooo.. betol tak? Hahaha. So elakkan terus lagi bagus minum manis ni. Tak elok pun.
  4. Banyakkan minum air kosong
    • Air kosong sangat bagus untuk badan kita. Pastikan dapat minum sekurang2nya 3 liter air kosong sehari. (Jenuh juga dalam Ramadhan). Biar terpaksa selalu berulang alik ke toilet, secara tak langsung dapat membnatu flush keluar semua nikotin dalam badan hehehe.
  5. Kurangkan keluar ngeteh
    • Haaa. Kalau dalam proses nak berhenti merokok, memang mau tak mau, elakkan la keluar ngeteh. Bila jumpa kawan2 yang buat2 tak paham yang ko tengah nak berhenti rokok, saje je dia offer rokok kat ko secara percuma. Selama ko hisap rokok biasa dia yang pau ko. Hantu betei.
  6. Sentiasa dalam keadaan berwudu’ dan perbanyakkan membaca quran
    • Antara masalah orang yang baru berhenti merokok ni, dia ada rasa “boring”. Biasa time2 boring tu lah dia akan nyala sebatang dua. Hahaha. Jadinya di kesempatan Ramadhan ini boleh lah gunakan masa yang ada tu, untuk membaca Al – Quran. Sambil2 proses nak quit smoking, kita double triplekan ganjaran ibadah puasa kita. InsyAllah, Allah dengar doa kita nak quit smoking tu…

So itu ajelah tips untuk percubaan berhenti merokok sempena Ramadhan ni. Hebat tu bro kalau dapat quit dalam Ramadhan. Siyes hebat! Busuk bau rokok jadi bau syurga gitu! InsyaAllah.

Ada sapa2 nak join group WhatsApp Nafas Baru Ramadhan 1439H? Terdiri daripada kawan2 yang dah berjaya berhenti merokok yang bersedia berkongsi tips untuk berhenti. InsyaAllah.

Klik link berikut https://chat.whatsapp.com/ERM2Iy4GDxq1Uzav27nSIa

Selamat mencuba dan selamat berpuasa ya!

#BebasRokok
#BebasNikotin
#RetiredSmokers
#NafasBaruRamadhan1439H

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bebas nikotin, bebas rokok, Berhenti rokok, nafas baru, ramadhan, ramadhan 1439h, retiredsmokers, tips berhenti merokok

After a while…

October 22, 2016 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Salam. Hari ni aku nak berblog.

Tapi time aku nak bercerita itulah line tenet rumah takde. Sempat pulak nak membebel hahaha. Time aku nak sharing pasal programming ka, pasal stock photo ka, pasal bebas rokok elok ada je internet hahaha. Ini kali kita sembang pasal life lah. Mungkin sebab itu line kong ini malam. Sumbak. Hahaha.

[Read more…] about After a while…

Filed Under: General, Lifestyle

Streamyx owh streamyx…

November 22, 2013 by ghazalitajuddin Leave a Comment

  • Aku adalah pengguna tegar internet. Maka Streamyx dirumah adalah wajib bagi aku. Takde internet, maka takda life hahaha. Betapa aku adalah salah satu contoh hamba teknologi. Aku akui kebenarannya.
  • Dengan adanya teknologi, seperti media sosial twitter dan facebook, aktiviti kunjung mengunjung makin lama makin luput. Ziarah menziarahi makin ditinggalkan. Tak payah cakap orang lain. Sendiri rasaaaa…
  • Maka apa kes dengan Streamyx? Dulu aku memang ada akaun Streamyx, tetapi aku dah terminate. Sekarang aku menggunakan streamyx juga tetapi atas nama ahli keluarga lain. Kebetulan boleh dapat diskaun pelajar. Guna ajalah kan…
  • So nak jadi cerita, last time aku setel bill dan terminate akaun aku adalah Jan 2011. Banyak kali aku tanya tentang akaun aku untuk pastikan semua clear  sebab tak mau ada masalah kemudian hari.Bill aku rekod paling tinggi masa tu RM1k++. Huhuhu. Aku pun terkejut jugak camne boleh lepas setinggi tu. Setahu aku sekarang ni pun kalau 1 bulan lebih je lewat dia dah block. Tapi tak kisahla kan. Sebab masa tu aku memang pakai pon, so aku pun setel semua selamat. Alhamdulillah.
  • Sekarang Dis 2013, ko bayangkan lah. Semalam aku dapat call. “Salam En. Ghazali, saya daripada telekom malaysia nak maklumkan berkaitan bill streamyx encik tertunggak RM1,900++. Encik dikehendaki membuat pembayaran segera.” Demmm! Nak luruh jantung jap. Ni bill mana la pulak. Kot ya pon nak duit, ini bukan caranya. Semua akaun aku dah terminate, mana datang akaun lagi ni? Aku tanya dia bill ni atas alamat rumah mana? Dia cakap atas rumah aku duduk sekarang. Lagi gila! Sebab rumah aku takde line streamyx atas nama aku pun. Aku bayarkan bill sekarang pun atas nama rang lain. Aku tanya punya tanya, dia cakap takpelah kalau tak nak buat pembayaran sekarang atau rasa kena scam, dia suruh aku pergi sendiri cek dengan Streamyx.
  • Nak jadi cerita, actually ini kali ke2 aku dapat panggilan. Last month, lelaki menggunakan talian 013xxxxxxxx. Pun sama tapi aku bolayan lah. Sebab apa hal Streamyx call aku guna 013, pelik jugak. Tapi semalam sebab nombor naik 03. So aku p jugak la TM POINT kuantan wat semakan. Nasib baik, aku ada simpan bill 2011 tu. (Dulu bengang punya pasal bayar bill 1k++ siap tampal resit kat dinding hahaha… ). Alhamdulillah ler, memang atas nama aku dulu ada 4 akaun, tapi semua dah clear 2011. Alhamdulillah. Maka siapakah yang call semalam? Ko bayangkan KALAU la dia ni scam. Then kalaula aku ni lurus bendul. Dia suh bayar or bank in duit ke akaun tertentu untuk setel bil tak ke nayaaaaaaaaaa? Fuhhh giler tol.
  • So sistem Streamyx or Telekom melantik syarikat kredit kutip hutang ni bagus bagi pihak dia lah. Tapi ada lobang yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan pelanggan diorang sendiri. Jika tak hati-hati actually sedikit banyak merosakkan bisnes diorang.
  • Just pesanan kepada u ols. Berhati-hati jika ada orang suh buat bayaran ka apa ka. Buat semakan dulu jangan tergesa-gesa dan ambil mudah. Kita ada undang-undang. Bukan semudah itu undang-undang nak jatuh hukuman.
  • Till Then, take care!

 

Filed Under: General, Lifestyle, Technology

Ramadhan 1433H

August 8, 2012 by ghazalitajuddin Leave a Comment

Salam Ramadhan. Agak lewat entry kali ini.

Hari ini 4 bulan selepas last artikel aku. Ini bulan Ogos 2012.

Hari ini hari ke 18 Ramadhan 1433H.

Hari ini hari ke 18, aku berpuasa tanpa ROKOK. Hahahha.

So macam-macam hal berlaku hari ini. Semua atas bagaimana kita melihat dunia. Positif yang kita nampak, positif lah sepanjang hari, negatif kita nampak, negatif lah persepsi kita. [Read more…] about Ramadhan 1433H

Filed Under: Jalan-jalan Cari Makan, Kuantan, Lifestyle, Places Tagged With: 1433H, bad, bad smoking, Berbuka, berhenti merokok, Bersahur, cigarette, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, Imsak, Jurufoto Kuantan, Kuantan, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, Masjid Sultan Ahmad 1, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, Pahang, PruBSN Takaful, Prudential, ramadhan, ramadhan al-mubarak, retired smoking, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, Takaful Kuantan, tips, tips berhenti merokok

Personal Tips Berhenti Merokok

April 24, 2012 by ghazalitajuddin 199 Comments

Hari ini, aku nak share sesuatu yang penting. Penting pada aku, penting pada ko. Aku dan ko hampir sama. Sebab aku pernah merokok dan kau mungkin sedang mencuba untuk berhenti. Atau ko mungkin tak merokok, baguslah, ko memang bijak dan beruntung, tetapi mungkin orang yang kau sayang merokok. Boleh juga ko baca untuk dikongsi bersama mereka dan memahami mereka. Sebab berhenti merokok bukan mudah. Memang dipandang enteng pada mereka yang tidak merokok, tetapi bukan perkara kecil bagi mereka perokok tegar. Perokok merupakan penyumbang ekonomi negara terbesar juga. Mereka orang kaya bayar tax antara termahal di Malaysia. Mereka tidak boikot, mereka orang yang redha dan pasrah ketentuan Ilahi terhadap poket mereka. Hahahah. Tapi jika ko merokok, tahniah, ko sampai juga ke sini. Aku memang menunggu ko membacanya supaya ko boleh cuba pula sebab aku pasti ko masih berusaha mencari satu solusi kepada berhenti merokok. Ini bukan kaedah yang pasti boleh, ini cuma pengalaman aku, mungkin boleh disuaikan dengan diri ko untuk berhenti merokok. Berhenti merokok sudah pasti suatu perkara terhebat jika berjaya dilakukan. Ko pasti akan jumpa juga bagaimana mahu berhenti mengikut gaya dan cara diri ko sendiri. [Read more…] about Personal Tips Berhenti Merokok

Filed Under: Kesihatan, Lifestyle Tagged With: bad, bad smoking, berhenti merokok, bukti berhenti merokok, cigarette, dua hari, ecigar, electronic cigarette, esmokers, health, lung disease, lung infection, malaysia stop smoking, merokok merbahayakan kesihatan, nikmat rokok, no smoking, rahsia berhenti merokok, rahsia berhenti merokok dalam 1 minggu, rahsia berhenti merokok dalam seminggu, rahsia berhenti merokok terpantas, retired smoking, seminggu, smokers, stop, stop smoking, stop smoking effect, stop smoking sypmtom, stop smoking tips, stop smoking withdawal effect, stop smoking withdrawal symptom, symptom, tips, tips berhenti merokok, tips berhenti merokok dalam 1 minggu, tips berhenti merokok dalam seminggu, tips berhenti merokok terpantas

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5

Primary Sidebar

“Solat. Sabar. Syukur. Senyum. Sedekah.”

For Collaboration, Events & Review, kindly contact me at +6016[-]9212092 or click Whatsapp button on this page.

Sponsor

Recent Posts

BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.

User Roles And Permissions Without Package Laravel 10

Laravel Many To Many Relationship

Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace

Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Recent Comments

  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Personal Tips Berhenti Merokok
  • helmi on Personal Tips Berhenti Merokok
  • ghazalitajuddin on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • ghazalitajuddin on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!
  • Mal on Nasi Lemak Kukus Restoran Zaman. Otai masih berbisa.
  • Firdaus on Air tangki radiator Proton Exora cepat kering? Cuba tukar penutup radiator!

My Link

  • Takaful Insurance Web

JJCM

Lunch di Nasi Kukus Alom

Day Trip Kuantan – Kuala Gandah – Temerloh – Kuantan

Nasi Lemak Kukus KLCC, Terpencil Tapi Power!

Meraikan hari lahir di Loteng

Patin Tempoyak Frozen Resepi Temerloh

Tags

bebas rokok berhenti merokok breakfast Controller Framework Gezzeg Photography & Design health jalan-jalan cari makan jalan-jalan cari makan kuantan jjcm jjcm kuantan Jurufoto Kuantan Kuantan Kuantan Photographer kuantan programmer kuantan web developer kuantan webmaster laravel merokok merbahayakan kesihatan model MVC nikmat rokok OOP Pahang Pahangtourism pahang tourism Photo Manipulation PHP rajalanun retired smoking revisit pahang 2018 shutterstock stop smoking stop smoking tips stop smoking withdrawal symptom tips tips berhenti merokok View visit malaysia 2020 visit pahang visitpahang white wordpress yii Yii Framework

Recent Posts

  • BadMethodCallException Method Illuminate\Database\Eloquent\Collection::roles does not exist.
  • User Roles And Permissions Without Package Laravel 10
  • Laravel Many To Many Relationship
  • Makan malam bersama keluarga di Awangan Palace
  • Sarapan pagi di Warung Gulai Kawah

Copyright © 2025 — Ghazali Tajuddin • All rights reserved. •